GWM sekadar mahu memaparkan kembali kiriman sms Timbalan Menteri Mr Intelligent, sms yang turut dipaparkan dalam media dan portal pro pembangkang
1 - Saya ditalipon penganjur BEBAS kalau saya sedia terima memo mereka di PWTC. Masa tu mereka sedang berarak ke sana. Saya kata OK. Saya fikir kalau cepat terima, cepat mereka bersurai. ( Ternyata ) Betul, lepas saya terima, tak lama mereka bersurai.
2 - Saya tiba di PWTC, mereka riuh minta saya berucap. Saya berucap sikit sekadar tenangkan keadaan, kemudian terima memo.
3 - Saya tak nampak bendera gambar DSN diturunkan. Masa nak balik, saya nampak semua bendera gambar Presiden UMNO ada berkibar.
4 - Lepas tu ada tweet kata gambar ( bendera ) itu diturunkan.
5 - Saya tweet ( balik ) kata saya tak nampak, tapi kalau benar, ia ( perbuatan itu ) salah.
6 - Lepas tu, saya tweet kata sedang hubungi penganjur.
7 - Saya sms penganjur minta keterangan.
8 - Penganjur tweet kata ia (memang ) berlaku. Mereka sms saya kata pengawal naikkan semula ( bendera )
9 - Saya tweet kata tindakan turun(kan) bendera tu terkutuk, penganjur mesti minta maaf.
10- Penganjur tweet kata akan bincang malam ini langkah selanjutnya.
Persoalan yang paling asas untuk dijawab ... Adakah kerajaan benar-benar bersedia mahu menghapuskan atau memansuhkan Seksyen 15, AUKU? Belum dimansuhkan lagi satu seksyen dari beratus seksyen dalam AUKU, onar besar sudah dilakukan oleh MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini.
GWM diberitahu sudah ada sidang meja bulat dan perundingan sedang berjalan beberapa hari yang di antara pihak kerajaan dan wakil-wakil mahasiswa.
Isu menurunkan bendera gambar Perdana Menteri hanyalah permulaan kepada beberapa isu yang lebih besar yang bakal berlaku atau yang bakal dilakukan. Apakah kerajaan benar-benar serius mahu memberikan hak kebebasan bersuara, jika perkara ini tidak mampu ditangani.
Hak apa lagi selain kebebasan bersuara, yang perlu diberikan kepada MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini? Kebebasan melakukan perarakan haram? Kebebasan melakukan demonstrasi jalanan?
Sedangkan keutamaan (priority) akademik sudah jauh tersasar sebagai salah satu prinsip utama digubalkan AUKU! Amat malang, perbuatan bodoh MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini lebih menjurus kepada beberapa perkara yang cukup mudah dilihat ...
Betapa ramainya majoriti MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini terdiri dari kalangan orang Melayu dan betapa mudahnya minda dan intelektual MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT ini diracuni oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim!
Oh Ya ... sebelum terlupa. Pesanan bagi MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ...
Mana dia rakan-rakan gabungan solidariti berbangsa Cina dan India sewaktu khusyuk mengadakan perarakan haram ini? ... Mungkin MAHASISWA-MAHASISWA ROBOT boleh tampil menunjukkan mahasiswa-mahasiswa Cina dan India berada bersama solidariti ini ...
Barangkali inilah wakil tunggal bangsa Cina yang turut menyertai perarakan haram Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ...
Berbalik kepada tajuk di atas, kemana menghilangnya suara-suara gagah berani Bung Mokhtar, Ghafur Salleh mahupun Syed Ali Al Habshi? Ahhhh ... isu ini bukannya melibatkan wang kerajaan! Persetankan ...
Apapun syabas kepada Timbalan Menteri Mr Intelligent ... Boleh jual diri selepas ini sebagai calon 'winnable candidate' untuk UMNO dan Barisan Nasional!