GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/21/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BREAKING NEWS ... Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) MENGAMUK ... Tuan Haji Anwar Ibrahim PENGKHIANAT MAHASISWA ROBOT YANG SEBENAR?!

| Wednesday, December 21, 2011

GWM paparkan kembali kenyataan rasmi Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai Mantan Menteri Pelajaran dari tahun 1986 hingga 1990 yang menolak mentah-mentah pindaan bagi Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) sewaktu berkuasa penuh.

Paparan ini juga sebagai rujukan dan panduan terbaik kepada Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) secara kurang ajar memberi amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak bermain dengan sandiwara dalam memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).




Keratan akhbar ini juga ditujukan kepada adik Adam Adli yang telah 'diliwat secara terangan minda dan intelektual' oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.


Terimalah hakikat bahawasanya anda semua sebagai MAHASISWA ROBOT sudah cukup teruk dimanipulasi dan diliwat minda dan daya intelektual sebagai mahasiswa kepada ROBOT SEKS Tuan Haji Anwar Ibrahim!



MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT wajib bertanya kepada Tuan Haji Anwar Ibrahim mengapa gagal membuat pindaan dan memansuhkan AUKU sewaktu berkuasa penuh sebagai Menteri Pelajaran selama 4 tahun, dari tahun 1986 hingga 1990 ...

MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT wajib bertanya kepada Tuan Haji Anwar Ibrahim benarkah beliau yang memberi kenyataan akhbar dan secara rasmi pada 28 Ogos 1990 seperti yang dipaparkan di Utusan Malaysia menolak mentah-mentah pindaan AUKU.

MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT wajib bertanya kepada Tuan Haji Anwar Ibrahim mengapa berselindung disebalik pendapat Peguam Negara untuk menyokong AUKU dikekalkan sehingga kini.





Dan paparan ini juga khas ditujukan kepada Timbalan Menteri Mr Intelligent! Nice Work! Barangkali paparan di atas mampu memberi sinaran dan nafas baru untuk mula mengubah minda dan daya intelektual saudara sebagai Timbalan Menteri yang berkhidmat dan makan gaji dengan kerajaan.

Jika tidak ... dipersilakan meletakkan jawatan secara terhormat!



So ... Tuan Haji Anwar Ibrahim ... apa lagi you nak spin selepas ini? Atau barangkali ini jawapan Tuan Haji ...

"Saya memang Menteri Pelajaran, tetapi saya tidak mempunyai kuasa untuk meminda atau memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Saya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad! Salahkan beliau!"


Hmmm ... salah Tun Dr Mahathir Mohamad lagi?



Nota : terima kasih kepada sahabat blogger ANGIN PERUBAHAN ... click TUAN HAJI ANWAR MEMANG PEMBOHONG BESAR!


Tun DR Mahathir SENYUM ... Rafizi GELABAH ... Tuan Haji Anwar Ibrahim KENA ANGIN SENGGUGUT!

|
GWM paparkan dibawah petikan artikel dari blog Tun Dr Mahathir berkenaan dakwaan beliau yang memohon dan menulis surat kepada Bank Dunia bagi pinjaman pendidikan, sosial dan teknikal yang sebenarnya dilakukan oleh anak didik emasnya Tuan Haji Anwar Ibrahim ... dan gagal ditepis dan dijawab kembali oleh Rafizi Ramli.



1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam ‘project loan’ dari Bank Dunia sejak 1958.



2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang telah dibuat ialah pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:
a) Sektor Pendidikan USD244 juta
b) Sektor Sosial USD60 juta
c) Sektor Teknikal USD100 juta





3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.





4. Bank Dunia mahu Malaysia memohon pinjaman bagi menyelesaikan krisis sama seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Pinjaman tersebut adalah dengan syarat Malaysia mengikut nasihat IMF dalam menguruskan ekonomi.

Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana apa yang dipanggil sebagai bantuan itu akan memburukkan lagi masalah kewangan. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang yang membantu pemulihan ekonomi.



5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;
a) Kumpulan Wang Program Makanan
b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi
c) Program Mikro Kredit





6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.






7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diarahkan berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.





8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia dihentikan.






9. Sebagaimana seluruh dunia tahu Anwar seperti dilaporkan akhbar dan majalah asing telah melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk tujuan mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.




10. Walaupun beliau tidak menentang dasar kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar tersebut dan meletak jawatan.

Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.



11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.



12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara lisan memohon pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukannys, maka hendaklah dia tunjukkan bukti tersebut.

Jika gagal berbuat demikian, dia perlu bersumpah dengan Al-Quran di dalam masjid menyatakan bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.



Anwar Mahu Bersumpah? ... Dengan Saiful Yang DiLiwat Pun Tidak Berani Bersumpah, Inikan Pula Dengan Tun Dr Mahathir! ... Bunuh Diri Tu Tuan Haji Anwar Ibrahim!


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU