GELOMBANG WANGSA MAJU: 09/01/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MERDEKA SURVEY ... Apa Yang Kecoh Sangat! ... DS NAJIB RILEKS JER MAKAN KUIH RAYA!

| Thursday, September 1, 2011

Kadangkala GWM pelik juga, penyokong kerajaan suka melompat dan bersilat apabila MERDEKA CENTRE mengeluarkan laporan kaji selidik yang dibuat.

Kita menggelabah tak tentu hala ... laporan longkang, low class report, indikasi tidak tepat, pembangkang main kasar, mengabui minda rakyat dan sebagainya.

Rileks bro ... ini cuma kajiselidik sahaja berdasarkan 1,000 responden oleh MERDEKA CENTRE. Sudah sememangnya kajiselidik yang dilakukan sukar dipercayai, namun ... don't take it seriously and please do not take it lightly!




Jom kita layan sebentar populariti Perdana Menteri DS Najib pada kacamata MERDEKA CENTRE ...

Mei 2009 - 45 peratus, basis
Jun 2009 - 65 peratus, naik 20 peratus
Sept 2009 - 56 peratus, turun 9 peratus
Mei 2010 - 72 peratus, naik 16 peratus
Mac 2011 - 67 peratus, turun 5 peratus
Mei 2011 - 65 peratus, turun 2 peratus
Ogos 2011 - 59 peratus, turun 6 peratus

Purata populariti DS Najib ... masih lagi meningkat purata 14 peratus dalam tempoh 27 bulan! purata turun lebih rendah dari purata peningkatan polulariti!

Kira ok lah! take it positive! .. compliment sebenarnya kepada pentadbiran DS Najib oleh MERDEKA CENTRE!



Cuba kita bandingkan dengan kajiselidik oleh UMCEDEL (Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya Universiti Malaya) tahun 2010 ke atas Anwar Ibrahim.



Mak Datuk! ... 41 peratus reject si kaki balun belakang Anwar Ibrahim!



Bapak Maut! ... 52 peratus tolak si kaki balun belakang Anwar Ibrahim! Gila Babs ni! Ini baru kajiselidik tahun 2010, tahun 2011? ... negative figure?


Kalu lu orang tanya Anwar Ibrahim pun, bukannya dia confident dan layak menjadi Perdana Menteri ... sure dia jawab macam ni.




Tak payahlah kecoh-kecoh sangat pasal kajiselidik ni! Anwar Ibrahim pun tau BN akan menang PRU13 ...


HOT NEWS ... Menteri MENGAMUK ... Rating KDN JATUH!

|

GWM turut 'lost count' berapa bilangan sebenarnya laporan polis dibuat terhadap anasir subversif, pelampau (extremist) membabitkan hasutan rakyat, mempertikaikan agama Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu ... waduh! ngak bisa dihitung sehingga kini yak!

Sehingga semalam sudah empat laporan polis dibuat terhadap MAT SABUN oleh Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM), UMNO Bahagian Ampang, MIC Ampang, Pergerakan Pemuda UMNO Ampang. 

Rakyat telah melahirkan kegusaran dan ketidakpuasan hati dengan fenomena menghidupkan kembali fahaman komunisme. Bodoh punya MAT SABU!



Rakyat sememangnya prihatin, apa sahaja perbuatan yang mampu mengganggu gugat keamanan, keharmonian dan keselamatan negara, pasti tindakan susulan berupa laporan polis dilakukan. Rakyat Malaysia amat mementingkan keamanan dan kemerdekaan yang dicapai.


Cuma ... GWM cukup berbesar hati jika sekiranya pihak KDN sudi memberi penjelasan terhadap status laporan polis yang dilakukan sejak 2010 dan bentuk tindakan yang telah diambil.


Laporan Polis, 23 Ogos 2010
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperlekehkan kemampuan kapal selam yakni cuba membongkar rahsia kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.

Laporan Polis, 18 Ogos 2010
Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempertikaikan isu kuota bumiputera dan menuntut supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30% dikurangkan secara berperingkat. Sesuatu yang sudah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.

Laporan Polis, 9 Ogos 2010
Penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI) Helen Ang, secara jelas mempertikaikan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan agama Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Laporan Polis, 5 Julai 2010
Laporan ke atas Wee Ka Siong, Malaysiakini dan The Star berhubung dengan mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Melayu, isu pembinaan Istana Negara dengan suatu kenyataan berbaur fitnah dan hasutan berkenaan tunggakan 3 bulan gaji pekerja asing.




Bukan apa, takut-takut selepas ini MERDEKA CENTRE pula akan mengeluarkan satu kajian soal selidik berhubung dengan tahap keberkesanan jabatan dan agensi kerajaan ... rating KDN berada top five dibawah paras NKRA!
 
Psssttt ... Nak senyum lagi ke! Tak mengamuk DS Najib ...




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU