GELOMBANG WANGSA MAJU: 09/03/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

TOP NEWS ... Agenda DAP Komunisme Semakin Berhasil ... Mat Sabu 121 KAMBING HITAM TERBAIK!

| Saturday, September 3, 2011

“Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan pihak polis jangan panik sebelum 31 Ogos waktu itu kerajaan memerintah adalah British selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka.

“Ini fakta, perkara biasa, jangan kita anggap bahawa selepas 31 Ogos ada kerajaan yang sama, bendera lain, lagu pun lain, Negaraku sebelum itu lagu God Save The Queen jadi kita kena bezakan sebelum dan selepas merdeka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas Kelantan di sini hari ini.

Ketika diasak oleh wartawan apakah beliau tidak mengiktiraf pengorbanan polis-polis yang terbunuh dalam tragedi tersebut, beliau berkata:

“Tafsiran saya, mereka bekerja dengan pihak British. Polis bila-bila pun terkorban, dikorban dan berkorban kerana mereka ikut dasar pemerintah yang menguasai mereka dan di antara mereka mungkin adalah saudara-saudara kita yang kita simpati.

“Saya tidak buat apa-apa tafsiran (apakah mereka berjasa atau tidak). Bagi saya Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan tafsiran seseorang macam Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong yang menyerang balai polis di Kuala Berang, begitu juga Mat Kilau semua mereka tentang pemerintah British,” katanya.



Semalam, Karpal yang juga Pengerusi DAP mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Menurut Karpal, rentetan peristiwa Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, beliau akan bertemu dengan Karpal untuk menjelaskan isu tersebut.

“Itu kebebasan seseorang memberi pandangan dan saya sendiri akan bertemu dengan beliau (Karpal) untuk bertukar-tukar fikiran, tidak ada masalah dalam pakatan, sudah banyak kali ada perbezaan pandangan tetapi selalunya ada jalan pertemuan,” katanya.

Tambah beliau, Pas Pusat masih belum mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu tersebut kerana beranggapan ia bukan perkara mustahak dan menegaskan pandangannya dalam isu Bukit Kepong itu bukan pandangan rasmi Pas. -
UTUSAN MALAYSIA 2 Ogos 2011



Political psy warfare paling cantik pernah disusun oleh DAP dan PAS. Suatu diversion dalam mengangkat imej chauvinist dan racist DAP yang telah lama ditolak orang Melayu, untuk diterima sebagai pejuang orang Melayu.

Tunggulah dalam selang masa sehari dua DAP akan mengeluarkan kenyataan helah berbaur politik, 25 anggota polis yang terkorban pada tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

PAS dan PKR umumnya sudah kehilangan sokongan dan undi orang Melayu. DAP kini akan memainkan peranan utama sebagai landasan menarik sokongan dan undi orang Melayu.

Mana mungkin Mat Sabu mahu meminta maaf secara terbuka jika sahabatnya Karpal Singh tidak pernah sehingga ke hari ini meminta maaf secara terbuka menghina Raja-Raja Melayu!

Momentum BERSIH 2.o perlu dikekalkan dalam menjana semangat pemberontakan dalam jiwa generasi muda.



Paling mudah, gabungan parti haram ini perlu didesak untuk bersetuju dan mengeluarkan kenyataan rasmi:

Pengiktirafan penuh pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dicanang dan diagungkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Dokumen rasmi penyelidikan yang diiktiraf pakar sejarah berkelayakan negara, Mat Indera pejuang kemerdekaan dan tidak bersalah dan terbabit dalam insiden berdarah Bukit kepong.

25 anggota polis yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pengkhianat negara dan kematian mereka adalah sia-sia kerana mempertahankan pendudukan British di Malaya.

Parti PAS perlu mengiktiraf setiap anggota pengganas komunis yang terkorban sebagai mati syahid kerana memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Parti DAP dan PKR bersetuju sepenuhnya dan mengiktiraf kenyataan Mat Sabu adalah pendirian rasmi parti PAS.



Dengan ini GWM secara rasminya mencabar DAP, PAS dan PKR untuk membuat kenyataan rasmi dan menerima cabaran di atas.


GWM tidak hairan dengan Mat Sabu kerana beliau sememangnya pelacur politik utama DAP. Dan sememangnya kerja beliau melacurkan diri demi bantuan dan sokongan dari parti DAP ... juga sahabat lama ISA beliau ... Lim Guan Eng!




BREAKING NEWS ... Wartawan BERNAMA dan TV3 Ditembak di MOGADISHU !

|

Breaking News - wartawan Bernama dan TV3 ditembak sebentar tadi waktu Mogadishu jam 5.30 petang lebih kurang.


Seorang mangsa tembakan wartawan bernama Norafaizul Bin Mohd Nor yang merupakan ketua Media dalam misi ke Somalia ini Meninggal dunia akibat terkena tembakan di dada.

Mengikut laporan tembakan dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada didalam kenderaan ketika hendak masuk kedalam perkarangan Hotel.

Seorang lagi mangsa aji seregar terkena tembakan ditangan dan kini dilaporkan Stabil.

Gomo masih menunggu laporan lanjut dari Dato Azeez yang berada dilokasi kejadian.


Al Fatihah.........


Kami semua disini merasakan Nak Tembak je African Union ni. Babi pukimak anak haram.


Posted by PAPA GOMO
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU