GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/13/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BREAKING NEWS ... DAP Minta Bantuan Tun Dr Mahathir SELESAI KEMELUT ISU GODFATHER!

| Tuesday, December 13, 2011

In a strange twist of events, former prime minister Dr Mahathir Mohamad advised DAP leader P Ramasamy to apologise to his chief, Karpal Singh.

Referring to Karpal as “the godfather of DAP”, the former Umno president wondered if the spat between the two DAP men was nothing more than political drama.

“I don’t know if it is not sandiwara (drama), but we all know that the godfather of the DAP is Karpal Singh.”

“Everybody knows that Karpal is the godfather, and you have to be nice to him. If you insult him, you must apologise,” he told reporters at a press conference. - FREE MALAYSIA TODAY, 13 Disember 2011


Barangkali Tun Dr Mahathir (TDM) mahu P Ramasamy lebih menghormati Karpal Singh sebagai pemimpin paling senior dan berpengaruh dalam DAP ... atau mungkin ianya adalah kenyataan 'sarcastic' dan sindiran TDM terhadap wajah sebenar parti chauvinist dan racist!

Bagaimana jika P Ramasamy menurut nasihat dan saranan TDM lalu meminta maaf kepada Karpal Singh? Tidak mustahil timbul spekulasi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang ini dikatakan lebih menghormati dan mendengar nasihat Ex Godfather UMNO dari Godfather DAP sendiri ...






UPDATE FROM JALAN DUTA ... Lambaian Terakhir Tuan Haji Anwar Ibrahim, 8,000 PENYOKONG MENANGIS DI LUAR MAHKAMAH!

|
Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden menolak keterangan Dr. Osman sebagai saksi yang boleh dipercayai dan berkredibiliti. Keterangan Dr Osman banyak bercanggah dan tidak selari dengan keterangan yang dilakukan oleh Saiful. Malah Dr Osman telah menokok tambah ke atas laporan perubatan yang telah dilakukan.


Datuk Yusof Zainal Abiden turut menolak keterangan Dr Hoogland bahawasanya Tuan Haji Anwar Ibrahim tidak mampu membongkokkan badan dengan rakaman CCTV jelas beliau mampu melakukaknnya untuk mengambil 'briefcase'. Datuk Yusof Zainal Abiden turut mempertikai pemeriksaan tulang belakang yang hanya dilakukan pada tahun 2005 dan tidak dilakukan pemeriksaan tulang belakang Tuan Haji Anwar Ibrahim berulang (continuously).


Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin gusar melihatkan Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden begitu mudah mematahkan hujah barisan peguamnya.




UPDATE FROM JALAN DUTA ... 8,000 Penyokong Tuan Haji Anwar Ibrahim MULA MEMBANJIRI MAHKAMAH!

|


Peguambela Tuan Haji Anwar Ibrahim bakal membangkitkan niat 'liwat suka sama suka' dan mengatakan ianya bukannya satu kesalahan.

Pun begitu, Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden bakal mempersoalkan keenggan Anwar disoalbala serta menjelaskan bagaimana DNA Lelaki Y boleh berada dalam dubur Saiful, soalan yang sering ditepis kiri dan kanan oleh barisan peguam Anwar semalam

More news to come ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU