GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/29/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HOT NEWS ... Keluarga Beng Hock AGEN DAPigs PERLEKEH KREDIBILITI SPRM?!

| Saturday, October 29, 2011




Tengah hari tadi keluarga itu membuat laporan polis dengan harapan satu siasatan jenayah akan dijalankan.

“Bukan kami tidak ada kesabaran. Kami sudah lama bersabar dan telah diambil kesempatan (ekoran kesabaran kami),” kata kakak Beng Hock, Lee Lan selepas membuat laporan di balai polis Tun H.S. Lee di sini.

“Kami sudah lama menunggu dan tiada tindakan serius daripada kerajaan,” tambah Lee Lan.

Peguam yang mewakili keluarga Teo, Gobind Singh Deo pula berkata, laporan polis dibuat berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat Isnin lalu bahawa kerajaan tidak mengenakan tindakan pendakwaan ke atas tiga pegawai SPRM terbabit meskipun mereka dinamakan dalam laporan dikeluarkan tiga bulan lalu berikutan tiada laporan polis dibuat.

(Jadi) hari ini kami membuat laporan polis ekoran penemuan suruhanjaya diraja untuk memastikan siasatan dijalankan dan tindakan sewajarnya di ambil ke atas mereka yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock,” katanya. - Malaysian Insider 28 Oktober 2011.


GWM kurang mengerti dengan sikap sebenar keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam perkara ini. Laporan polis dilakukan semata-mata mahu mencari pertuduhan dan mendakwa tiga pegawai SPRM?

Bagaimana pula dengan kelibat tiga pmimpin DAPigs yang secara tidak langsung turut terlibat 'membunuh' Teoh Beng Hock?

Seharusnya juga keluarga Teoh Beng Hock memulakan tindakan mahkamah ke atas Lee Wye Ming, Lee Kee Hiong dan Ean Yong Hian Wah.








Barangkali keputusan paling tepat adalah mengambil tindakan saman ke atas parti DAPigs kerana gagal mengambil tindakan tatatertib ke atas ahli-ahlinya yang secara tidak langsung bertanggungjawab menyebabkan mendiang Beng Hock membunuh diri.

Mustahil keluarga mendiang Teoh Beng Hock tidak memahami maksud dan isi kandungan laporan setebal 124 mukasurat Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock?



Berdasarkan laporan suruhanjaya setebal 124 muka surat yang disediakan oleh lima panel suruhanjaya itu, tindakan sedemikian juga telah mengundang tuduhan dan pandangan serong apabila pembayaran semula wang itu kelihatan seperti penyaluran dana kepada parti politik tersebut. - Utusan Malaysia, 22 Julai 2011



Dan laporan suruhanjaya tersebut sudah cukup membuktikan tindakan parti DAP menyebabkan Teoh Beng Hock cukup tertekan lalu membunuh diri tidak mahu disiasat oleh SPRM, yang bakal mendedahkan nama-nama penyangak DAP di atas.

i) Ia berikutan peruntukan bagi program itu dikeluarkan daripada belanjawan kerajaan negeri yang sepatutnya dibelanjakan untuk penduduk di kawasan tertentu.

ii) Berdasarkan keterangan kontraktor, Lee Wye Wing berhubung program dan projek kecil bagi kawasan DUN Seri Kembangan, suruhanjaya mendapati wujud kelemahan dari segi prosedur berikutan tiada sebut harga dikemukakan untuk kelulusan.

iii) Berhubung resit yang dikeluarkan oleh DAP bagi pembayaran balik wang yang didahulukan, menurut suruhanjaya berkenaan, tiada satu resit pun yang dikemukakan oleh saksi itu sepadan dengan jumlah wang pendahuluan tersebut.

iv) Walaupun Wye Wing yang menggunakan nama syarikat bumiputera Kelas F untuk mendapatkan projek kecil, mengaku memenuhi setiap spesifikasi sesuatu projek, namun tiada siapa mengesahkan sama ada barang dan perkhidmatan yang dibekalkan mengikut nilai yang dituntut.



Keluarga Teoh Beng Hock disarankan mengambil tindakan yang sama ke atas parti DAPigs. Mulakan dengan laporan polis untuk jalankan satu siatan jenayah ke atas tiga penama DAPigs di atas. Jika terdapat kes untuk dibuktikan, ambil tindakan mahkamah secepat mungkin ... barulah bertepatan dengan maksud 'Justice For Beng Hock'!

Namun melihatkan cara keluarga mendiang Teoh Beng Hock mengambil tindakan diatas, semakin jelas bangsa ultra kiasu ini tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas parti ultra kiasu DAPigs ...

Malang ... kerana kematian Teoh Beng Hock turut dipolitikkan ahli keluarganya sendiri untuk menyelamatkan imej dan maruah DAPigs dalam penyalahgunaan kuasa membolot keuntungan melalui nama nama syarikat kontraktor bumiputera.

Tiga pegawai SPRM berbangsa Melayu pula yang bakal disembelih ...




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU