Berkat kesabaran Hadi Awang mempertahankan Anwar Ibrahim dari serangan isu video seks membolehkan beliau mengekalkan jawatan Presiden PAS tanpa bertanding.Inilah contoh pemimpin yang istiqamah secara membabi buta sanggup mempertaruhkan pendirian golongan Pro Ulama demi tembolok jawatan kedua terpenting dalam parti (selepas Mursidul Am PAS).
GWM boleh mengatakan secara terbuka sudah tidak ada kepimpinan ulama dalam parti ini. Yang tinggal hanyalah 'kepimpinan ularmak kucing senak'! Hadi Awang bakal menjadi suatu lipatan sejarah pahit golongan Pro Ulama yang tewas dan sujud kepada golongan Pro Erdogan.
Amat malang bagi sebuah parti yang kononnya berlandaskan Islam sanggup menjadi buah catur Anwar Ibrahim dalam menentukan hala tuju dan perjuangan parti. Presiden PAS sudah menjadi badut sarkas yang bakal dipencenkan bila bila masa mengikut telunjuk 'Anugerah Tuhan'.
Apa lagi yang mampu dilakukan oleh Hadi Awang?

Hanya Nasharuddin Mat Isa yang tinggal untuk memperjuangkan kepimpinan Pro Ulama dari kekangan Pro Erdogan. Beliau dilihat bersendirian untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden meskipun mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas Mat Sabu.
Dan jika sekiranya beliau tewas, secara rasminya golongan Pro Erdogan akan menguasai pentas politik dalaman parti PAS.
GWM yakin Hadi Awang tidak memperdulikan apa yang bakal berlaku kepada Timbalannya. Yang penting jawatan dan kuasa 'separuh masak' yang perlu dikekalkan. Umum mengetahui Hadi Awang tidak mempunyai suara dalam parti PAS.

Pemilihan parti PAS bakal mencipta suatu sejarah dimana parti kedua terbesar yang penghuninya orang Melayu menjadi mainan wayang kulit Anwar Ibrahim. Ramai juga sahabat GWM dalam parti PAS mengeluh melihat krisis dalaman PAS yang semakin kronik dan sudah mencapai tahap ketiga barah politik. Cukup menyedihkan ...




















