GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/30/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Menjelang 31 Ogos 2011 ... APA DAH JADI PADA KIBARAN JALUR GEMILANG?!

| Tuesday, August 30, 2011
Sudah semakin hampir detik 31 Ogos 2010, namun jarang sekali dapat kita melihat bayangan dan kibaran Jalur Gemilang berkibar megah di tanah air. Apatah lagi dengan hanya tinggal 1 hari untuk kita menyambut Kemerdekaan, semangat rakyat tampak kian lesu dan lesi.

Media pro kerajaan pun jarang ’highlight’ bulan Kemerdekaan malah iklan sambutan Hari Kemerdekaan muncul sekali sekala menyulam dengan iklan produk-produk lain yang masyuk. Tidak perlu kita melihat media pro pembangkang untuk meniup semangat Kemerdekaan kerana kerja juak-juak ini hanyalah membangkang. Bangkang! Bangkang dan Bangkang!




Roh dan semangat Kemerdekaan sudah semakin pupus dari jiwa sanubari kita. Golongan muda, khususnya langsung hilang minat, semangat patriotik kian pupus. Jika ditanya apakah tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, mungkin 80% gagal menjawab dengan tepat.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini adalah “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Seelok eloknya ’ditransform’ kepala hotak kita ni dulu, untuk menjadi bangsa yang cintakan dan mendaulatkan tanah air. Sudah 41 tema dikeluarkan oleh kerajaan sejak dari tahun 1970 bermula dengan ’Muhibah dan Perpaduan’, namun pengisian ilmu mengenai Kemerdekaan adalah sifar.



Kemenangan Meraikan Kemerdekaan
Hari ini umat Islam sebenarnya meraikan dua perayaan utama; Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. Inilah hari kemenangan umat Islam di Malaysia. Kemenangan melawan dari tunduk kepada hawa nafsu dan kemenangan membebaskan bumi bertuah ini dari sebarang bentuk penjajahan.

Bebasnya kita dari belenggu penjajahan British bermulalah episod perjuangan mengisi kemerdekaan ke dalam setiap roh dan jiwa rakyat. Semangat Kemerdekaan terus menerus disemai bagi memberi kesedaran kepada rakyat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan.



Walaubagaimanapun, orang Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui Kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.

Perjuangan menuntut Kemerdekaan mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda yang masih mempunyai semangat ’pepsi cola’ , hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari Kemerdekaan. Roh dan Jiwa Kemerdekaan masih belum dapat dirasai dan disentap masuk ke dalam hati sanubari.

Sejauh mana rasa bersyukur generasi atau golongan muda ini dalam perjuangan menuntut Kemerdekaan, hanya sejarah perjuangan itu sendiri sewajarnya direnungkan kembali dengan sedalam dalamnya.

Malangnya, generasi muda yang kononnya bijak pandai ini kembali menagih simpati dan sokongan dari luar negara untuk kepentingan politik yang jumud dan bebal. Mereka ini lebih berkeyakinan bahawa campurtangan juak-juak Yahudi akan dapat meneruskan agenda pemikiran politik yang sempit.

Ingatlah, sesungguhnya golongan terdahulu telah berpenat lelah, bergolok gadai, hidup dan mati berjuang untuk menuntut Kemerdekaan dan sewajibnya golongan muda hari ini memahami dan mempertahankan maruah dan keamanan yang diperoleh hasil perjuangan pemimpin terdahulu. Bukan menggadai kembali maruah negara!

Cabaran yang kita hadapi pada hari ini lebih hebat dalam mengekalkan momentum perpaduan dan ekonomi dan seharusnya kita mendokong usaha kerajaan dalam mempertahankan negara dari sebarang bentuk penjajahan baru.



Kemenangan Melawan Hawa Nafsu?

Dalam pada umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan isu murtad 12 umat Islam sewaktu mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Sekali lagi Perlembagaan Persekutuan diperolok-olokkan oleh juak-juak gereja di Malaysia.



Lebih menyedihkan lagi apabila ada umat Islam yang mengaku bangsa Melayu turut menjadi talibarut dan mempertahankan gejala murtad dikalangan orang Melayu. Talibarut ini juga menyamar disebalik jubah dan serban bagi mempertahankan pihak gereja semata-mata sokongan dan undi dari bangsa yang tidak mengenang budi.

Mungkin sudah tiba masanya mereka yang telah murtad ditarik kembali hak keistimewaan sebagai umat Islam dan orang Melayu. Golongan ini perlu ditarik kembali hak menjadi wali, hak menerima wang zakat dan segala keistimewaan sebagai kaum bumiputera.



Begitu juga apabila seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang turut bersekongkol menjadi barua kepada golongan komunis demi mempertahankan tuan besar pakatan pembangkang tersebut. Golongan subversif komunis diangkat setinggi langit sebagai pejuang kemerdekaan tanah air ini. Nyawa pejuang kemerdekaan yang terkorban diperlekehkan demi tunduk dan sujud kepada puak-puak chauvinist dan racist ini.

Cukup mudah sejarah ditunggang terbalikkan demi menghalalkan cara dan matlamat untuk berkuasa di bumi bertuah.



Tidak berguna sebenarnya apabila kerajaan telah menghasilkan 41 tema Hari Kemerdekaan dan selama itulah kita hanya setakat membaca dan melihat tema dan cogankata tanpa menjiwai dan memahami roh dan semangat Kemerdekaan itu sebenarnya.

Luangkan sedikit masa untuk memahami dan mendalami tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini ’1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera’. Dalam apa apa majlis ilmu sekalipun pengisian ilmu cukup penting. Samalah juga seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke 54 tahun ini.


Bukan setakat menyambut Kemerdekaan dengan melihat kemeriahan pancuran bunga api di depan TV, berpesta di disko dan pub serta merempit sehingga nyawa melayang tepat jam 12.00 malam.



HOT NEWS ... Papa Gomo dan Sukarelawan DISERANG RAkYAT SOMALIA!

|

Selesai Solat Aidilfitri, Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.

Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.

Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.

Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.

Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun. -
PAPA GOMO











Sudah 54 tahun mencapai Kemerdekaan namun masih terlalu ramai orang Melayu alpa dengan kuasa dan takhta. Perpaduan dikalangan orang Melayu dianggap perkara cukup remeh dan enteng.

Lebih teruk ... apabila ada segelintir juak-juak Melayu lebih sanggup bersekongkol dengan bangsa yang tidak mengenang budi dari memikirkan perpaduan di kalangan umat Islam.

Mungkin apabila sudah 'merempat' di bumi sendiri barulah agenda perpaduan menjadi keutamaan ... walaupun segalanya sudah terlambat!




BREAKING NEWS ... Karpal Singh GESA Mat Sabu SEGERA BERTAUBAT!

|

GWM tidak ada sebarang bantahan kerana Karpal Singh juga turut malu dengan pemimpin PAS yang buta perut perihal sejarah tanahair.

Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan - UTUSAN MALAYSIA, 29 Ogos 2011


Setinggi ucapan tahniah buat parti PAS kerana melahirkan ramai pemimpin 'TOTAL DEFECT'! Semoga muktamar PAS akan datang mampu melahirkan lebih ramai pemimpin yang bakal menjahanamkan imej parti tersebut ... mudah sedikit kerja!





Selamat Hari Raya dari GWM ... MEWAHNYA KITA DIBANDINGKAN DENGAN KEBULURAN DI SOMALIA!

|

Hari ini umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang cukup aman dan tenteram. Hari Raya disambut dengan meriah dengan berbagai jamuan dihidangkan kepada sanak saudara serta rakan taulan.

Emmm ... kita masih lagi mewah dan dilimpahi rahmat dari Allah Taala. Lihat sahaja berbagai juadah yang dihidangkan.








OPEN HOUSE! ... Open sana,House sini! ... Open sini House Sana! Bagaimana dengan nasib saudara seagama kita di Somalia? Tentu juga meriah bukan!









Meriah juga nampaknya di Somalia! ...

MERIAH MENADAH TANGAN UNTUK MEMINTA SESUAP MAKANAN DARI YANG MEMBERI!

MERIAH MEMBUKA BAJU MENAYANG TULANG BELULANG YANG DILILIT KULIT DAN ISI BADAN YANG TIDAK SEBERAPA!

MERIAH SEHINGGA HANYA MENUNGGU MASA UNTUK MALAIKATUL MAUT UNTUK MENCABUT NYAWA AKIBAT KEBULURAN!



Namun senyuman tetap terukir diwajah mereka walaupun hanya menerima bantuan yang tidak seberapa dari dunia sekitar.





Jauh benar meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri disini dan di SOMALIA ...



Psssssttt ... haram ada satu blog pembangkang menyiarkan tragedi kebuluran di Somalia. Yang disibukkan, KEBULURAN PERUT DAN NAFSU UNTUK KE PUTRAJAYA! ... MEMANG HARAM JADAH PEMBANGKANG!


PAPA GOMO Melaporkan Dari SOMALIA, Pembangkang Sibuk JILAT KOMUNIS!

|

Gambar-gambar yang diambil PAPA GOMO cukup membuka mata bagi mereka yang benar-benar insaf dan memahami erti kesusahan dan kebuluran.







Kumpulan sukarelawan Malaysia yang diketuai Dato Azeez langsung tidak menunjukkan rasa keletihan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Kesungguhan yang ditunjukkan dalam menghantar bekalan ubatan (vaksin) ke Hospital Dar Al-Shifa dan hospital sekitar Mogadishu patut dipuji. Terima kasih untuk tentera kerajaan Somalia yang mengawal para sukarelawan Malaysia.

PAPA GOMO ... isteri, kandungan serta anak perempuan saudara sihat wal afiat disini. Insya Allah, GWM akan sentiasa memantau perkembangan mereka.




Pssssstt ... Mana dia bantuan sukarelawan pihak haram jadah pembangkang? Dok sibuk angkat martabat komunis apa ke jadahnya!


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU