
GEMAS: Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat ekonomi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap syarikat dan ahli keluarganya.
"Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya pada sidang media ketika menjawab pelbagai
tuduhan yang dilemparkan Rafizi baru-baru ini.
Peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.
Bagaimanapun, katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.
www.bharian.com.my
GWM difahamkan wartawan dari media portal pembangkang turut diberi taklimat di Gemas. Kita lihat apa yang bakal diputarbelit media-media pembangkang esok!


































