GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/28/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

RECAP ... Sememangnya IDEOLOGI KOMUNIS Sedang Menyusup Masuk SECARA HALUS!

| Sunday, August 28, 2011
GWM paparkan kembali kajian dan siasatan secara rawak mengapa ideologi komunis masih bertapak di Malaysia. Bagaimana mungkin buku-buku ini terlepas pandang oleh pihak yang berkenaan!



Percaya atau tidak, ideologi dan perjuangan komunis cukup mudah untuk dijadikan aspirasi perjuangan anak muda dan dipelajari masakini. Tak perlu mencari bahan bacaan di internet.

Toko buku di Malaysia sudah menyediakan ruang sebesar-besarnya bagi mana-mana individu yang mahu mempelajari dan mendalami ideologi bangsat ini!

Kebetulan, GWM memang gemar membaca. Jika ada masa terluang, mana-mana kedai buku akan diterjah terlebih dahulu untuk dibuat koleksi bahan bacaan.

Selesai solat Jumaat, GWM sempat singgah di Popular Book Store. Ulat buku katakan ... janji ada bahan bacaan nak dibeli!



Agak terkejut! ... Dan buku ini terpampang jelas berada dihadapan rak. Mana-mana individu pasti akan terlihat kelibat perjuangan komunis hanya dengan sekali imbas. Sempat juga GWM membelek selama setengah jam.



Cukup jelas buku setebal 320 mukasurat ini memberi penjelasan dengan baik perjuangan komunis yang dimahsyurkan oleh Mao TseTung. Ideologi, perjuangan, manipulasi, taktik guerilla alaf baru dan sebagainya.

Timbul persoalan dalam benak hati ... bagaimana buku sebegini boleh terlepas pandang oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)!

Dan buku pengkhianat negara ini juga turut dijual secara bebas ...










Bukan niat GWM mahu mempertikai bidang kuasa KDN mahupun Menteri terbabit. Tegur salah ... tak tegur pun salah! Memang mudah sebenarnya ideologi komunis disebarkan secara berleluasa!

Timbul juga persoalan, apa perlu disebarkan buku sebegini ... mahu memberi simpati amat sangat kepada perjuangan komunis?

Butakah rakyat dengan kekejaman yang pernah dilakukan semasa zaman darurat dahulu? Atau rakyat semakin alpa dan tidak kisah dcengan apa yang dilontarkan dihadapan mereka?

Atau orang Melayu sememangnya sudah redha bagaimana nenek moyang dibunuh kejam oleh golongan ini! Mungkin juga peristiwa Bukit Kepong hanya layak dijadikan bahan sejarah, tanpa mahu mengambil iktibar kekejaman komunis terhadap pihak berkuasa!






Terbakar dihati ini melihat begitu mudah buku pengkhianat negara dijual secara berleluasa. GWM cuba mencari buku-buku tokoh pejuang negara seperti Kanang Anak Langkau ...




Cukup menyedihkan ... langsung tidak diberikan peluang untuk dijadikan rujukan anak bangsa. Tidak dijual. GWM masih belum mahu berputus asa dan mulakan carian di internet. Mungkin sudah kehabisan stok agaknya.

Inilah hasil carian di laman web MPH Bookstore dan Kinokuniya ...





Buku perjuangan Chin Peng cukup diberikan perhatian besar. Bagaimana dengan buku pejuang negara Kanang Anak Langkau.



Tidak pernah dijual dan terjual ... amat menyedihkan.

GWM pernah membuat analisa bagaimana anasir komunisme tersebar secara halus oleh kerajaan pakatan rakyat Selangor melalui logo Selangor Shines. Saling tidak tumpah dengan logo Bintang Tiga! ... PsyWar secara halus ideologi komunisme kedalam minda rakyat.

Klik ...
Anasir Komunisme Dalam Kerajaan Selangor





Mungkin KDN mempunyai jawapan yang cukup bernas bagaimana terjualnya ideologi komunis secara halus tanpa disedari.

Kita percaya KDN mempunyai jawapan yang tepat mengapa buku-buku di atas layak dijual secara meluas ... malah diberikan nombor ISBN!




HOT NEWS ... PAS Iktiraf KOMUNIS Sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN!

|

Tidak kira bagaimana sekalipun putar belit MAT SABU terus menerus mengangkat martabat komunis sebagai pejuang kemerdekaan, beliau sudah tidak mampu untuk menarik balik kenyataannya dalam ceramah Parti Negara Berkebajikan di Tasik Gelugor Pulau Pinang 21 Ogos 2011.

Kenyataan beliau adalah cerminan kenyataan rasmi mewakili parti PAS selaku Timbalan Presiden. Maka selayaknya juga parti PAS akan menyokong pendirian beliau. Pendirian MAT SABU adalah juga pendirian parti PAS.




Inilah pengiktirafan tertinggi diberikan kepada saki baki pejuang komunis dalam parti DAP. Sesungguhnya DAP boleh berbangga dengan kenyataan MAT SABU, mungkin juga titisan airmata bakal menemani perjuangan suci parti PAS dan selayaknya bergelar anjing Tuan Yang Terutama DAP!

Kegigihan MAT SABU bakal menjadi sumber inspirasi dan pencetus semangat setiap ahli PAS untuk terus kehadapan dengan pengiktirafan ini.



GWM tuntut setiap rakyat Malaysia jangan sesekali meminta MAT SABU minta maaf kepada rakyat mahupun kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden berdarah Bukit Kepong! ... Jangan!

Jangan menuntut MAT SABU untuk memohon maaf kerana anjing PAS tidak akan sesekali mengigit Tuan Besar DAP! Apa yang perlu rakyat lakukan adalah ...





GWM mahu rakyat menuntut agar setiap pemimpin parti PAS mengeluarkan kenyataan rasmi apa yang dimuntahkan dari mulut jijik MAT SABU sebagai kenyataan rasmi parti PAS!

Rakyat perlu dan wajib desak parti PAS untuk mengiktiraf pengganas komunis sebagai pejuang tulen kemerdekaan, sebagaimana disebutkan oleh Timbalan Presidennya MAT SABU.

Rakyat juga perlu mendesak parti PAS untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mengadakan majlis tahlil kepada setiap anggota pengganas komunis sebagai tanda pengiktirafan sepenuhnya.

Rakyat juga diwajibkan mendesak parti PAS untuk mengiktiraf setiap anggota pengganas komunis yang terkorban sebagai mati syahid dan bakal menduduki sorga sekalipun tidak memangkah parti PAS dalam pilihanraya sejak dahulu lagi ... sebagaimana puak-puak ini mengiktiraf tragedi Memali sebagai mati syahid.





Percayalah ... lambat laun PAS tetap akan mengiktiraf pengganas komunis sebagai wira negara dan pejuang kemerdekaan.

Dan percayalah ... anjing-anjing ini tidak akan sesekali menggigit Tuan Besar DAP! ... Mana bisa mungkin mahu melepaskan sokongan dan undi berharga dari pengganas komunis!




BREAKING NEWS ... Papa Gomo MERAJUK! ... Lari ke SOMALIA!

|

SOMALIA ... HERE I COME! ... Mungkin begitu agaknya nada rajuk dan kecil hati sahabat PAPA GOMO bertindak membawa diri ke benua dan negara asing, Somalia!

Kecil hati dengan sikap tidak endah UMNO terhadap perjuangan memartabatkan BN dalam menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang? atau ... melarikan diri dari saman yang bakal dilakukan oleh Khalid Samad?

Rajuk PAPA GOMO adalah rajuk memikirkan bentuk sumbangan dan pertolongan yang beliau mampu berikan kepada ribuan kanak-kanak yang kebuluran di Somalia.

Untuk makluman, PAPA GOMO menawarkan diri dan akan berangkat bersama 53 sukarelawan Malaysia untuk bantuan kemanusiaan buat kanak-kanak yang dilanda kebuluran di Somalia.



Misi bantuan kemanusiaan ini akan diiringi rakyat Somalia yang berada di negara ini dan Presiden State of Udubland of Somalia Ibrahim Abdullahi Addo.

Pertumpahan darah dan perang saudara bermula dari tahun 1991 menyebabkan 7 Kabilah berterusan berbunuhan sesama sendiri. Mangsanya adalah kanak-kanak yang masih 'hijau' dalam mengenal erti kehidupan.



Dalam tempoh setiap 6 minit, 105 nyawa kanak-kanak menjadi korban kebuluran, akibat perpecahan dikalangan 7 kabilah yang mengaku menganut Islam sebagai Ad-Din.

GWM ucapkan selamat jalan dan selamat kembali kepada PAPA GOMO yang berlepas hari ini, dalam menjalankan misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Somalia.

Ucapan syabas kepada 53 sukarelawan yang sanggup menggadaikan masa dari menyambut Hari Raya bersama sanak saudara ... sanggup bertaruh nyawa agar misi bantuan ini sampai ke tangan yang memerlukan.



PAPA GOMO ... kirimlah berita mutakhir apa yang berlaku di Somalia untuk tatapan rakyat Malaysia. BLOGGERS WANGSA MAJU akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan untuk saudara dan sukarelawan yang turut sama.

GWM akan sentiasa memantau dan memberikan perkembangan mutakhir isteri saudara yang kini mengandung 7 bulan, anak kedua. Insya Allah, kandungan dan ibu akan senantiasa dilindungi Allah Taala.



Psssttt ... Mana perginya misi bantuan kemanusiaan dari juak-juak pembangkang? Masih sibuk dengan MISI GILA DUNIAWI ke Putrajaya! ... Haram Jadah!


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU