
Sehingga kini, Nurul Izzah dan Tony Pua masih lagi belum mengemukakan sebarang laporan kimia yang mengesahkan dan membuktikan produk jenama KR1M mengandungi bakteria E-coli seperti yang didakwa ... None!
Rakyat juga menunggu dan tertanya-tanya mengapa tidak disiarkan laporan kimia tersebut secara umum melalui media, tidak kira media pro kerajaan mahupun media pro pembangkang.
Dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kedai Rakyat 1 Malaysia sudah tidak mampu lagi dibendung oleh pakatan haram. Perlu ada satu lagi isu berkaitan dengan kerajaan ditimbulkan bagi menutup lubang-lubang 'kemaluan' yang semakin membusuk!
Belum serik dengan fitnah yang dilemparkan, Nurul Izzah dan Tony Pua sekali lagi menimbulkan satu lagi isu terbaru bermotifkan politik untuk menjahanamkan imej kerajaan khususnya Barisan Nasional ... satu lagi 'diversion' untuk memburukkan imej Perdana Menteri DS Najib.
Alstom Group ... sebuah firma kejuruteraan dari Perancis yang didakwa oleh Nurul Izzah dan Tony Pua memberi rasuah kepada kerajaan (atau kakitangan kerajaan) bagi mendapatkan kontrak RM 2.8 bilion dari TNB bagi menyediakan peralatan utama penjanaan loji kuasa elektrik di Manjung.

Kedua-dua pemimpin 'lahabau' pakatan haram ini mahu SPRM menyiasat setiap transaksi kerajaan yang melibatkan Alstom Group yang didenda RM133 juta oleh pihak berkuasa Switzerland atas tuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mendapatkan kontrak.
Tuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mendapatkan kontrak? ... Sekali lagi pakatan haram melakukan kesilapan besar ... Big Mistake!
GWM paparkan dua berita yang diterbitkan oleh Reuters dan Financial Times untuk perhatian umum, mengapa tuduhan yang dilemparkan oleh pakatan haram merupakan satu lagi fitnah yang direka khas untuk memburukkan imej kerajaan pimpinan BN.

Pihak berkuasa Switzerland mengenakan denda kepada Alstom atas kecuaian korporat (sorporate negligence) namun siasatan mengesahkan tidak wujud unsur rasuah dalam syarikat pengeluar tenaga dan kejuruteraan dari Perancis ini.
Full Article ... klik KEMALUAN NURUL IZZAH & TONY PUA DIDEDAHKAN.

Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata siasatan dua tahun tidak menemui salah laku jenayah oleh syarikat dari Perancis dan gabungan syarikat dari Swiss ini, yang "setakat mana yang boleh ditentukan" tidak tahu tentang rasuah itu. Namun tuduhan dikenakan ke atas Alstom kerana "gagal memenuhi standard bagi kumpulan antarabangsa yang menggunakan lebih daripada 75,000 orang".
Full Article ... klik NURUL IZZAH & TONY PUA TERSIPU KEMALUAN DIDEDAHKAN
Apa yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland hanyalah melakukan siasatan ke atas tuduhan rasuah ... siasatan!
Dan hasil siasatan selama dua tahun menunjukkan Alstom Group hanya dikenakan denda atas kecuaian korporat (corporate negligence) dan bukannya membabitkan unsur rasuah!
Mengapa Nurul Izzah dan Tony Pua mengeluarkan kenyataan Alstom Group didenda RM133 juta oleh pihak berkuasa Switzerland atas tuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mendapatkan kontrak?
Denda sebanyak RM133 juta dikenakan ke atas Alstom Group hanya membabitkan tuduhan kecuaian korporat (corporate negligence)!
Apa kena mengena denda atas kecuaian korporat dengan tuduhan rasuah ke atas kakitangan awam kerajaan?
Syabas ... satu lagi rekayasa fitnah pembangkang terbongkar. Pssstt ... Fitnah ni makanan ruji pakatan haram gamaknya!











