GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/10/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Anwar Sememangnya BEJAT ... Majlis Peguam BERKONSPIRASI HALANG Keadilan Buat SAIFUL!

| Tuesday, January 10, 2012



KUALA LUMPUR, Jan 9 — Malaysian Bar president Lim Chee Wee today urged the Attorney-General (A-G) not to appeal against Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy acquittal and to instead focus on more serious crimes.

The Bar Council chief said the High Court had ruled fairly in the case, and based his decision on the principles of natural justice.

“The case has unnecessarily taken up judicial time and public funds,” he said in a statement today, adding the law “criminalises” sexual relations between two consenting adults.



Majlis Peguam dilihat semakin mendesak dan memulas tangan Peguam Negara supaya lebih fokus kepada kes-kes jenayah yang lebih serius dan tidak membuang masa serta wang rakyat untuk tidak melayan tuntutan Saiful Bukhari Azlan yang mahu mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sudah semakin jelas Majlis Peguam cuba bertindak membelakangkan prinsip keadilan untuk mana-mana individu yang berhak mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

GWM yakin Saiful Bukhari Azlan masih mempunyai ruang secukupnya bagi membuktikan kes beliau masih kukuh berdasarkan kepada artikel dibawah.


Amer Hamzah said ideally, a judge should provide his written grounds for the verdict within six weeks of its delivery.

However, he said, there were some judges and magistrates who still did not provide reasons when delivering their verdicts. Some would only say that the prosecution had proven its case "beyond reasonable doubt" and do not provide their grounds for such a decision.

"In Anwar's case, the judge only said that he does not accept the DNA evidence," Amer Hamzah said.



Saiful Bukhari Azlan dan pihak pendakwaraya perlu meneliti kembali bukti-bukti lain yang bakal dijadikan kes kukuh untuk mengheret kembali Tuan Haji Anwar ke muka pengadilan. Pihak pendakwaraya mempunyai masa 14 hari bagi mengemukakan rayuan iaitu sebelum 23 Januari 2012.

Cuma satu perkara yang dikhuatiri adalah jika sekiranya 'written judgement' ke atas keputusan penghakiman lewat dilakukan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut. Perlu diingat, rayuan hanya boleh dilakukan setelah 'written judgement' dilakukan oleh hakim. Hakim yang membicarakan kes tersebut perlu menyediakan alasan-alasan bertulis penghakiman. 

Jika tidak, Saiful Bukhari Azlan dan pihak pendakwaraya tidak boleh mengemukakan rayuan.



Anwar SEMAKIN BEJAT ... Kg Batu Uban Pulau Pinang BAKAL DILIWAT!

|

Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.





Sistem Kehakiman Bakal Menjadi SISTEM KANGAROO! ... LIWAT Anwar CUKUP BERBISA!

|

"Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memberi alasan tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA)."



GWM sengaja tidak mahu membuat sebarang artikel mahupun mengulas isu kes liwat Tuan Haji Anwar kerana cuba memikirkan kesan dan akibat (repercussion) alasan penghakiman yang dibuat. Kadangkala kita perlu melihat keputusan kes ini diluar kotak pemikiran (out of the box) semasa dan melihatnya dari sudut lain atau satu jangkamasa yang lebih panjang.

Barangkali ini yang mampu dirumuskan GWM kesan dan akibat keputusan penghakiman kes liwat Tuan Haji Anwar semalam ...




Negara bakal menyaksikan selepas ini kes liwat Tuan Haji Anwar akan menjadi suatu ketetapan (precedent) bagi mana-mana kes yang melibatkan jenayah pencabulan dan rogol.

Hakim hanya akan menjatuhkan hukuman bersalah kepada tertuduh jika bukti yang dikemukakan pihak pendakwaraya adalah 100 peratus tanpa sebarang keraguan. Lebih-lebih lagi jika kesalahan jenayah yang melibatkan DNA.

Bagaimana jika sekiranya melibatkan kes rogol atau pencabulan yang mempunyai sokongan-sokongan bukti yang kukuh namun tidak mempunyai bukti 100 peratus bagi bukti DNA?

GWM permudahkan disini senario yang membabitkan alasan penghakiman ... kejadian rogol berlaku, saksi telah menjalani ujian DNA dari sampel air mani yang diambil, ada rakaman CCTV litar tertutup berlaku kejadian rogol, terdapat bukti kukuh saksi dirogol melalui laporan perubatan ... namun sampel air mani tertuduh hanya membuktikan DNA adalah 99 peratus benar dari sampel air mani tertuduh.

Adakah hakim akan turut memberikan alasan penghakiman yang sama seperti kes liwat Tuan Haji Anwar? ...

Bagaimana jika sekiranya peguambela tertuduh turut mengemukakan kes liwat Tuan Haji Anwar sebagai ketetapan (precedent) bahawasanya tertuduh tidak boleh disabitkan kesalahan melainkan bukti DNA perlu 100 peratus tanpa sebarang keraguan?

Bagaimana dengan bukti-bukti kukuh sokongan yang lain yang jelas membuktikan kejadian rogol sememangnya berlaku? Adakah hakim akan turut sama memberi alasan penghakiman bahawa tertuduh tidak bersalah?

Suka atau tidak, keputusan kes liwat membabitkan Tuan Haji Anwar akan menjadi ketetapan (precedent) dan rujukan (reference) bagi mana-mana peguambela yang mengambil kes jenayah rogol atau pencabulan tertuduh.

Hakim sudah tentu tidak boleh mengelak melainkan turut sama menggunakan rujukan kes liwat Tuan Haji Anwar sebelum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh ... tanpa sebarang keraguan bukti DNA adalah 100 peratus benar!

Jangan terkejut jika selepas ini kes yang melibatkan jenayah rogol akan meningkat! Keputusan kes liwat Tuan Haji Anwar akan menjadi ketetapan bagi mana-mana kes yang melibatkan jenayah rogol yang dibicarakan di mahkamah.

Bagaimana jika sekiranya 1,000 kes jenayah rogol (yang benar-benar berlaku dan dibuktikan kes tersebut) yang sedang dibicarakan di mahkamah dibebaskan atas alasan ... bukti DNA tidak berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan kejadian jenayah tersebut!

Rakyat tidak boleh marah jika semakin ramai perogol terlepas dan dibebaskan atas alasan penghakiman yang sama digunapakai, keputusan kes liwat Tuan Haji Anwar sebagai suatu ketetapan (precedent) selepas ini.

Barangkali inilah harga sebenar suatu keadilan ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU