GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/22/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Berbicara Bersama Minda Sihat ... BUKAN BICARA DENGAN SANG PELIWAT

| Wednesday, February 22, 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Program Bicara Minda bertemakan Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah sepertimana berikut:

Tarikh :    24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa :    8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Untuk makluman, program ini dapat memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi arus perubahan perdana di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan penetapan hala tuju antara tokoh pemimpin negara dan peserta.

Sehubungan dengan itu, MBM ini berbesar hati menjemput YB/Dato/Saudara/Saudari. Peserta yang dicalonkan diharap memenuhi kriteria berikut :

i. Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.
ii. Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.

Pihak penganjur akan menyediakan makan minum peserta sepanjang program ini diadakan. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara ceramah dan borang penyertaan untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada Sekretariat MBM di talian faks (03) 9173 2759 atau emel mbm@belia.org.my sebelum atau pada 16 Februari 2012 (Khamis). Tempat adalah terhad.

Borang penyertaan

ATURCARA PROGRAM BICARA MINDA BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur


MASA ACARA

8:00 pg    Pendaftaran Peserta & Sarapan
9:00 pg    Ketibaan Tetamu Jemputan
9:20 pg    Ketibaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I & II
9.25 pg    Ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
9.30 pg    Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana

9.40 pg    Nyanyian Lagu Negaraku
9.45 pg    Bacaan Doa
9:50 pg    Aluan oleh: YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia

10:00 pg   Program Bicara Minda oleh: YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana

“Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020”

11:00 pg    Sesi Soal Jawab
12:00 tghari    Sidang Akhbar

Jamuan Tengah Hari

Bersurai




HOT STORY ... Nik Aziz dan PAS ... LANGGAR LARI BAI'AH Rakyat Kelantan

|




KOTA BAHARU - Gerakan TUKAR, sebuah badan yang menggabungkan sekumpulan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan, hari ini menuntut kerajaan negeri pimpinan Pas supaya menunaikan 22 perkara yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.

Pengerusi Gerakan TUKAR, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 19 daripada 22 perkara yang dituntut itu adalah janji Pas yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum parti itu yang lepas manakala tiga lagi adalah berkaitan isu politik semasa.

"Kesemua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kamarudin berkata penduduk Kelantan telah memberi tempoh 22 tahun kepada Pas untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan.

Beliau berkata antara janji yang dituntut untuk ditunaikan ialah anak negeri Kelantan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat di negeri itu hendaklah daripada kalangan anak-anak tempatan manakala barisan kepimpinan kerajaan Pas dikehendaki mengiystiharkan harta.

Kerajaan negeri juga dituntut menyegerakan menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang sudah diluluskan, kerajaan negeri bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti daripada menyalahkan pihak lain kerana kegagalan sendiri.

Kerajaan negeri juga dikehendaki segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur selain menyegerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang, menyelesaikan segera masalah air yang berlarutan sejak sekian lama serta segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri.

Juga dituntut ialah pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai, penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan, menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan.

Kamarudin meminta pemimpin kerajaan negeri supaya tidak lagi bersekongkol dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak sebarang kerjasama dengan DAP


Mak Aih ... Banyak benar janji Nik Aziz dan PAS tabur di Kelantan
 



MEMANG SAYA LULUSKAN PINDAAN HUBUNGAN DAGANG DENGAN ISRAEL - Anwar Ibrahim

|





Satu lagi perkara, Anwar telah bangkitkan isu soal dengan cuba menyerang kerajaan dengan mengatakan bahawa apa yang dikatakannya itu sama seperti pendirian kerajaan Malaysia.

Walaupun kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kita ada hubungan perdagangan dengan Israel.

Saya mahu menyatakan kerajaan Malaysia ada satu polisi dan pendirian yang jelas bahawa kita tidak ada hubungan politik dan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun sebagai ahli Parlimen saya sedar bahawa ada perdagangan di antara kedua-dua negara.

Tetapi perdagangan itu adalah diantara syarikat, contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang memerlukan bahan mentah dan tidak boleh diperolehi dari negara-negara lain.

Syarikat ini terpaksa impot dari Israel sebab ada syarikat yang tidak dimiliki oleh rakyat mahupun negara Israel yang berpengakalan di situ, contohnya, Intel.

Intel mempunyai kilang di Israel yang menyediakan bahan untuk membuat mikrocip, semi-konduktor atau bahan untuk dibuat peralatan komputer. Intel yang berpengkalan disini terpaksa impot dari Intel (yang berpengkalan di Israel). Kelonggaran ini telah diberi.


Namun saya ingin memaklumkan Anwar Ibrahim jangan hipokrit dalam hal ini. Hari ini dia kata kerajaan Malaysia membenarkan perdagangan dengan kerajaan Israel, seolah-olah beliau tidak tahu.

Saya mahu umumkan disini bahawa kawalan terhadap perdagangan dengan Israel dikawal dibawah Akta Kastam. Kastam berada dibawah Kementerian Kewangan.

Kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat-syarikat di Israel dibuat pada tahun 1996 oleh jemaah Menteri.

Jika sebelum itu kita tidak boleh berdagang dengan Israel. 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.

Kalau dia kata hari ini kerajaan Malaysia melakukan perdagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, dia sebenarnya Menteri yang membenarkan perkara ini.

Saya berharap perkara ini diketahui umum bahawa Malaysia berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini satu keperluan dari segi globalisasi.


Tetapi kalau beliau (Anwar Ibrahim) kata dia tak tahu dan dia serang kerajaan Barisan Nasional atas 'point' tersebut, beliaulah Menteri yang meluluskan pindaan tersebut. Jadi beliau tidak boleh berkata perkara ini dilakukan oleh kerajaan BN tanpa pengetahuan beliau sendiri.

Itu soal perdagangan, tetapi soal sokongan, politik, sokongan terhadap keselamatan Israel apa sahaja tindakan termasuk pembunuhan rakyat Palestin.

Kalau Israel, beliau (Anwar Ibrahim) akan memberi justifikasi mempertahankan keselamatan mereka dengan apa jua cara termasuk pembunuhan rakyat Palestin, itu yang Anwar Ibrahim sokong.

Kita hanya berdagang dan ianya berbeza dari sokongan politik. Itu diantara syarikat antarabangsa dengan syarikat antarabangsa. Tetapi ini adalah sokongan politik.

Beliau (Anwar Ibrahim) 'support all efforts' termasuklah membunuh rakyat Palestin untuk menjaga keselamatan Israel. Itu yang disebut. Berbeza sebenarnya sokongan politik dengan kebenaran perdagangan, cukup jauh beza.

Dan jika dia kata tidak tahu tentang perdagangan ini, dialah Menteri yang telah meluluskannya pada tahun 1996.



Anwar Kencing Lagi ... OOPS, I DID IT AGAIN !

|

Pertama sekali: Hamas tidak pernah bersetuju dengan penyelesaian "dua-negara". Sila lihat Malaysian Insider, Feb 17 2012, "Anwar's explanation and the stand that Hamas never took" oleh Abdar Rahman Koya.

Kedua: Persetujuan yang dicapai di Doha pada Feb 07,2012 diantara Presiden Mahmud Abbas dan Khaled Meshaal (Ketua Biro Politik Hamas) ialah bagi Abbas mengetuai kerajaan sementara (unity government) yang akan terdiri daripada teknokrat bebas.

Artikel selanjutnya, klik ANWAR NAK KENCING LAGI




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU