Friday, August 31, 2012

Tukar Bendera : Saya Tidak Arahkan, SAYA HANYA GALAKKAN - Anwar Ibrahim


Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.

“Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.

Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan maintan politik Umno untuk memburukkan pembangkang.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.



alt

alt

Sementara itu, di laman twitter, Najwan Halimi, pegawai Anwar itu bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan anak muda yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ menggantikan bendera Jalur Gemilang.



“Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!,”katanya yang memuji tindakan anak-anak muda itu.

Malah Najwan pada Ogos 2007 pernah menyiarkan reka bentuk bendera di laman peribadinya yang hampir sama dengan bendera yang dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan anjuran Janji Demokrasi semalam.



“Dengan penuh kesedaran dan keinsafan, sebagai seorang warga negara Malaysia yang berdaulat, dengan mendukung semangat Nusantara, saya persembahkan design terbaru bendera Malaysia bagi menggantikan Jalur Gemilang bernama Sang Saka Malaya,”kata Najwan di laman peribadinya, najwanhalimi.com.

Kata-kata di laman peribadinya diedit hari ini yang berbeza dengan tulisan asal sebelumnya.

Manakala di twitternya pula, Najwan berbangga dengan bendera Sang Saka Malaya itu.


“Dirgahayu Sang Saka Malaya !,”katanya di twitter hari ini.

Najwan Halimi seperti dilaporkan Malaysiakini adalah pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Najwan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dipanggil Anwar untuk menjadi saksi pembelanya dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Kehadiran Najwan Halimi sebagai saksi pembela di mahkamah mengesahkan bahawa pengadu yakni Mohd Saiful adalah pekerja Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini serta mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.


sumber : AIDC



Berapa lama lagikah Anwar Ibrahim mahu melakukan pembohongan demi pembohongan?

Anwar Ibrahim kata beliau menafikan, namun pegawainya Najwan Halimi pula bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan anak muda yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ menggantikan bendera Jalur Gemilang.

Begitu juga dengan 'pencacai angkat najis khinzirnya' Anwar Ibrahim yang bernama Hishamudin Rais.


Si komunis dan pendokong sosialis ini turut sama pernah menyiarkan reka bentuk bendera di laman peribadinya, Tukar Tiub yang hampir sama dengan bendera yang dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan anjuran Janji Demokrasi semalam.

Apakah semua ini hanya kebetulan semata-mata. Cukup mustahil jika dikatakan ianya sebagai kebetulan.

Lagi mustahil jika Anwar Ibrahim menafikan tidak tahu menahu dan menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.




Apa lagi yang mahu Anwar Ibrahim mahu bohong?

Semakin lama semakin busuk bau mulut dan nafas Anwar Ibrahim, lebih busuk dari bangkai khinzir ...



Video PALING BIADAB ... Apabila Kepala PERDANA MENTERI MELAYU Dipijak CINA CHAUVINIST

Kaum Cina Chauvinist melakukan penghinaan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak



Setinggi ucapan tahniah kepada pihak penganjur Himpunan Demokrasi Ala Yahudi, Hishamudin Rais atas keberanian membuktikan pembangkang bakal melahirkan lebih ramai golongan chauvinist dan racist jika diberi mandat untuk mentadbir negara ini.

Potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diambil gambar sebelum acara 'memijak kepala orang Melayu' bermula.


Peserta pertama Himpunan Demokrasi seorang Cina Chauvinist merasmikan acara 'memijak kepala orang Melayu' yang juga Perdana Menteri Malaysia.


Peserta kedua Himpunan Demokrasi seorang Cina Chauvinist tampak berpuas hati setelah 'memijak kepala Perdana Menteri Malaysia berbangsa Melayu'. Peserta Cina Chauvinist disebelah gembira dengan apa yang dilakukan oleh rakannya.


Peserta ketiga Himpunan Demokrasi seorang Cina Chauvinist turut tidak melepaskan peluang 'memijak kepala Perdana Menteri Malaysia berbangsa Melayu'.


Barangkali rakyat perlu ingat kembali apa tujuan diadakan Himpunan Demokrasi yang dianjurkan oleh Hishamudin Rais dan Gabungan Janji ini. 

Apa yang diperkatakan sewaktu sidang media ini berlangsung.

Gabungan Janji mahu meneruskan perhimpunan Janji Demokrasi pada malam menjelang sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini sambil mengulangi gesaan agar kerajaan menunaikan tiga janji demokrasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini dilihat sebagai satu perkara yang amat penting untuk memastikan kestabilan politik dan perjalanan demokrasi.

"Kami mahu sedarkan pemerintah bahawa sudah ada keruntuhan demokrasi. Adanya kepincangan dalam sistem demokrasi," katanya.

Menjawab soalan tindakan mereka didakwa boleh menjejaskan keamanan pada hari tersebut di Dataran Merdeka, Gabungan Janji menjamin bahawa tidak akan timbul sebarang huru-hara kerana mereka datang berkumpul hanya untuk merayakan ambang kemerdekaan.

"Tidak akan ada sebarang kain rentang, slogan atau apa sahaja. Kami tidak benarkan.

Tambahnya: "Kami menolak sebarang unsur-unsur sabotaj ataupun provokasi yang bertujuan untuk mencemarkan himpunan." - SINAR HARIAN, 24 Ogos 2012.


Ini adalah akujanji oleh Gabungan Janji, mewakili 47 badan bukan kerajaan.

1) Tidak akan ada sebarang kain rentang, slogan atau apa sahaja.
2) Menolak sebarang unsur-unsur sabotaj ataupun provokasi yang bertujuan untuk mencemarkan himpunan.



Barangkali Hishamudin Rais dan Gabungan Janji ini boleh menjawab persoalan dan tindakan biadab dan kurang ajar yang dilakukan oleh para peserta Himpunan Demokrasi malam tadi.

alt

alt
Tidak akan ada sebarang kain rentang, slogan atau apa sahaja. Kami tidak benarkan.

Kami menolak sebarang unsur-unsur sabotaj ataupun provokasi yang bertujuan untuk mencemarkan himpunan.


Jika benar Himpunan Demokrasi yang berlangsung malam tadi berlangsung bagi mendesak kerajaan untuk memastikan kerajaan menunaikan tiga janji demokrasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ... maka objektif Gabungan Janji nyata dan sama sekali telah gagal.

Gagal dalam erti kata dan seperti akujanji badan NGO ini agar tiada sebarang kain rentang, slogan atau apa sahaja dipaparkan.

Gagal dalam erti kata dan seperti akujanji badan NGO ini agar menolak sebarang unsur-unsur sabotaj ataupun provokasi yang bertujuan untuk mencemarkan himpunan.

Hishamudin Rais dan Gabungan Janji nyata cukup gagal memahkotakan akujanji yang dilakukan pada 24 Ogos 2012.



Apa yang berlaku malam tadi adalah sama juga seperti apa yang berlaku sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

Ini juga akujanji yang dilakukan oleh pengerusi bersama Ambiga Sreevanasan dan A Samad 'Kambing Janggut Putih' Said.

Apa yang telah berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari?



KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.

"Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.

"Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya pada sidang media di KL Sentral sebentar tadi. - KLPOS, 28 April 2012.


Saling tidak tumpah, apa yang dijanjikan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 adalah sama juga seperti apa yang dijanjikan oleh Gabungan Janji malam tadi.

Jadi apa sebenarnya tujuan diadakan Himpunan Demokrasi ini ...

Tuntutan agar kerajaan menunaikan tiga janji demokrasi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau ...

Peluang bagi Anwar Ibrahim mengarahkan 'pencacai angkat najis khinzirnya' Hishamudin Rais untuk mencetuskan satu lagi provokasi atas nama demokrasi.

Modus operandi yang berlaku malam tadi adalah sama seperti modus operandi yang digunakan sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

GWM yakin pihak polis, DBKL atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab boleh mengheret puak-puak bodoh ini ke mahkamah.

Perlu diingat, puak-puak bodoh ini telah melakukan akujanji pada 24 Ogos 2012.

Paling penting, heret dahulu penganut agama sosialis dan komunis Hishamudin Rais ini ke muka pengadilan.

Si bangsat ini adalah pencetus provokasi, walaupun telah melakukan akujanji.


Demokrasi? Sampai bila rakyat perlu diheret dengan kebodohan mainan wayang Anwar Ibrahim dan 'pencacai-pencacai angkat najis khinzirnya' ...



AYUH ... KOYAK, PIJAK Gambar Najib - Hishamudin Rais

alt

Gerombolan-gerombolan anak didik penganut sosialis dan komunis Hishamuddin Rais semakin liar dan biadab mengoyak gambar Perdana Menteri.

Malam yang sepatutnya diingati dengan menyambut semangat kemerdekaan ditukar menjadi medan untuk membangkitkan semangat sosialis dan komunis di jiwa anak muda.

Inilah cara demokrasi anutan Anwar Ibrahim dan juak-juak pembangkang.

alt

Malam yang menyaksikan semangat demokrasi 'dibunuh' dengan kebangkitan anasir subversif sosialisme dan komunisme.

Janji demokrasi yang diwar-warkan adalah janji yang sama seperti dilakukan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

Janji untuk 'Ganyang Malaysia', inilah yang cuba diterapkan kembali oleh Hishamudin Rais.


Si komunis Hishamudin Rais tidak boleh menafikan beliau tidak bertanggungjawab dalam hal ini ...


Melalui blog, si komunis Hishamudin Rais ini cuba membangkitkan semangat anti nasionalisme.


Mengapa bendera Indonesia juga yang menjadi pilihan si komunis Hishamudin Rais ini sebagai perbandingan.

alt

Rakyat Malaysia masih lagi mahu berdiam diri dengan anasir subversif yang cuba ditanam ke dalam jiwa anak-anak muda ini ...



Thursday, August 30, 2012

ANAK HARAM, BIADAP ... Gerombolan Pembangkang MAHU TUKAR BENDERA

alt


Inilah yang dijanjikan oleh Himpunan Janji Demokratik melalui himpunan haram malam ini.

Himpunan haram yang diketuai dan dianjurkan oleh Hishamuddin Rais.

Siapa tidak kenal dengan sosialis dan komunis bernama Hishamuddin Rais ini.

Ini yang diajar beliau kepada golongan muda dan mahasiswa untuk diserap dengan semangat komunisme, sosialisme yang menolak agama.

Desakan Jalur Gemilang ditukar kepada Bendera yang pernah dicadangkan puak2 berhaluan kiri termasuklah Parti Komunis Malaysia sebelum Merdeka satu ketika dahulu.

alt

Klik artikel selanjutnya, KOMUNISME KEMBALI MENJAJAH MALAYSIA

Sudahlah BODOH ... Adun Sekinchan MEMANG KAKI MABUK - Noh Omar





Pemabuk ... ungkapan terbaik Noh Omar tethadap ADUN Sekinchan Ng Sue Lim. Mabuk publisiti melalui isu murahan kolam udang yang melibatkan Menteri Pertanian ini.

Tiada isu sebenarnya melibatkan Noh Omar kerana perkara remeh-temeh ini telah berlaku sejak 16 tahun yang lalu.

Selama 16 tahun yang lalu juga para petani turut menerima pendapatan dari kolam udang ini. Baru sekarang isu ini timbul?

Isu kolam udang ini 'mati' apabila blog dan facebooker pembangkang cuba hangatakan kembali.

Ng Sue Lim terpaksa menggunakan forum di internet dikalangan pembaca Cina untuk menghangatkan isu ini secara berterusan.

Isu kolam dihangatkan hanya untuk menutup skandal beliau di Sekinchan ...


Agak malang, Ng Sue Lim hingga ke hari ini masih takut untuk mengambil saman terhadap Noh Omar berkenaan isu jualan Pangsapuri Damai Sekinchan.



Mabuk ... mungkin agak keras kenyataan Noh Omar.

Namun elok jika diimbas kembali kes yang melibatkan ADUN Sekinchan ini memandu dalam keadaan mabuk.


ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, sedang disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010.

Menurut sumber, kemalangan yang berlaku pada tengah malam itu membabitkan seorang pelajar universiti tempatan. Pelajar Melayu tersebut dalam keadaan koma sekarang. Sehingga petang tadi belum ada laporan dibuat oleh pihak keluarga mangsa terbabit. Manakala Ng Sue Lim dikatakan telah membuat laporan dan menyalahkan pelajar terbabit.

Seorang saksi yang memberi maklumat menyatakan YB Ng Sue Lim mungkin berada dalam keadaan mabuk berikutan kesan bau arak yang cukup kuat ketika bercakap di tempat kejadian dan ketika membuat laporan polis.

Bagaimanapun terdapat tanda tanya mengapa Polis Seksyen 11, Shah Alam yang menerima laporan tidak mengarahkan wakil rakyat DAP itu menjalani ujian alkohol serta-merta. - Selangor Daily, 13 Februari 2010.



UiTM juga akan menanggung kos rawatan Mohd. Bakri yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah, katanya kepada pemberita selepas melawat penuntut itu di HTAR di sini hari ini.

Beliau diiringi Timbalan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Nasuddin Othman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam Ahad lalu, Mohd. Bakri, 23, cedera parah di kepala setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim.

Sementara itu, bapa Mohd. Bakri, Mohd. Bazli Che Ali, seorang peniaga kedai kopi dari Kelantan, berkata, anaknya sudah sedar, namun masih tidak mengenali orang yang melawatnya serta berada dalam keadaan lemah.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dia menunjukkan reaksi positif dan yakin dia akan kembali pulih.

"Mohd. Bakri anak sulung kami daripada tujuh beradik dan merupakan harapan keluarga, saya sedih tetapi menerima ketentuan ini kerana sesiapapun boleh terlibat dengan kemalangan,” katanya dalam keadaan masih terkejut dengan insiden yang menimpa anaknya itu.Bernama, 11 Februari 2010.


Difahamkan Ng Sue Lim membuat laporan palsu kepada Polis. Beliau menyatakan bahawa kereta beliau terbabas melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar penunggang motosikal tersebut.

Mabuk ... Mabuk cari publisiti dan memandu dalam keadaan mabuk. Elok sangat perangai pemimpin pembangkang.



Tuesday, August 28, 2012

Hadi Awang BERBOHONG ... PAS Kedah Tidak Pernah Janji LAKSANA HUDUD


Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.

Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah.


Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.

Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.

Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.


Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah,

Dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud.

Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.

Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.


Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.


Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.

Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud.

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati.


Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.

Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.



Jika Saya Boleh Terima ... MENGAPA ANWAR TOLAK HUDUD - Nallakaruppan

Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral,

Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

Bukan Nasha Mat Isa ... HADI AWANG Sebenarnya TIDAK RELEVAN - Harun Taib


"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan.

Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya.

"Beliau adalah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan.

"Mungkin ramai yang tidak senang dengan kelantangan beliau namun jangan sesekali menidakkan sumbangannya terhadap parti," tegas Nor Azmi.

Artikel selanjutnya, klik Dewan Ulama Menyebelahi Nasharudin



Sokongan terbuka Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azmi Musa adalah satu tamparan hebat terhadap kredibiliti Hadi Awang selaku Presiden Parti Adat & Sosialis ini.

Ada satu perkara yang cukup nyata didedahkan secara tidak langsung oleh Harun Taib melalui sokongan terbuka terhadap Nasha Mat Isa.

Beliau bagaimanapun menasihati Nasharudin agar menggunakan saluran yang betul dalam mengketengahkan rasa tidak puas hatinya terhadap golongan yang mahu menyingkir beliau dari parti. - KLPOS, 28 Ogos 2012.

Kebenaran sememangnya wujud puak-puak 'Anwarinas' yang mahu menyingkir bekas Timbalan Presiden ini dari parti.

Dan manusia yang paling merasai tamparan ini selain dari Hadi Awang adalah Mat Sabu. Mat Sabu bertindak sebagai 'payung' perselingkuhan haram golongan Syiah dan Erdogan untuk menyingkirkan golongan pro ulama secara halus dan tersusun.


Hadi Awang seharusnya membuka mata apabila keputusannya menyerahkan Majlis Syura Ulama untuk mengambil tindakan terhadap Nasha Mat Isa ... Harun Taib dan Nor Azmi Musa tampil memberikan sokongan terbuka kepada bekas Timbalan Presiden PAS ini.

Dan kenyataan kedua-dua golongan pro ulama ini adalah sama dan senada ... Nasharudin Mat Isa masih lagi relevan dalam PAS.

Puak-puak Syiah dan Erdogan dalam PAS cukup kenal dengan sifat Harun Taib.

Ketua Dewan Ulama PAS ini cukup konsisten menghentam Anwar Ibrahim sejak dari tertubuhnya perikatan parti-parti sumbang mahram ... Pakatan Rakyat.



Sudah tiga kali PAS dipermainkan (main belakang) Anwar Ibrahim mengenai perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri … Kongres PKR 2009, 26 Mei 2010 dan pada Kongres PKR 2010.

Harun Taib tidak pernah bersetuju dengan keceluparan Anwar Ibrahim melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Dewan Ulama PAS ini menempelak Penasihat PKR tersebut sebagai memandai mandai membuat keputusan tanpa merujuk kepada PAS.

Hadi Awang seharusnya merasa malu dengan tindakannya secara melulu memperlekehkan bekas Timbalan Presiden PAS sebagai sudah tidak relevan lagi.

Hadi Awang sebenarnya semakin tidak relevan kerana sering tunduk terhadap tekanan puak-puak Syiah dan Erdogan dalam PAS.

Lebih teruk lagi Hadi Awang terlalu mengalah dan sujud terhadap tekanan dari luar parti ... terutamanya DAP.



Monday, August 27, 2012

TIADA PILIHAN ... Nasha Mat Isa PERLU DISINGKIR Demi Syiah - Mat Sabu

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan - Nasha Mat Isa, KLPOS, 16 Ogos 2012.


Nasharudin Mat Isa kini sedang menghitung hari-hari terakhir beliau dalam PAS.

GWM memikirkan hanya ada dua kemungkinan yang bakal menimpa Nasha Mat Isa ...

Sama ada beliau diberi tekanan oleh pimpinan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti atau berhadapan dengan penyingkiran dari PAS.

Jika penyingkiran berlaku, bermakna ia akan menjadi satu lagi sejarah hitam buat PAS.


Parti Adat & Sosialis ini baru sahaja menyingkirkan bekas Naib Presidennya, Hasan Ali, kira-kira 8 bulan yang lalu. Hasan Ali disingkirkan kerana kenyataan beliau yang melanggar dasar parti yang telah dipersetujui sebulat suara sewaktu Muktamar PAS yang lalu ... Negara Berkebajikan.

Berbeza dengan pemecatan Hasan Ali, kenyataan keras Nasha Mat Isa sebenarnya tidak melanggar dasar Parti Adat & Sosialis.

Kerana itulah beliau dibenarkan memberi penjelasan atas kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini.


Ramai pemimpin PAS sudah celik mata dengan sikap pimpinan parti yang keras terhadap Nasha Mat Isa, namun agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat ...

Faktor lain yang mendorong dan berperanan besar menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Nasha Mat Isa mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.


Teguran keras Nasha Mat Isa terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh Syiah.

Puak-puak ini sedang 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi ketika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.


Musuh utama yang perlu dipancung dari parti setelah Hasan Ali 'dibunuh' ... Nasharudin Mat Isa

Paling tidak ... Nasha Mat Isa bakal disingkirkan dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 nanti.

Rakyat akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Seperti yang telah GWM perkatakan sebelum ini ... Golongan pro ulama boleh tutup kedai dalam PAS.




Timbalan Presiden PAS yang bakal meningkatkan syiar Islam di Malaysia? ... Mantap !