GELOMBANG WANGSA MAJU: 11/10/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HOT NEWS ... Memo 686 Pembeli Pangsapuri Kos Rendah Untuk KERAJAAN PAKATAN HARAM SELANGOR!

| Thursday, November 10, 2011

Memorandum ini telah diserahkan kepada En Mohd Amin, pegawai khas MB Selangor petang tadi sewaktu Sidang DUN Selangor diadakan.




MEMORANDUM RAKYAT
PEMBELI RUMAH KOS RENDAH
YANG TELAH DITIPU OLEH PEMIMPIN PKR


1 PENDAHULUAN
Kami seramai 686 orang pembeli rumah kos rendah di Negeri Selangor telah ditemui oleh seorang pemimpin parti PKR yang bertugas sebagai pegawai tugas-tugas khas parti politik PKR Selangor yang bernama Tn Hj Yatim B Dato’ Abu Bakar yang telah menjanjikan kepada kami rumah kos rendah untuk dibeli atas kuota politik.

Tn Hj Yatim B Dato’ Abu Bakar memaklumkan bahawa beliau adalah salah seorang pegawai khas Menteri Besar Selangor yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).


2. SKIM PERUMAHAN KOS RENDAH
Rumah tersebut merupakan sebuah program kerajaan negeri selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Rumah tersebut boleh dibeli pada harga rm42,000.00 dan dibayar secara bayaran bulanan sebanyak rm297.00 sebulan tanpa faedah.

Bahawasa nya kami telah membuat pembayaran 5% (rm2100) dari harga rumah sebagai pembayaran deposit rumah yang dijanjikan.


3. SURAT TAWARAN DARI LPHS
Bahawasanya kami telah menerima surat tawaran pembelian rumah tersebut dari LPHS. Dalam surat tawaran itu dinyatakan nombor pintu rumah, tingkat, blok, dan kawasan yang ditawarkan.


4. SURAT SERAHAN KUNCI RUMAH
Bahawasanya kami telah menerima surat serahan kunci rumah dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

Tapi malang nya tarikh serah kunci itu telah ditangguhkan beberapa kali sehingga lah ke hari ini. Kini ia telah ditangguhkan lebih 15 bulan.


5. PERNAH MENGADU KE PEJABAT MENTERI BESAR
Kami telah pernah mengadukan masalah ini kepada Cik Faekah Husin Setiausaha Politik Menteri Besar namun ianya tidak mendapat layanan dan jawapan yang memuaskan.

6. KAMI TELAH DIPERMAINKAN DAN DI ANIAYA
Kami amat kecewa kerana nasib kami golongan berpendapatan rendah, OKU dan Ibu Tunggal untuk memiliki rumah kos rendah telah dipermainkan oleh mereka yang bertugas dengan Pejabat Menteri Besar.




Oleh yang demikian -

1. Kami mendesak kerajaan negeri agar lebih peka kepada permasalahan rumah yang dihadapi oleh golongan-golongan berpendapatan rendah, OKU dan Ibu Tunggal.

2. Kami mendesak agar penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai Khas Menteri Besar Selangor ini dibawa ke jawatankuasa pendegaran SELCAT Dewan Undangan Negeri Selangor.

3. Kami mendesak agar kesemua 686 pembeli rumah ini ditunaikan hak kami untuk membeli rumah murah yang telah ditawarkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor mengikut skim yang dijanjikan kepada kami.

4. Sebagai pilihan terakhir jikalau LPHS gagal untuk menunaikan rumah yang ditawarkan, kerajaan negeri wajib bertanggiungjawab dengan memulangkan wang deposit yang telah kami bayar.


Mewakili pembeli-pembeli teraniaya


Mohamed Durrany b Izam
Pengerusi, Jawatankuasa Bertindak
Pembeli-Pembeli Rumah Kos Rendah
- Taman Botanik Klang
- Taman Selayang Mulia
- Taman Harmoni Balakong
- Taman Intan Cheras

HP - 017-3348825
Email - Mohamed_durrany@yahoo.com

EKSKLUSIF ... 686 Pembeli Projek Pangsapuri Kos Rendah MENGAMUK DI SIDANG DUN SELANGOR! ... Deposit Dah Bayar, MANA RUMAHNYA?

|

Full Article ... click PAKATAN HARAM SELANGOR ZALIM!

Nampaknya cuaca semakin panas dan hangat sewaktu berlangsungnya Sidang DUN Selangor hari ini.

Sehangat kegagalan Khalid Ibrahim menjawab persoalan mudah dari ADUN Batang Kali berkenaan manfaat program MES kepada penjawat awam sehingga ditendang keluar dewan ...

Dan sehangat kebodohan Ronnie Liu memutarbelitkan fakta bahawasanya hanya terdapat 4 buah pusat hiburan tanpa lesen di Semenyih. Walhal terdapat 18 pusat snooker tanpa lesen beroperasi di bandar tersebut ...



Dan kali ini serbuan rakyat mendedahkan lagi pembohongan dan kezaliman kerajaan Pakatan Haram di Selangor.




Jurucakap Mohamad Durrani Izam yang mewakili 686 orang pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri Selangor berputih mata lagi dengan pembohongan kerajaan Pakatan Haram Selangor.


1) Pembelian pangsapuri berharga RM 42,000.00 masih lagi menjadi tandatanya

2) Pembeli telah membayar 5 peratus deposit (RM 2,100)

3) Permohonan telah ditunggu lebih dari 5 bulan

4) Cabutan undi tidak pernah dilakukan sehingga kini bagi pemilikan rumah

5) Kegagalan penyerahan kunci kediaman tersebut dilakukan.
6) Alasan yang diberikan perlu tunggu ... sampai bila?



GWM difahamkan berdasarkan surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah ini melibatkan projek-projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras. Dan difahamkan kesemua tawaran pembelian ini sudah sah diperuntukkan kepada para pembeli pangsapuri tersebut.



Sahabat blogger The Unspinners turut membuat pendedahan ini semalam.


“Dalam pertemuan itu, wakil Menteri Besar mengakui kewujudan unit-unit pangsapuri kos rendah tersebut, namun jika para pembeli mahu memiliki kediaman itu mereka perlu memohon pinjaman daripada bank dan bukan membeli secara sewa beli.

Seorang lagi pembeli Hasbullah Ismail,40, berkata, dia pada mulanya langsung tidak meragui kesahihan transaksi jual-beli rumah tersebut kerana Haji Mohd. Yatim telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).


Full article ... click
KHALID GAGAP PEMBOHONG!




Siapa Hj Mohd Yatim yang mampu memberikan resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) kepada pembeli pansapuri ini?

Bagaimana kerajaan Pakatan Haram boleh memberi kuasa kepada beliau untuk mengutip wang pembayaran deposit lima peratus (hampir RM1.37 juta) dari 650 pembeli yang cukup jelas mewakili agensi Kerajaan Pakatan Haram Selangor?



Khalid Ibrahim ... you nak jawab ke tak nak? Mana Punaisihat Selangor you?


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU