GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/19/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MELAYU TIDAK LAYAK MENJADI PERDANA MENTERI - Lim Guan Eng

| Sunday, February 19, 2012





Ada baiknya rakyat membaca apa yang dilaporkan oleh portal The Star, hasil dari debat di antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng. Klik ... Dr Chua vs Guan Eng: What they said



Untuk kefahaman yang paling mudah, mana-mana pemimpin Melayu tidak layak untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Baik Najib, Hadi Awang, Anwar Ibrahim atau sesiapa sekalipun jika mengikut kata Mr Racist Chauvinist Lim Guan Eng.

Kerana itulah, debat diantara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng diadakan dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia.



GWM yakin The Star tidak mungkin akan melaporkan berita ini jika tidak mempunyai bukti dan fakta yang kukuh.

Jika tidak, mengapa Lim Guan Eng begitu panik dan mahu The Star meminta maaf artikel yang telah disiarkan ... Mengapa tidak memberi kata dua dan mendesak The Star untuk menarik balik artikel tersebut?



Mengapa panik Mr Racist Lim Guan Eng ...



BREAKING NEWS ... Anwar SAMAN Wall Street Journal USD 10 JUTA ... Putar Belit Kenyataan Beliau

|


PEKAN 18 Feb. - Seakan tersepit dengan desakan pelbagai pihak berhubung kenyataan kontroversinya mengenai keselamatan Israel, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mendakwa jawapannya kepada soalan Wall Street Journal (WSJ) mengenai isu itu adalah berbeza dengan apa yang disiarkan media tersebut.

"Saya ditanya (WSJ), Anwar kamu kenapa benci sangat, musuh sangat Israel, tiap-tiap kali keluar kenyataan kutuk keganasan Israel. Itu soalan daripada WSJ kepada saya.

"Saya kata, saya kecam sebab Israel ganas, zalim dan tidak mengiktiraf hak rakyat Palestin. Dan dicatat di situ (laporan WSJ) Anwar sedia terima Israel," katanya pada program ceramah di Markas Pas Cawangan Kampung Mengkasar di sini malam tadi.

Laporan WSJ Asia bertarikh 26 Januari yang menyiarkan kenyataan Ketua Pembangkang itu turut boleh dibaca di http://online.wsj.com/ yang memetik:



"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahannya:

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), sesuatu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin."

Dalam ceramahnya malam tadi itu, Anwar turut membidas pimpinan UMNO serta media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 kerana dikatakan tidak memetik keseluruhan perenggan kenyataannya berhubung isu Israel yang dilaporkan dalam WSJ itu.

Selain itu, Anwar turut mengakui wujud perbezaaan pendapat di antara beliau dan Pas berhubung konflik Israel dan Palestin yang mana parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu menolak sama sekali kewujudan negara Yahudi itu.

Sedangkan, beliau melihat penyelesaian isu Palestin berdasarkan kewujudan dua negara seperti mana yang dinyatakan dalam inisiatif Pelan Damai Raja Arab Saudi, Raja Abdullah 2002 yang mana Israel mesti berundur dari wilayah Arab dan jika mereka berundur maka perlu beri hak kepada rakyat Palestin dan balasannya keselamatan Israel akan dijaga.



Anwar Ibrahim sekali lagi bermain bangsat dihadapan rakyat di Pahang. Cuba membangsatkan rakyat di kawasan kampung dengan kenyataan berbolak balik beliau.

Berapa lama lagi rakyat akan dibangsatkan dan dibohongi oleh Anwar Irahim?

Come on Anwar ... make up your mind! Saman Wall Street Journal jika benar memutarbelit kenyataan anda. 

Jangan jadi jantan kabaret hanya berani saman media tempatan!



Anwar Hebat ... Bekas Naib Presiden AS IKUT SARANAN PAKATAN RAKYAT

|





WASHINGTON 18 Feb. - Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Dick Cheney yang menyokong perkahwinan sejenis berusaha keras untuk memastikan Maryland mempunyai wakil bagi meluluskan rang undang-undang perkahwinan sejenis di negeri itu.

Beliau dikatakan antara orang yang berkempen kuat melobi supaya Maryland mempunyai sekurang-kurangnya satu wakil bagi menyokong undang-undang itu yang memberi hak sama rata dalam perkahwinan termasuk perkahwinan sejenis, lapor akhbar Baltimore Sun.

Cheney sejak melepaskan jawatan setelah tamat tempoh pentadbirannya bersama bekas Presiden George W. Bush, dikatakan semakin lantang menyokong perkahwinan sejenis tetapi sejauh mana penglibatannya dalam isu tersebut tidak diketahui.




Begitu juga dengan Anwar Ibrahim ... Perjuangan beliau seiringan dengan perjuangan Dick Cheney, memartabatkan LBGT. Anwar Ibrahim lebih senang berbicara tentang keperluan hak asasi manusia yang bersifat luar tabi'e.


"ProGay also sees the legal victory as a positive step for lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in Malaysia."



Dalam banyak isu melibatkan moral, Anwar Ibrahim tetap menjadikan LESBIAN, BISEXUAL, GAY & TRANSEXUAL sebagai perjuangan memartabatkan hak asasi kemanusiaan ...

Anwar Memang Hebat ...

Isu PALESTIN ... Anwar Semakin GILA BERBOHONG

|







Anwar Ibrahim seharusnya tidak membohongi rakyat tujuan sebenar beliau mahu mengiktiraf negara Israel dan menyokong keselamatan regim Zionis.




Sejak bila kerajaan Malaysia memberi mandat kepada Anwar Ibrahim untuk mewakili negara memberi pendapat persetujuan terhadap kewujudan dua negara (two state solution)?


Sepanjang kajiselidik yang dilakukan dari Julai 2011 hingga Februari 2012, majoriti besar rakyat Palestin tidak akan sama sekali mengiktiraf kewujudan negara Israel.

Bagi rakyat Palestin, mengiktiraf kewujudan Israel bermaksud sanggup mengisytiharkan penyerahan tanah yang dirampas secara sukarela, mengenepikan maruah, menafikan naratif sejarah dan identiti bangsa Palestin.

Pengiktirafan hanya akan mengesahkan tuntutan regim zionis terhadap 'kelahiran semula bangsa terpilih' dan hak eksklusif Israel.

Rakyat Palestin sudah tentu tidak mahu sejarah berdarah menentang 'British Mandate' yang menggalakkan penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi sekitar tahun 1930 dan penubuhan Israel sejak 1948, terkubur begitu sahaja.


Bagaimana Anwar Ibrahim sanggup melacurkan rakyat Palestin dan berbohong mengatakan pengiktirafan Israel berasakan kepada kehendak rakyat Palestin?



Begitu juga dengan pembohongan secara rasmi melalui kenyataan akhbar Hamas dan Fatah turut mempersetujui pengiktirafan Israel bagi mewujudkan keamanan di Timur Tengah?





Siapa sebenarnya berbohong dalam mengiktiraf negara Israel. Adakah Anwar Ibrahim mahu menuduh Hamas dan Fatah berbohong tidak mempersetujui pengiktirafan negara Israel?

Atau Anwar Ibrahim mahu menuduh Hamas, Fatah dan rakyat Palestin turut berkonspirasi terhadapnya dan mahu menjatuhkan karier politiknya?

Apa motif sebenar Anwar Ibrahim cukup terdesak mahu mengiktiraf negara Israel ... Barangkali kesilapan Anwar Ibrahim semakin jelas menunjukkan beliau sememangnya adalah proksi utama Yahudi di negara Islam!






 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU