Fakta paling mudah difahami mana-mana rakyat, Tuan Haji Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan dari tahun 1991 hingga 2 September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri dari 1 Disember 1993 hingga 2 September 1998 ... get the facts straight!
Panik? ... Tun Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia bahawa beliau menolak bantauan dana kewangan dari Bank Dunia dan IMF? ... GWM cadangkan buka artikel Malaysiakini dan klik link-link yang diberikan.
Bagi link yang pertama, http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 ... ini gambaran bukti yang dipaparkan!
Ahhh ... barangkali webpage ini telah dibuang oleh kerajaan Malaysia untuk menghilangkan bukti pembohongan Tun Dr Mahathir. Besar betul kuasa kerajaan Malaysia untuk buang link dari website World Bank!
Bagaimana pula dengan pautan (link) kedua yang diberikan? ... http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=. ... ini gambaran bukti yang dipaparkan!
Pinjaman dari Bank Dunia yang dinamakan sebagai Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan berjumlah USD300 juta kepada Kerajaan Malaysia pada 18 Jun 1998.
Soalan bonus ... siapa Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 1991 hingga 2 September 1998 yang menerima pinjaman Malaysia Economic Recovery and Social Sector Loan berjumlah USD300 juta? ... Tun Dr Mahathir Mohamad?
Kenyataan media yang dibuat oleh PKR secara tidak langsung menampar muka dan memburukkan lagi imej Tuan Haji Anwar Ibrahim, yang sememangnya sudah cukup buruk. Mana lagi butiran 34 pinjaman dari Bank Dunia seperti yang didakwa? ...
Ada lagi pendedahan kebobrokan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang bakal dilakukan ...
























