GELOMBANG WANGSA MAJU: 06/29/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Thailand Kurangkan Arak ... KELANTAN TAMBAH ARAK ?

| Wednesday, June 29, 2011
GWM cukup tertarik dengan kempen yang dijalankan kerajaan Thailand dalam mengurangkan masalah penggunaan alkohol secara berlebihan ... tegar alkohol!

Bohong jika dikatakan pengunaan alkohol tidak akan menyebabkan berlakunya peningkatan masalah sosial, keruntuhan institusi keluarga dan bebanan hutang yang dialami oleh pengguna tegar alkohol.

"Hari Tanpa Alkohol Kebangsaan 2011" yang dilakukan kerajaan Thailand sepatutnya juga perlu diikuti oleh pihak kerajaan Malaysia. Ini adalah fakta ... bukan rekaan GWM!


Read more ...
Thailand Haramkan Alkohol Untuk 3 Bulan!

Secara dasar, GWM menyokong jika kerajaan Malaysia turut mengikuti jejak langkah kerajaan Thailand sekalipun majoriti penduduk di Thailand bukanlah beragama Islam ... waima alkohol dan arak sudah menjadi minuman rutin.

Namun agak pelik berbanding dengan langkah kerajaan negeri PAS Kelantan yang mahu menambah premis arak di negeri tersebut.


Read More ...
Kerajaan Negeri Kaji Tambah Lesen Arak - Takiyuddin Hassan!

Sepatutnya langkah negara jiran boleh diikuti oleh kerajaan negeri PAS Kelantan. Al maklumlah ... Serambi Mekah!

Jika kerajaan BN menambah premis arak, mahu ditempik diseluruh alam oleh juak-juak PAS 7 hari 7 malam. Silap langkah ... demonstrasi BERSIH ARAK 3.0 pula diwujudkan!

Cuma GWM mahu bertanya ... siapa sebenarnya meludah di tahi dan menjilatnya kembali!



BERSIH 2.0 ... SAM KETOT AKAN BAWA ANASIR MILITAN DI JALANAN !

|
Bukan omongan! Perancangan dan tindakan ala militan bakal digunakan Shamsul Iskandar Akin @ Sam Ketot untuk menggulingkan kerajaan BN, walau apa cara seklaipun.

Cukup jelas ceramah yang beliau pada Majlis Rapat Anak Muda di Shah Alam menjurus kepada menghasut anak muda untuk turut serta menjadi agen pemangkin Anwar Ibrahim menuju ke Putrajaya.



Tidak ada cacat celanya sistem pilihanraya di Malaysia kerana pembangkang telah menguasai lima negeri. Melainkan timbul rasa ketakutan dengan momentum kebangkitan BN memenangi beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan.

Jelas undi dan sokongan rakyat telah kembali kepada BN, maka cara terbaik untuk menghuru harakan keadaan adalah melalui cara militan!




Usaha menggulingkan kerajaan BN sudah lama dirancang semenjak pemergian Anwar Ibrahim bersama Sam Ketot dan CheguBard di Indonesia.

BERSIH akan menjadi platform utama perancangan teliti Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi dan provokasi secara besar-besaran dimana Sam Ketot bakal menjadi peneraju PKR dalam perhimpunan tersebut.

Dan di Indonesia, ketiga-tiga pengkhianat ini telah bertemu dengan reformis dari Mesir untuk menghidupkan demonstrasi jalanan seperti yang berlaku di Mesir.

Dan sekembalinya di Malaysia, Sam Ketot telah mengadakan satu ceramah di markas PAS Cawangan Ampang sebagai bibit-bibit permulaan untuk menggunakan BERSIH dan jalanraya bagi menghalalkan cara untuk menggulingkan kerajaan.






Dan kenyataan beliau dipetik dari Malaysian Insider, 19 Jun 2011 sudah cukup menguatkan lagi niat dan tindakan sebenar yang bakal dilakukan.

"Shamsul scoffed at the DPM’s remark and said PKR Youth was taking part in Bersih’s July 9 rally to push the national electoral reforms, adding that if its message was not heeded, the youths would resort to the “street” method."

BERSIH bukannya satu platform untuk memperbetulkan sistem pilihanraya di Malaysia.

Nyata ianya ebih kepada cara paling pantas mengangkat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ... sebelum dihumban di Resort Penjara Sungai Buloh!



KEJUTAN ... VIDEO DATO T DAN PEMIMPIN PAS BAKAL DIDEDAHKAN !

|

Integriti dan kredibiliti Johari Abdul a.k.a. 'Joe Bedul' sudah hilang sama sekali dengan pendedahan klasik video tontonan bersama beliau dan Dato T melihat aksi bersenggama Anwar Ibrahim.

Ternyata sumpah 'Demi Allah Itu Bukan Anwar' sudah memakan diri dan menjadikan Joe Bedul sebagai pembohong terbesar dikalangan pemimpin pembangkang!



Aksi selamba dan gelak ketawa malah sindiran pengakuan Anwar Ibrahim sebagai aktor paling cemerlang dalm video seks sudah tidak mampu lagi ditangkis oleh Joe Bedul.



GWM juga ada mendengar desas desus video tontonan bersama pemimpin tertinggi PAS bersama Dato T, juga bakal ditayangkan tidak lama lagi ... Coming Soon To Your Home!

Bukan calang-calang pemimpin PAS ini! Paling nyata ... bakal menggegar serban dan kopiah setiap penyokong dan juak-juak parti PAS.

Siapa yang dimaksudkan? Tunggu ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU