GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/25/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

ANGKARA Anwar ... PAS Menjadi Pusat Peliharaan dan Ternakan PAraSit!

| Wednesday, January 25, 2012

Anwar Ibrahim terlalu bijak sehingga para pemimpin dan ahli PAS secara terang-terangan diperbodohkan melalui percaturan politik bermula dari tahun 2008 lagi.

Parasit-parasit Anwar Ibrahim cukup mudah menterbalikkan ideologi dan perjuangan PAS dari sebuah parti yang memperjuangkan sebuah negara Islam kepada sebuah parti yang berlandaskan negara berkebajikan.

Kehebatan parasit ini cukup memukau minda dan intelektual PAS sehingga Hadi Awang dianggap sudah tidak lagi relevan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Anwar Ibrahim dijulang, dikagumi dan diangkat setinggi langit ketujuh sebagai pemimpin yang paling layak dan berkaliber memimpin negara ... cukup hebat!

Parasit-parasit Anwar Ibrahim bijak bekerja disebalik tadbir nama parti. Nik Aziz Nik Mat dilacurkan dalam kejayaan menukarkan ketaksuban ahli PAS dari pemimpin parti tersebut kepada ketaksuban milik 'Anugerah Tuhan'.

Gerombolan pro ulama sudah lama dicantas, ditebang dan ditanam tujuh kaki dalam tanah. Suara pro ulama sudah menjadi suara minoriti bagi sebuah parti yang dahulunya gah dikuasai oleh gerombolan-gerombolan ini.

Hasan Ali sudah menjadi mangsa liwat pertama parasit-parasit peliharaan Anwar Ibrahim. Nasharudin Mat Isa, Harun Taib, Haron Din bakal menjadi mangsa seterusnya, jika tidak menjaga tutur kata dan tingkah laku yang bakal mencurigakan mata-mata parasit ini.

Hadi Awang? ... sudah lama dikuburkan tanpa batu nesan. Kekalahan berturut-turut parti ini dalam pilihanraya kecil dijadikan umpan, senjata dan modal utama membunuh karier Hadi Awang. Presiden parti sudah dilabelkan sebagai kepincangan utama kepimpinan PAS malah turut dilabelkan sebagai liabiliti utama bagi Pakatan Rakyat.

GWM menjangkakan pada pilihanraya umum akan datang, parasit-parasit Anwar Ibrahim akan dicalonkan sebagai calon-calon 'winnable candidate' PAS. Kemenangan calon-calon parasit ini akan memudahkan lagi proses membuang Hadi Awang dari tampuk dan kerusi empuk Presiden parti. Dan tidak mustahil kesemua jawatan tertinggi parti bakal dikuasai oleh parasit-parasit ternakan Anwar Ibrahim.

Hebat manusia bernama Anwar Ibrahim ... bukan ahli PAS yang mampu mencatur politik dan menguasai PAS. Parti ini sudah menjadi ladang ternakan dan peliharaan PAraSit!

 



Kuala Lumpur 'Top Gay Asia City' ... IMPIAN dan HARAPAN Anwar Ibrahim Melalui SEKSUALITI MERDEKA!

|






TEL AVIV, 25 Jan - Gerakan kempen 'Gay Tourism' yang dilancarkan sejak dari Julai 2010 telah menjadikan ibu negara Israel ini sebegai hub terbesar bagi golongan homoseksual di mana pasangan gay boleh bergerak bebas dan berkucupan dikhalayak ramai.

Kempen penjenamaan yang dijalankan disokong dan dibantu dengan bantuan dana oleh kerajaan agar Tel Aviv muncul sebagai destinasi utama bagi pelancongan golongan homoseksual di Asia Barat.

Kerajaan Tel Aviv memperuntukkan kira-kira USD100,000 (RM310,000) sebagai bajet pemasaran antarabangsa bagi menjalankan kempen pelancongan gay ini secara agresif. Pegawai kerajaan menganggarkan ketibaan berpuluh ribu pelancong gay di Israel dalam melonjakkan lagi pendapatan melalui sektor pelancongan.

Pegawai Kementerian Pelancongan, Pini Shani menyifatkan pelancong gay berpotensi besar dalam mempromosikan Israel sebagai hub terbesar golongan homoseksual dan melantik pelancong ini sebagai duta muhibbah bagi Israel.

"Kami cuba mewujudkan model keterbukaan, toleransi dan pluralisme melalui kempen ini," kata Datuk Bandar Tel Aviv, Ron Huldai. KLPOS, 25 Jan 2012



"Kami perlu menilai kembali undang-undang (homoseksual) lapuk ini supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan."



Pemimpin manakah dalam negara ini yang begitu sibuk memperjuangkan isu homoseksual baik dari segi hak bersuara mahupun beria benar mahu menukar undang-undang homoseksual yang sudah dianggap tidak relevan?

Hatta barisan pemimpin DAP sekalipun cukup geli geleman mahu memperjuangkan isu LBGT, apatah lagi Khalid Samad ... sekalipun tergolong dalam gerombolan tegar LiberaLiwat, tidak pernah sekalipun terlintas mahu mengangkat martabat golongan LBGT.

Lihat, teliti, kaji dan dalami kronologi perjuangan LiberaLiwat Anwar Ibrahim ... masih banyak isu dan masalah sosial yang boleh diketengahkan oleh Anwar sebagai pemimpin pembangkang.

Mengapa isu LBGT tetap menjadi pilihan utama perjuangan suci Anwar Ibrahim, baik dalam negeri mahupun di luar negara? ... Bakal Perdana Menteri Malaysia?






BREAKING NEWS ... "Saya KESAL TUDUH Shahrizat Bukan-Bukan" - BUNG MOKHTAR

|



SHAH ALAM, 25 Jan - Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.


Full article, click PEMIMPIN UMNO PUN BUTA FAKTA.




Secara jujur, GWM tidak menyalahkan rakyat yang tidak memahami isu sebenar kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) jika hanya berpandukan kepada berita yang tersiar di portal-portal pro pembangkang. Dan secara jujur, amarah GWM terhadap 'Lembu-Lembu PKR' masih lagi boleh dipertimbangkan.

Sudah mejadi kewajipan 'Lembu-Lembu PKR' ini wajib menjalankan tugas dan amanah dari Tuan Haji Anwar Ibrahim mengikut konsep 'FIFO' dalam perakaunan kos (cost accounting) ... 'Fitnah In, Facts Out'!

Sudah menjadi makanan ruji puak-puak ini jika tidak mendahulukan fitnah dan tohmahan dan membelakangkan isu dan fakta yang sebenar.




Namun apabila membicarakan soal beberapa pemimpin UMNO yang menjadi 'Pak Turut' dalam kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hanya satu perkataan yang terlintas di kotak pemikiran GWM ... BODOH!

GWM kurang pasti sama ada beberapa pemimpin UMNO ini mahu menampilkan diri sebagai 'winnable candidate' bagi pilihanraya umum kelak dengan menyerang Ketua Wanita UMNO tanpa sebarang usul periksa atau ... sekadar mahu melepaskan tengkuk masing-masing dari menjadi bahan tembakan pembangkang.

Sebenarnya Laporan Audit Negara 2010 dan Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga sudah secara jelas menerangkan isu ini hanya berkait rapat dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp, sebuah syarikat Sendirian Berhad.

Atas dasar itu, GWM sudah terlalu malas mahu memberi penjelasan dalam kemelut NFC, yang sebenarnya tidak ada kemelut pun sebenarnya ... dan tidak ada kegagalan dalam projek fidlot negara. Yang dibicarakan dan disimpulkan dalam Laporan Audit Negara 2010 adalah kelambatan NFC mengikut jadual.

Kelambatan adalah disebabkan Kementerian Kewangan telah beberapa menangguhkan projek ini untuk dilakukan kajian 'Viability and Business Model Project' terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang keputusan muktamad. (sila muat turun dan rujuk Laporan Audit Negara 2010).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seharusnya berada dihadapan untuk memastikan objektif projek ini dapat disegerakan mengikut jadual setelah operator pengeluaran lembu utama Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAMBERTS) gagal dan menarik diri dari projek ini ... bukannnya NFCorp.

Seharusnya pihak pembangkang persoalkan mengapa LAMBERTS gagal dan menarik diri daripada meneruskan projek ini ... bukannya NFCorp!

Dan kebetulan ... semakin lama semakin terbuka luas ruang seolah-olah sudah ada 'tangan-tangan ghaib' mahu membunuh karier Ketua Wanita UMNO!


Menarik bukan ...

rujukan click :
Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga
Laporan Audit Negara 2010

  




TOP NEWS ... Anwar Mula SAMAN SEMUA BEKAS PEMIMPIN PKR ... RM 600 JUTA!

|




Ezam Mohd. Noor kata ... Anwar Ibrahim saman media massa sebagai gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran tetapi takut berdepan dengan kebenaran.

Anuar Shaari kata ... saman terhadap media hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

Mohd. Zahid Md. Arip kata ... Ibrahim adalah seorang yang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

SD Johari kata ... beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

Hamizun Khairuddin kata ... rakyat sudah tahu moral dan akhlak Anwar Ibrahim cukup jijik dan tindakan saman hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.



Yang paling jelas Anwar Ibrahim sudah terdesak dengan situasi semasa. Sokongan dan rating beliau semakin jatuh merudum. Pembebasan beliau dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan merosakkan pelan awal untuk menaikkan rating beliau.

Tindakan terdesak sebagai 'tangan ghaib' singkirkan Hasan Ali dari PAS lebih memburukkan keyakinan parti itu terhadap Anwar dan PKR. PAS semakin berantakan apabila gerombolan pro ulama dilihat semakin ramai menyokong dan menghadiri road tour Hasan Ali.

Dan sehingga kini, Anwar Ibrahim pernah mengakui dan mengatakan beliau sudah mengenalpasti identiti Lelaki Y dalam video seksnya bersama China Doll ... Mengapa tidak beliau dedahkan Lelaki Y tersebut sebagai bukti beliau sebagai pemimpin yang boleh dipercayai?

Kerana itulah media massa asing turut melabelkan Anwar Ibrahim sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Anwar Ibrahim seharusnya juga mengambil tindakan saman ke atas media asing ini; The Economist yang telah memburukkan imej dan kredibilitinya.

Begitu juga dengan portal media pro pembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang turut sama menyiarkan artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu. Mengapa Anwar Ibrahim tidak berani mengambil tindakan saman terhadap dua portal ini? Persoalannya ... Anwar Ibrahim berani atau tidak?

Gimik politik sebenarnya cukup penting bagi Anwar Ibrahim. Gimik politik jugalah yang diharapkan mampu menaikkan kembali rating beliau dikalangan penyokongnya.

Politik pada Anwar Ibrahim hanyalah sebagai 'The Game of Numbers and Perceptions' ....



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU