GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/19/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BREAKING NEWS ... Azmil Mustapha Kembali Menjadi SETAN Sebenar !

| Friday, August 19, 2011

Tepuk dahi GWM selepas solat tarawih apabila melihat rakan blogger SUNGAI RAPAT ONLINE mengesahkan sudah ada laporan polis dibuat terhadap Azmil Mustapha yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Sultan dan Yang Dipertuan Agong.

Jadi benarlah berita Azmil Mustapha mengambil kesempatan dalam bulan Ramadhan untuk menghasut dan menabur fitnah kerajaan BN sebagai tidak Islamik, DEB sebenarnya bermaksud Dasar Ekonomi Bodoh dan Sultan dan Agong tidak perlu dihormati kerana tidak melambangkan sebagai Ketua Agama Islam!





Sumber dari blog SUNGAI RAPAT ONLINE menyatakan:

Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos.

Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan .

Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut:

· Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam

· Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

· Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu diagungkan hanya Tuhan sahaja.

· Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

· Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

· Apabila ditegur oleh seorang jemaah (Tuan Hj. Keman), Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.




Azmil Mustapha ...kamu memalukan maruah dan martabat sebagai seorang Melayu dan Muslim keseluruhannya. Ditambah lagi dalam bulan Ramadhan ini kamu sepatutnya mengajak dan berdoa agar umat Islam di tanahair bersatu.

Dalam situasi umat Islam kini cukup mudah menjadi murtad, kamu lebih gemar mengadu domba dan menghasut untuk membenci umarak (pemerintah).

Kamu merosakkan keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadhan dengan pandangan peribadi ala Taliban dan pandangan ala kepimpinan parti Negara Berkebajikan.

Jika kamu menilai tahap keimanan pada janggoat, serban serta jubah yang dipakai maka kamu sudah semakin hampir ke tahap buta hati dan minda. Ramai 'syaitan' yang berserban, berjanggoat dan berjubah bersembunyi disebalik imej yang mencemarkan Islam.

Azmil Mustapha ... kamu wajib tampil memberikan penjelasan terhadap laporan polis yang dibuat terhadap kamu oleh qariah Kampung Melayu Subang. Gamaknya telur kamu sudah menjadi tempat SETAN bergayut barangkali!



HOT NEWS ... Azmil Mustapha KATA Kerajaan BN Acuan KAFIR ?!

|

GWM menerima satu berita yang belum disahihkan kebenarannya malam tadi dari rakan yang balik dari menunaikan solat tarawih di Masjid Annur Kampung Melayu Subang, malam tadi.

Khabarnya solat tarawih yang sepatutnya dilakukan tergendala akibat ceramah kurang enak dari bekas pelakon dan kini pendakwah, Azmil Mustapha.

Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat tarawih selepas solat Isya' tergamam dengan ceramah yang disampaikan (agak hairan mengapa perlu berceramah sebelum solat tarawih ... yang mana lebih penting?).

Dalam ceramah yang disampaikan Azmil dengan nada tinggi menghentam kerajaan BN sebagai tidak Islamik, DEB sebenarnya bermaksud Dasar Ekonomi Bodoh dan Sultan dan Agong tidak perlu dihormati kerana tidak melambangkan sebagai Ketua Agama Islam.

Kariah Masjid Annur Kampung melayu Subang lantas pulang tanpa bersolat tarawih kerana muak dengan dengan ceramah yang disampaikan oleh Azmil Mustapha.

GWM cuba bersikap berkecuali dalam hal ini. Namun jika benar seperti yang dilaporkan oleh rakan yang menetap disana, maka Azmil Mustapha perlu tampil memberi penjelasan mengapa harus ceramah berbaur hasutan dan fitnah disampaikan dalam waktu umat Islam mendambakan keberkatan dan pahala di bulan Ramadhan.

Semoga Azmil Mustapha tampil memberikan penjelasan terhadap dakwaan ini demi membersihkan nama beliau.



18PL .... Gerakan KRISTIANISASI Pelajar Islam, TAHNIAH UNTUK PARTI PAS !

|

GWM terlebih dahulu mengucapkan syabas kepada kepimpinan dan penyokong parti PAS yang kini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam mana-mana gereja di Malaysia.

Jika dahulu parti inilah kononnya memperjuangkan isu murtad dikalangan umat Islam kini PAs boleh dianggap sebagai pemangkin dan defender/ benteng pertahanan gerakan Kristianisasi di Malaysia.

Buletin Utama TV3 malam tadi dengan jelas membuktikan berlakunya gerakan ini dikalangan pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama melalui pusat tuisyen.




Anak-anak yang masih mentah ini diajar menyanyikan lagu ’Yes, I know Jesus Loves Me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa. Anak-anak ini akan diberikan habuan jika mampu menghafal dan menyanyikannya dengan baik.

Malah anak-anak ini turut diajar membuat simbol salib selain bercerita mengenai kisah Nabi Isa disalib. Ditambah lagi dengan tayangan video perdana mengenai kisah hidup Nabi Isa.


Saranan ibubapa anak-anak ini perlu diberi perhatian mendalam dan sewajarnya oleh pihak berkuasa. Bawa ke muka pengadilan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gerakan Kristianisasi dikalangan pelajar Islam.

Pihak gereja dan missionary kini semakin berani, kurang ajar dan melampau. Pihak Kementerian Dalam Negeri sepatutnya mengheret pihak gereja ke muka pengadilan kerana pernah menafikan kegiatan mengkristianisasikan umat Islam. Temuramah yang dikeluarkan dalam Buletin Utama TV3 sudah cukup dijadikan bahan bukti.




Gerakan Kristianisasi sudah mencabul Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(4) dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dikalangan Orang Islam) 1988 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 4 april 1988.


Apa yang lebih menyakitkan hati adalah kebobrokan parti Negara Berkebajikan yang mengalami sindrom virus syaitan bisu! Sehingga ke hari ini, pemimpin Islam parti berkenaan telah mengalami simptom seperti mata buta, buta hati, telinga pekak dan mulut menjadi bisu!










Hanya satu perkataan yang boleh diungkapkan dan digelar kepada pemimpin parti Negara Berkebajikan ... BACUL!

BACUL kerana bersekongkol dengan puak-puak yang mengkristiankan umat Islam ...
BACUL kerana sanggup menjadi benteng pertahanan puak-puak gerakan Kristianisasi ...
BACUL kerana isu murtad hanya mengganggu gugat sokongan dan undi pada pilihanraya umum kelak ...


BACUL adalah gelaran paling enak dan tepat kepada setiap pemimpin dan penyokong parti Negara Berkebajikan.

KeBACULan parti ini berada ditahap paling maksima kerana masih bersekongkol dan menyanjung Bapa Pluralisme dan Bapa Melacurkan Kalimah Allah ... Anwar Ibrahim!



Umat Islam perlu berterima kasih kepada parti Negara Berkebajikan kerana keBACULan mereka mempertahankan Abang Besar DAP dari apa jua jenis pembohongan. Mungkin sudah tiba masanya parti ini perlu menukarkan nama lain kepada Parti Bacul SeMalaysia ...


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU