GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/13/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Kontroversi SBPA ... Mohd Sidek Memang Mahu 'BUNUH' Karier NAJIB!

| Friday, January 13, 2012

"SPBA hanya dibuat oleh segelintir pegawai atasan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas arahan KSN tanpa berunding dengan CUEPACS dan tanpa pengetahuan YAB PM. Dasar baru ini memang telah menjatuhkan imej kerajaan"

Skuad Kuda Trojan dan Skuad Berani Mati Teman memohon supaya KSN yang berjawatan kontrak bersambung-sambung selama 6 tahun berturut-turut ini DITAMATKAN SEGERA dari jawatannya kerana beliaulah bertanggungjawab atas kemelut dalam perkhidmatan awam selama 6 tahun memegang jawatan termasuklah menjadi liabiliti kekalahan BN pada PRU12 yang lalu atas isu kenaikan gaji dan tiada pemberian bonus dalam budget 2008!!!!!.

Kempen pecat KSN akan bermula oleh orang-orang BN dan PR. Sila ambil PERHATIAN!!!!!!

Teman hanya menyampaikan denyut nadi masyarakat marhain!!!



Cukup pedas dan berterus terang (straight to the point) komen yang ditinggalkan dalam artikel yang diterbitkan jam 8.00 pagi tadi. Yang nyata, isu SBPA bakal menjerut leher DS Najib jika tidak ditangani dengan teliti dan secara bijaksana.

Soalnya kini bukan hanya bertumpu kepada soal meraih undi, namun lebih terarah kepada keadilan secara sejagat dalam melaksanakan skim baru ini. Mustahil penjawat awam mengamuk jika SBPA tidak memberikan keadilan dalam kenaikan gaji dan penyusunan jawatan.

GWM nampak sebenarnya isu ini lebih menjurus kepada ketidakadilan terutamanya bagi peringkat Jawatan Sektor Utama Awam (JUSA). Kenaikan gaji dan elaun yang cukup tidak munasabah adalah faktor utama suara-suara penjawat awam semakin hingar bingar mula menjentik telinga Perdana Menteri.

Ini baru dijentik, bagaimana jika ditendang 'pintu Putrajaya'? Mahu roboh dibuatnya ...



Isu pokok adalah tangga gaji, pelarasan gaji dan pemindahan tangga gaji tidak berlaku secara adil, JUSA dilihat lebih mendapat keuntungan berlipat kali ganda ... Ini menyamun namanya!

Contoh paling mudah, perlaksanaan SBPA akan memberikan pelarasan gaji lebih kurang RM5,000 kepada pegawai JUSA C, berbanding dengan pegawai gred 54 (gaji mati P1T8) yang hanya mendapat pelarasan gaji RM308.64 ... Barangkali ini adalah adil bagi pembuat polisi!

Kerana itulah DS Najib cukup pantas melakukan 'damage control' peringkat awalan sebelum merebaknya 'pemberontakan' dikalangan penjawat awam. Apabila timbul pemberontakan, dua biji mata dan satu akal sudah tidak nampak lagi segala kebaikan yang telah diterjemahkan oleh pihak kerajaan.

Pihak JPA seolah-olah cuba menyembunyikan pelarasan gaji JUSA dari pengetahuan CEUPACS, dan khususnya kepada Perdana Menteri. Sudah mula timbul unsur-unsur tamak haloba dikalangan penjawat awam peringkat atasan.



Namun isu SBPA membuatkan GWM terfikir sejenak ... betapa besar untungnya nasib penjawat awam jika dibandingkan dengan golongan yang bekerja di sektor swasta.



Najib Perjelas Maksud ... 'DENGAR DENYUT NADI RAKYAT'!

|





KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.

Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU