GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/19/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Memo Untuk PERDANA MENTERI ...

| Wednesday, October 19, 2011

Barangkali masih ramai yang skeptikal dengan program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sejauhmana keberkesanan setiap program yang telah dibuat, turut bergantung kepada penerimaan warga marhaen sama ada setiap program yang dilakukan benar-benar dapat dinikmati.

Begitu juga dengan salah seorang pemberi komen setia dalam blog ini, yang menamakannya dirinya sebagai Encik Mohamad. GWM tidak nafikan komentar beliau banyak menyentuh isu orang Melayu dan bumiputera khususnya.

GWM paparkan komentar dan pandangan kritis beliau sebagai renungan.
Dari rakyat kepada pemimpin ... Memo Kepada Perdana Menteri.




MIC hendak menubuhkan MAINCO untuk menjadi sayap pelaburan MIC demi kepentingan masyarakat India di Malaysia, tapi UMNO tetap begitu juga, tiada syarikat khas yang ditubuhkan yang betul-betul menjaga kepentingan orang bumiputera terutama ahli UMNO walaupun banyak saranan telah dibuat, tapi tak tahulah apahal tak ada tindakan diambil, pimpinan UMNO selalu cakap bekenaan PNB, Petronas,dan beberapa lagi yang kononnya milik bumiputera sedangkan ia adalah milik kerajaan, bukannya milik UMNO.

UMNO perlu memperkasakan ekonomi bumiputera, macam-macam persidangan, ceramah, dan berbagai lagi kempen dibuat, tetapi sekadar kempen saja, tak ke mana pun. Saya sudah bertahun-tahun menyarankan kepada UMNO dan juga pernah e-mel kepada Perdana Menteri supaya ditubuhkan koperasi milik UMNO yang bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi bumiputera, tetapi juga memberi peluang niaga, peluang kerja dan mengawal monopoli ekonomi oleh bukan bumiputera, tetapi tidak dipedulikan langsung, Perdana Menteri lebih sibuk dan 1Malaysia, menyanyangi Namewee, PLKN, PERMATA dan lain-lain lagi yang menyinggung perasaan dan melenturkan kekuasaan bumiputera.

Mengikut perancangan yang saya e-melkan kepada Perdana Menteri melalui e-mel najib@1malaysia.com.my, koperasi milik UMNO ini akan menjadi payung kepada petani-petani bumiputera dengan memproses hasil pertanian mereka pada permulaannya dan dikembangkan kepada sektor-sektor ekonomi lain seperti pembinaan, utiliti, tekstil, perabot, dan lain-lain lagi.

Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan kerana bumiputera adalah pengeluar hasil bahan mentah (ekstraktif) dan diproses oleh bukan bumiputera yang membelinya dengan harga rendah tetapi menjualnya dengan harga yang mahal, sebab itulah petani bumiputera makin miskin hingga bergolok bergadai, tetapi peraih-peraih, pengusaha-pengusaha kilang bukan bumiputera makin kaya.


UMNO boleh menguatkan ekonomi bumiputera kerana ada kekuatan sebagi tunjang kerajaan, bukanlah niat hendak menindas bukan bumiputera, tapi supaya bukan bumiputera terutamanya puak kiasu (DAP) tidak naik tocang kononnya mereka kuasai ekonomi hingga kerajaan mengikut telunjuk mereka.

Sekiranya koperasi UMNO makin kukuh, maka bukan sekadar ekonomi akan dikuasai oleh bumiputera, malahan dari segi politik akan makin kuat dan puak kiasu tidak akan berani angkat muka apatah lagi nak menyalak menuntut yang bukan-bukan, mereka tak akan berani lagi.


Tapi kalau sudah Perdana Menteri pun buat tak peduli dengan perkara ini, nak buat macam mana, biarlah sekarang ini ekonomi dikuasai oleh bukan bumiputera terutamanya yang kiasu dan selepas ini politik pula selepas kekuatan terakhir bumiputera itu dikuasai pula oleh puak kiasu, baru puas hati Najib dan sebelumnya itu Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka, populariti yang dikejar untuk diri sendiri sedangkan kepentingan bangsa diabaikan, selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, tumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya.

Yang benar,

Encik Mohamad.



Mungkin jeritan suara rakyat seperti Encik Mohamad sekali sekala perlu diketengahkan bagi menarik perhatian pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri. Orang Melayu semakin rasa terpinggir ... sesuatu yang perlu direnungkan sedalam-dalamnya.


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU