Wednesday, October 31, 2012


Musykil sama ada Exco Selangor Ronnie Liu bodoh bengap atau sememangnya teramat cerdik apabila cuba menjadi jagoan isu pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves.

Gayanya seperti mahu tanam Khalid Ibrahim hidup-hidup di Selangor.



Zainal Abidin berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis - Malaysian Insider, 30 Oktober 2012

Seperti tulisan rakan blogger THE UNSPINNERS, tidak perlu lakukan kerja bodoh untuk menyelamatkan ponggong Khalid Ibrahim.

Barangkali menyangka rakyat boleh dipermainkan dengan terma perkataan Kebenaran Merancang (Planning Approval), maka kesalahan bulat-bulat diletakkan kepada BN sebagai kunci kepada segala pembinaan.


Mengapa tidak disebutkan mengenai Perintah Pembangunan (Development Order - DO) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan?

Kebenaran Merancang (Planning Approval) hanya memberi kebenaran untuk tuanpunya tanah atau hartanah memulakan perancangan.

Kebenaran Merancang (Planning Approval) bukan kelulusan mulakan binaan atau pembangunan.

Jawatankuasa Majlis Perbandaran Selayang akan mengadakan mesyuarat sebelum mengeluarkan Perintah Pembangunan (Development Order) bagi pembangunan dan pembinaan bermula.

Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan sewaktu Pakatan Rakyat menguasai Selangor.

Dan ini yang tidak disebutkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin ... Perintah Pembangunan (Development Order).



Atas dasar itu, Karpal Singh tampak lebih rasional dalam menghentikan kebodohan Pakatan Rakyat dan Ronnie Liu ... yang nyata tembak diri sendiri.

Ahli parlimen Jelutong itu turut menggesa kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk menghentikan plemik politik serta menyalahkan satu sama lain dan siapa yang bertanggungjawab meluluskan projek pembinaan kondominium itu - KLPOS, 30 Oktober 2012.



Kerana itulah Khalid Ibrahim dengan pantas mengeluarkan kenyataan untuk menutup kebodohan Ronnie Liu dan Pakatan Rakyat yang mahu terus menerus bermain dengan isu pembinaan kondominium ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebuah jawatankuasa bertindak bebas akan dibentuk esok untuk menyelesaikan masalah itu. Beliau berkata, ahli jawatankuasa itu akan dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - KLPOS, 30 Oktober 2012.



Mengapa perlu projek kondominium ini dihentikan buat sementara waktu? 

Perlu apa ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bebas ... melainkan sewaktu Pakatan Rakyat memerintah, Perintah Pembangunan (Development Order) ini dikeluarkan ...

Bukankah Khalid Boleh mengarahkan projek kondominium dihentikan terus dengan satu surat dari pejabat Menteri Besar ...



5 comments:

Anonymous said...

Planning minah cina dengan mat salleh di sini pula;-

Hebatnya diskriminasi oleh Mgmt Cina dan Australia di Suria KLCC. Mereka nak tambah lagi 80 kedai dan bagi kpd peniaga2 asing.

Baca dinturtle.blogspot.com

Unknown said...

Kelulusan Kebenaran Merancang - Planning Approval

Planning Permission - Kebenaran Merancang
# ialah Planning Approval Granted by Local Authority under the act 172. Terpakai kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan Selain Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.

Development Order - Perintah Pembangunan
#ialah Planning Approval Granted by Local Authority under the act 267. Terpakai kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Sahaja.

Kedua-duanya adalah benda yang sama tapi x serupa. Secara teknikal dan proses kelulusan nya sahaja berbeza tapi tujuannya, memberikan kebenaran untuk Merancang Pembangunan.

Kalau nk Bangunkan/Bina Bangunan kena masuk BP plan approval.

Harap Maklum. Just my 2 cents Opinion

yanmaneee said...

yeezy 500
curry shoes
yeezy
moncler
golden goose
yeezy shoes
hermes
jordan shoes
jordan shoes
goyard

Anonymous said...

7a replica bags philippines replica bags korea replica bags delhi

Anonymous said...

ggdb
jordans shoes
supreme new york
golden goose
supreme clothing
kyrie shoes
supreme
jordans
bape
fear of god clothing