Bukan main hebat gelombang cincin RM 24.4 juta DS Rosmah yang dimainkan oleh pembangkang. Sudah heboh satu Malaya isu ini digembar-gemburkan blog-blog pembangkang!Biarkan ... sampai bila juak-juak ini boleh menipu. Mungkin sudah ramai yang mempercayai berita sensasi ini.
Al maklumlah, pukul kiri, hentam kanan, jolok belakang ... DS Najib masih berdiri teguh belum mampu ditumbangkang dengan fitnah crew crew Anwar Ibrahim.
Lihat sahaja betapa gobloknya isu yang dipermainkan oleh Chegubard dan RPK melalui blog dan portal masing-masing. Baca sahaja Main Story ...
MAIN STORY



Belum apa-apa lagi, Main Headline sudah bercanggah! ... CheguBard kata RM 24.4 juta, RPK siarkan USD 24.4 juta! Mana satu yang betul ... RM 24.4 juta atau USD 24.4 juta?
Benda remeh sebegini pun crew crew pembangkang tak boleh kaotim awal-awal! Dah sah fitnah tu ...
IMPORT VIA COURIER
Memetik dari blog The Unspinners ...

Adakah sesiapa pun akan begitu bodoh untuk menghantar cincin berlian bernilai RM73 Juta menerusi syarikat kurier DHL atau Federal Express ke lapangan terbang KLIA yang kemudiannya akan diimbas mesin X ray oleh ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan?
Jabatan Kastam tidak mempunyai jawatan ‘customs operations manager’ pun. Yang ada hanya pegawai kastam dengan beberapa gred dan pangkat. Jadi dari mana datangnya ‘customs operations manager’ bernama A Krishnan ini? Apakah A Krishnan disengajakan untuk memenuhi kuota Hindraf?
Kemudian keterangan berkenaan cincin berlian itu juga palsu. Bagaimana kah sebuah cincin boleh diikat dengan 414 biji batu berlian? Gambar cincin itu tidak menunjukkan 414 biji berlian pun. Jika benar terdapat 414 berlian diikat pada cincin itu, maksudnya ‘pasir berlian’ atau 'diamond dust' digunakan untuk menghias cincin, dan bukannya batu berlian.
Sila perhatikan juga dalam gambar itu bahawa berlian besar ditengahnya sebenarnya cantuman empat biji batu berlian yang asing dan bukannya satu biji berlian sebesar 3.48 carat. Kita boleh melihat berlian besar ditengah itu terbelah dibahagi empat keping yang berasingan. Bukan sebiji batu berlian.
CINCIN 3.48 CARAT = USD 24.4 JUTA @ RM 74 JUTA?

Cincin yang didakwa milik DS Rosmah ... 3.48 Carat = USD 24.4 Juta.


Cincin paling mahal di dunia The Chopard Blue DIamond Ring pun beratnya 9 Carat berharga USD 16.6 juta!
Kita layan Cincin-cincin lain termahal didunia ...

Christie, Hong Kong - dilelong dengan harga USD 10.8 juta!

Sotheby - Dijual dengan harga USD 7.9 juta, 6 Carat

Christie, New York - Dijual dengan harga USD 4.2 juta, 46.51 Carat
Cincin kepala hotak apa beratnya 3.48 Carat berharga sehingga USD 24.4 juta? ...
Gambar cincin kepala hotak seperti didakwa RPK dan Chegubard in i diambil dari laman web Forbes.

Mudah sahaja ... Chegubard sudah mencabar DS Rosmah untuk menafikan isu ini sebagai fitnah!
Kita cabar Chegubard tunjukkan bukti dan fakta apa bentuk sekalipun, gambar, dokumen, apa-apa sahaja...
(bukan gambar skrin komputer ... ini mana-mana 'programmer' boleh buat! pakai saja software C, C++, dsb ... jangan ingat rakyat bodoh!)
Tak payah tunggu DS Rosmah nafikan ... ikut je perangai PAPA GOMO ...kasi keluar bukti sebenar! Jangan main bangsat CheguBard ... Nanti jadi BANGSAT!




