GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/05/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Xavier Jayakumar Mahu Mahasiswa Robot ROGOL & LIWAT UiTM Shah Alam SECEPAT MUNGKIN!

| Thursday, January 5, 2012

Ahhh ... tajuk berita sudah menunjukkan pembangkang sudah mahu menjadikan institusi pengajian tinggi tertua bumiputera sebagai medan baru untuk dihuru-harakan.

Bukan main hebat tajuk berita ... 'S’gor tandatangani MoU dengan UiTM'. Dengan siapa Xavier Jayakumar mengadakan perjanjian MOU bagi membantu secara aktif aktiviti akademik dan sosial warga siswa di kampus utama universiti itu di Shah Alam.

Aktiviti akademik apa yang boleh dilakukan oleh Mahasiswa Robot dibawah ini ...


Barangkali aktiviti akademik yang mampu dilakukan oleh Mahasiswa Robot ini adalah goyang pagar, panjat pagar, demonstrasi waktu tengah malam, baring beramai-ramai ditengah jalan, pecah gelas dan tingkap kampus ... atau apa sahaja aktiviti yang mampu menguru-harakan situasi kampus dianggap sebagai 'aktiviti akademik'.



Majlis menandatangani perjanjian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kami, Khalid Mohd Ismath dan Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar di Shah Alam hari ini.

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri dalam membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti-aktiviti mereka. Ia membuka jalan bagi hubungan erat antara persatuan mahasiswa universiti tersebut dengan kerajaan negeri di masa-masa yang akan datang.

“Sebelum ini kerajaan negeri melalui beberapa Exco negeri turut memberikan bantuan kepada beberapa buah universiti lain,” kata Dr Xavier yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin dalam satu kenyataan media.




Najib TERGAMAM ... Chua Soi Lek SUDAH SABOTAJ BN SEBELUM PRU 13!

|




Anwar gembira, kerana sejak tahun 2008, MCA/GERAKAN sudah menjadi parti yang tidak relevan dan hanya menunggu masa untuk tenggelam.

Anwar selalu mengungkap Soi Lek sebagai seorang pemimpin yang sudah tidak punya ‘moraliti’ lagi untuk memimpin MCA.

Kepada Anwar, Soi Lek hanya akan mempercepatkan kematian MCA dalam PRU yang akan datang.

Ong Tee Keat akan bersama DAP dalam masa yang terdekat ini. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, di Skudai, dan beberapa kawasan lain membuktikan bahawa MCA akan menuju ke jalan kematian.

Tindakan Chua Soi Lek mengutamakan KELUARGA dan KRONInya bagi mendapat tempat dalam PRU akan datang. Sudahlah dia sendiri akan bertanding di Parlimen; Chua Tee Yong, dan bekas SUPOK CSL sendiri juga akan turut bertanding.

Full article ... click BIAWAK PORNO MCA



Kebangkitan GELOMBANG RAKYAT di Kelantan ... UMNO MASIH DIULIT LENA SAUDAGAR MIMPI!

|





GWM menjangkakan kelak lebih ramai rakyat yang bakal tampil menuntut hak dan keadilan di Kelantan sepertimana yang dilakukan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan ( MTRK ) dan beberapa NGO yang berhimpun di hadapan perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ( SUK ).

Rakyat sebenarnya sudah muak dan bosan dengan 'janji manifesto' PAS sejak dari pilihanraya umum 1990. Berapa peratuskah 'janji manifesto' PAS sudah dilaksanakan sehingga kini? Bermula dari 'Membangun Bersama Islam' beralih arah pula kepada 'Negara Berkebajikan' ... sudah terjaga dan terlaksanakah kebajikan rakyat Kelantan selama 20 tahun pemerintahan?

Masalah sekecil membekalkan air bersih masih berlarutan walaupun telah berapa banyak peruntukan diberikan kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri.

Jangan diharapkan kepada Nik Aziz, apa yang dia tahu sebenarnya melainkan dengan ungkapan keramatnya 'Ambik Duit Pangkah Bulan'! Ini sifat pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Jika ditanya apa erti bakteria E – Coli, mahu dijawabnya coli wanita!




Perhimpunan aman itu bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan bagi mendesak supaya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah bekalan air di negeri tersebut.

Dalam satu sidang penerangan, Naib Presiden MTRK Kadir Yaakob, menjelaskan bahawa masalah bekalan air bersih ini sudah menjadi satu isu yang serius setelah kerajaan negeri gagal menanganinya walau sudah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu.

full article, click 20 TAHUN DICEMARI JANJI PAS



Walaubagaimanapun GWM lebih tertarik kepada luahan rakan blogger dari negeri Cik siti Wan Kembang, Gelombang Kick melalui artikelnya DASYAT !!! DISINI BERMULANYA KEBANGKITAN RAKYAT KELANTAN.





Ini yang GWM telah membuat kritikan secara terbuka kepada parti UMNO. Ahli dan pemimpin yang bernaung dibawah parti ini semakin ramai menghidap sindrom 'mati pucuk'. Berapa peratus? ... 90%!

Dalam masa rakyat semakin bangkit menunjukkan rasa ketidakpuasan hati kepada kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang, pemimpin UMNO lebih gemar menyorok didalam kubu bawah tanah. Rakyat terkapai-kapai memerlukan bantuan, sokongan dan gerakan yang sepatutnya bermula dari UMNO. Namun akhirnya, lebih baik dimulakan melalui gerakan dari pertubuhan NGO.



Peluru sebenarnya sudah banyak ditaburkan oleh rakyat kepada UMNO, tinggal lagi hanya pemimpin yang masih terkial-kial menyeluk ke dalam seluar untuk memeriksa masih wujudkah sepucuk senapang dan dua butir peluru.

Mungkin juga barangkali diusap-usapnya senapang tersebut untuk ditentukan masih lagi kukuh dan berfungsi atau tidak ...



EKSKLUSIF ... Anwar Sudah Lama KUFUR & ROSAK AKIDAH!

|



KUALA LUMPUR 4 Jan. – Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.

“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.

Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.

Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.

“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?

“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.

Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.

“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.

“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU