GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/01/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Blogger Sundalan LIBERALIWAT ... Dambaan Pemimpin UMNO!

| Wednesday, February 1, 2012

Mereka berbangga pasal ranking blog mesra-kerajaan dilihat seolah-olah menguasai kedudukan di atas dalam 100 kedudukan portal atau blog politik di Malaysia.

Sebelum pilihanraya ke-10 pada 29 November 1999, laman Mahazalim telah bertukar tangan dengan keluarnya Laman Mahazalim2. Pengasas laman ini adalah orang Terengganu yang pernah menjadi wakil rakyat. Saya tak berhasrat mendedahkan namanya tapi dia juga menggunakan nama 'Awang Siber'.

Apa yang boleh saya beritahu ialah dia ini cukup rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim sekarang. Jika anda kenal dan boleh bertegur sapa dengan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR sekarang anda boleh tanya hal ini, rasanya dia akan memberitahu anda siapa sebenar Mahazalim yang kedua.

Laman Mahazalim memang hebat dan banyak membantu kemenangan APU (Angkatan Perpaduan Umah) dalam pilihanraya ke-10 tetapi selepas di kendalikan mungkin oleh Anuar Md Nor laman Mahazalim telah merosot dan gagal!!!

Ingat bagaimana suatu masa dulu bila buka laman Mahazalim ada gambal lucah kononnya di hack, tetapi yang peliknya e-mail mereka tak di 'hack'. Kalau anda biasa dengan tapak hosting Tripod ini tak mungkin berlaku. Kerja siapa?







Dalam hal ini Umno telah terperangkap dengan lakonan Anuar. Misi Anuar Mohd Noor dan Anwar Ibrahim untuk memerangkap Umno telah berjaya iaitu dengan menghantar orangnya menyertai kem Umno dan berlakon seolah-olah penyokong Umno.

Sebelum ini kelibat Anuar Mohd Noor sering kelihatan dalam majlis-majlis yang melibatkan blogger-blogger pro kerajaan. Kami di Selangor Daily pun naik hairan dengan perkara tersebut. Ada kalanya pertemuan yang dia sertai itu pertemuan-pertemuan penting bagi membincangkan soal strategi.

Ramai daripada blogger-blogger atau facebooker yang wujud pada hari ini tidak tahu siapa sebenarnya Anuar dan mereka terpesona dengan cerita-cerita Anuar kononnya dia adalah pemain lama dalam dunia cyber. Itulah yang membuatkan mereka terpesona dengan dia dan menjadikan dia sebagai ketua tanpa merujuk latar belakang beliau.

Bukan kami nak bercakap besar atau nak berlagak. Kami adalah pemain lama dalam dunia cyber dan kami kenal siapa Anuar Mohd Noor.



Ramai pemimpin UMNO sememangnya malas untuk membuat homework dan groundwork. Begitu juga dengan blogger-blogger pro kerajaan yang cukup terpesona dengan mainan silap mata sundalan seperti ini.

UMNO tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini, pemimpinnya yang perlu dipersalahkan kerana ... masih berasa selesa dan berada dalam zon selamat dengan kedudukan yang ada ... masih bersifat bodoh sombong dalam perkembangan dunia psywar ... masih berterusan bersikap angkuh, langsung tak nak mendengar teguran atau input yang disampaikan.

GWM dan Papa Gomo sudah lama mengenali sundalan ini. Pertemuan selepas pilihanraya kecil Hulu Selangor di sebuah kafe di Wangsa Maju sudah cukup membuka mata dan minda.

Anuar Mohd Nor tidak boleh menafikan jika tidak pernah bertemu dengan GWM dan Papa Gomo pada bulan Mei 2010, kerana Nora reformis adalah saksi dan turut sama berada satu meja yang cukup rancak bercerita tentang idola mereka ... Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Sebab itulah GWM dan Papa Gomo ketawa besar dengan gelagat beberapa pemimpin UMNO dan blogger pro kerajaan yang bemati-matian mempertahankan sundalan Anwar Ibrahim ini.

Dan artikel-artikel GWM sebelum ini turut memberi 10 peratus pendedahan masih ramai lagi pemimpin UMNO yang berkiblatkan Tuan Haji Anwar Ibrahim.

GWM akan memberikan penghormatan kepada Papa Gomo untuk melakukan pendedahan, selepas pilihanraya umum nanti ...



Anwar Semakin KALUT ... Program Walkabout KL UNTUK TAGIH UNDI CINA!

|

KUALA LUMPUR, 1 Feb - Program Walkabout Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan di Parlimen Wangsa Maju disambut laungan reformasi dari masyarakat yang majoriti dari kaum Tiong Hua menanti kehadiran beliau sejak pagi tadi.

Beliau turut berkata kadar elektrik di seluruh negara akan diturunkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum, di sini. Anwar dijangka akan meneruskan walkabout bersama rakyat di Parlimen Setiawangsa selepas ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan sessi program Walkabout bersama rakyat di Parlimen Segambut bersempena sambutan Hari Wilayah.

Dalam ucapan ringkas kepada hadirin, Anwar turut mengulangi janji kepada rakyat bahawa harga minyak akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum nanti.




Ada sesuatu yang cukup menarik dalam program Walkabout Tuan Haji Anwar Ibrahim hari ini. Empat kawasan parlimen yang menjadi tumpuan utama adalah Parlimen Segambut, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Lembah Pantai.

Lebih menarik lagi tumpuan utama walkabout Tuan Haji Anwar Ibrahim ini adalah kawasan yang dihuni kaum Cina.

Belum lagi bermula pilihanraya umum, sudah ada dua janji besar, sekali lagi dilambung bagi menarik sokongan kaum Cina ... minyak dan kadar elektrik. Kedua-dua janji dibuat di dua kawasan Parlimen berbeza. Penurunan harga minyak di Segambut, penurunan kadar elektrik di Wangsa Maju.

Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin kalut dengan populariti dan penerimaan kaum Cina terhadap DS Najib ... ini adalah hakikat!




Pakatan Rakyat sudah lama mendapat 'signal' empat kerusi Parlimen bakal hilang dan terbang kembali kepada Barisan Nasional; Lembah Pantai, Titiwangsa, Wangsa Maju dan Bandar Tun Razak.

Majoriti penduduk di parlimen ini adalah terdiri orang Melayu dan kebanyakannya sudah kembali 'swing' kepada BN selepas undi protes sejak pilihanraya umum ke-12. Tuan Haji Anwar Ibrahim cukup sukar menerima berita kehilangan empat kerusi parlimen.

Lebih-lebih lagi parlimen Pantai Dalam semakin menolak PUTERI LIBERALIWAT yang sudah dicop tidak banyak menolong penduduk setempat. Rakyat lebih gemar mendapatkan pertolongan dari Raja Nong Chik. Krisis dalaman PKR Lembah Pantai lebih banyak membogelkan PUTERI LIBERALIWAT sebagai ahli Parlimen dengan program syok sendiri.




Apa yang lebih menggusarkan Tuan Haji Anwar Ibrahim adalah penerimaan kaum Cina terhadap Najib. Ini adalah bahaya paling besar dalam karier politik RAJA LIBERALIWAT. Majoriti pengundi yang memenangkan Pakatan Rakyat di parliemn Wilayah Persekutuan pada PRU 12 adalah kaum Cina!

Bagi masyarakat Cina cukup mudah ... bisnes berjalan dengan baik, komitmen kerajaan terhadap komuniti ahli perniagaan masyarakat Cina adalah tanda aras terbaik undi akan kembali 'swing' terhadap BN. Pakatan Rakyat sudah nampak impak yang cukup besar bakal berlaku.

Dan lawatan turun padang Najib di beberapa parlimen sekitar Wilayah beberapa minggu yang lalu, sudah cukup menjadikan para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP semakin melompat dengan karenah Tuan Haji Anwar Ibrahim yang lebih banyak memperjuangkan agenda peribadi berkaitan dengan undang-undang homoseksual dan sokongan terbuka terhadap regim zionis.




Tuan Haji Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat terpaksa mencanang Najib cuba membeli undi dan sokongan kaum Cina dengan berbagai janji yang ditaburkan.

Tuan Haji Anwar Ibrahim juga terlupa bahawa hari ini dua janji besar sudah beliau taburkan kepada kaum Cina ... penurunan harga minyak dan kadar elektrik.

Soalnya bagaimana beliau mahu menurunkan harga minyak dan kadar elektrik? Tuan Haji Anwar Ibrahim sudah tidak boleh lagi melakarkan retorik menurunkan harga minyak. Janji PU 12 masih belum disempurnakan oleh Pakatan Haram ini.

Tuan Haji Anwar Ibrahim sendiri pernah meretorikkan beliau akan menurunkan subsidi bagi meningkatkan daya saing ...

Rakyat perlu tahu penetapan harga minyak oleh kerajaan adalah berdasarkan kepada formula harga minyak antarabangsa. Apabila harga minyak setong naik, kerajaan perlu mengimbangi subsidi dengan kenaikan harga minyak. Semakin tinggi harga minyak di pasaran antarabngsa semakin tinggi kerajaan dibebankan dengan subsidi untuk turut mengelakkan harga barangan kawalan dari naik mendadak.

Berapa lama Tuan Haji Anwar Ibrahim mampu mengekalkan rentak retorik penurunan harga minyak dan kadar elektrik kepada masyarakat Cina. Kaum Cina pun bukan selalu boleh diperbodohkan oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.
















Gerakan Terancang PKR ... UNTUK JATUHKAN KREDIBILITI SHAHRIZAT & NFCorp!

|

Apa yang Gomo nak cakapkan disini adalah kenyataan PKR melalui Zuraidah MP Ampang yang menyatakan "Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarahkan oleh Pengerusi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail untuk merasuah polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan terhadap penyelewengan dana projek ternakan lembu yang diusahakan NFC."

Tidak cukup dengan kenyataan tersebut Mak Lampir mengeluarkan satu lagi FITNAH dan rekayasa politik apabila menyatakan "Beliau turut memberitahu wartawan melalui satu sumber yang diperoleh, dipercayai Sahmsulbahrin dan Salleh telah diperkenalkan melaui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin".

Sudah dua Fitnah dalam isu yang cuba ditimbulkan dan sepertimana biasa Ketua Wanita PKR ini akan melemparkan pula FITNAH keatas Ketua Wanita UMNO dengan menyatakan "“Pendedahan ini juga berkemungkinan besar akan membuktikan penglibatan Datuk Shahrizat Jalil dalam skandal projek lembu ini,”



Sejak dari awal adalah berkemungkinan besar bahawa Shamsulbahrin ini telah dipasang oleh pihak PKR untuk memerangkap pihak NFCorp. Gomo nyatakan sedemikian memandangkan adalah satu pekara besar apabila Zuraidah sendiri dalam kenyataan nya menyebut bahawa : "pelantikan tersebut jelas Shamsulbahrin bertujuan untuk menjadikannya "kambing hitam" isu skandal NFC"









 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU