GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/13/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BREAKING NEWS ... Salahguna Kuasa YAYASAN SELANGOR!

| Thursday, October 13, 2011

















Fakta Salahguna Kuasa

Semua projek diatas disyaki tidak mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri kerana had perbelanjaan seorang pegawai atasan adalah sebanyak RM 50 ribu sahaja.

Ini bermakna pengurusan kewangan Yayasan Selangor tidak mengikuti arahan perbendaharaan kerajaan negeri.

Untuk jumlah melebihi RM50 ribu yang dibayar didalam satu cek disyaki sebagai satu helah untuk menunjukkan bahawa perbendaharaan negeri diikuti sepenuhnya.

Semua projek diatas juga disyaki dibuat secara direct nego berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh Perbendaharaan Negeri.

Ini bermakna wujud unsur-unsur kronisme dalam pembahagian projek.
Pengurusan YS menafikan hak Pegawai Kewangan Negeri dalam perbelanjaan Yayasan Selangor.

Jumlah pembayaran tersebut juga adalah satu cara untuk mengelirukan pihak auditor kerana perbelanjaan tersebut tidak mendapat kebenaran Pegawai Kewangan Negeri seperti yang disebut di dalam Garis Panduan Perbendaharaan Negeri Selangor.




Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim, selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor harus bertanggungjawab di atas penyelewengan ini!




HOT NEWS ... Tun Dr Mahathir Anggap BAJET 2012 MEMBUNUH & PEMBUNUH?

|

Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir ...


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyokong Bajet 2012, khususnya keputusan untuk memberi bonus tunai one-off.

Dr Mahathir menyifatkan langkah kerajaan itu umpama "membunuh dua ekor burung dengan satu batu".

"Pilihan raya ambil kira, juga tingkatkan kualiti hidup," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan persidangan Persekutuan Pengilang Malaysia mengenai inovasi, beliau berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah satu perkara yang baik.

Full Article ... click KLPOS





Jangan salah anggap ... Tun Dr Mahathir yakin dengan langkah kerajaan dengan pemberian bonus 'one-off' sebagai salah satu langkah terbaik dilakukan dalam pembentangan belanjawan pihak kerajaan.

"Kill two birds with one stone ... membunuh dua ekor burung dengan satu batu". Selain mengurangkan beban kewangan rakyat, ianya juga sebagai tindakan affirmatif kerajaan dalam mengotakan janji kepada rakyat ... bak kata "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Tidak seperti pihak pembangkang ...


TOP STORY ... Mengapa Pembangkang DEMONSTRASI Depan Bangunan MOF?!

|


KUALA LUMPUR - Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas - BERNAMA 12 Oktober 2011.



GWM tidak menyalahkan penyokong pembangkang jika menuntut janji dari kerajaan seperti yang diumumkan oleh DS Najib pada Belanjawan 2012.

Sudah menjadi dasar kebobrokan pembangkang ... dalam mengutuk dan mencerca, kedua-dua belah tangan didepakan kehadapan untuk menerima agihan bantuan wang tunai ini.

Mustahil penyokong pembangkang akan meminta pemberian bantuan rakyat dari Pakatan Rakyat! ... Tidak mustahil Pakatan Rakyat akan turut memberikan habuan kepada penyokongnya! ... habuan air liur berbakul-bakul semasa ceramah!


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU