GWM tertarik dengan penjelasan yang dibuat oleh bekas pengerusi EON Bank Bhd, Datuk Gooi Hoe Soon bahawa penguatkuasaan Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) di negara ini antara yang terbaik di dunia.
Beliau merumuskan BAFIA telah melindungi segala rahsia sulit dan hak pelanggan, pendeposit serta peminjam bank dan tiada bank atau institusi kewangan berani membocorkan maklumat pelanggan, pendeposit dan peminjam.
Namun bagaimana dengan kes yang melibatkan Rafizi Ramli, yang mendapat maklumat kewangan pelanggan yang sepatutnya dibawah BAFIA adalah rahsia sulit dan hak pelanggan?
Mengapa hanya Rafizi Ramli yang dikenakan saman dan tindakan, walhal bank terbabit iaitu Public Bank Berhad tidak turut sama dikenakan tindakan dibawah BAFIA ini?
Secrecy.
97. (1) No director or officer of any licensed institution or of any external bureau established, or any agent appointed, by the licensed institution to undertake any part of its business, whether during his tenure of office, or during his employment,
or thereafter, and no person who for any reason, has by any means access to any record, book, register, correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to the affairs or, in particular, the account, of any particular customer of the institution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwise disclose, to any person, or make a record for any person, of any information or document whatsoever relating to the affairs or account of such customer.
97. (3) No person who has any information or document which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.
Penjelasan paling mudah dalam memahami BAFIA ini adalah mana-mana pihak, termasuk pihak bank, agen dilantik oleh pihak bank, individu; tidak boleh mendedahkan segala rahsia sulit kerana ini adalah hak pelanggan yang termaktub dibawah akta.
GWM kurang pasti sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) telah menghubungi Pejabat Pendakwaraya untuk melihat sama ada Public Bank Berhad juga terbabit dalam kes ini.
Bursa Malaysia dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia telah tampil memberi jaminan bahawa BAFIA akan terus melindungi segala rahsia sulit dan hak pelanggan, pendeposit serta peminjam bank.
GWM musykil dengan tindakan berdiam diri oleh Public Bank Berhad walhal kes ini melibatkan reputasi dan kredibiliti bank berkenaan.
Bukankah ini masa yang terbaik untuk pihak pengurusan Public Bank Berhad tampil memberi keyakinan bahawa segala rahsia sulit dan hak pelanggan, pendeposit serta peminjam bank akan terus dilindungi dibawah BAFIA?
Keengganan pihak pengurusan Public Bank Berhad tampil dalam memberi kenyataan rasmi boleh menimbulkan syak wasangka.
Apakah pernah berlaku kes-kes yang melibatkan rahsia sulit pelanggan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan pelanggan terbabit oleh bank ini?
Sikap berdiam diri pihak pengurusan Public Bank Berhad jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah bank bagi memberi jaminan BAFIA mampu menjaga hak dan kerahsiaan pelanggan.
Barangkali pihak pengurusan Public Bank Berhad lebih berminat dengan anugerah-anugerah cemerlang yang pernah dimenangi dari memberi keyakinan terhadap para pelanggan.
4 comments:
Pernah buat siasatan sebuah syarikat under BAFIA ngan Public Bank tetapi blum apa2 syarikat dah tau pasai pegawai or manager dah kasi tau syarikat yang sekufu bangsa.Pas tu setiap kali nak siasat, pegang manager dan maklumkan kalau bocor jawab ngan BNM.
Pernah buat siasatan sebuah syarikat under BAFIA ngan Public Bank tetapi blum apa2 syarikat dah tau pasai pegawai or manager dah kasi tau syarikat yang sekufu bangsa.Pas tu setiap kali nak siasat, pegang manager dan maklumkan kalau bocor jawab ngan BNM.
Public Bank lah yang bagi peluang meniaga yang banyak kat orang-orang Melayu, ko nak harap kat Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank, memang macam haram. Ni semua salah umno sebab orang dah bagitau kat umno suruh ambik tindakan kat pegawai bank glc yang khianat tapi depa buat dek je... celaka haram jadah betoi.
For one's laughs to your: Pre-heat each pot in the market to 170C/gas Numerous. The second reason is rays that high temperatures is always resembled outside the dome talked about on top of the hitter. Flush one particular apples under nice, water, and fitness a good vegetable scrubber scrub brush.
Here is my weblog bamboo wooden toast tongs
Post a Comment