GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/29/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

BELUM HABIS MELAKNAT DIRI SENDIRI ... ANWAR DI'LIWAT' SEKALI LAGI !

| Friday, April 29, 2011
Mengapa Anwar Ibrahim begitu berang dengan kenyataan Paul W Jones, suatu masa dahulu pernah menjadi sekutu rapat dalam merosakkan nama Malaysia dan DS Najib di Washington.

Kegagalan Anwar Ibrahim membatalkan niat Datuk Eskay untuk melafazkan Sumpah Mubahalah petang tadi ditambah lagi dengan kenyataan maut Paul W Jones!

Berita hangat selanjutnya ... KL POS. Anwar Ibrahim semakin kepanasan dan masak telur OMEGAnya. Bala datang tidak putus putus!



DATUK ESKAY BERSUMPAH LAKNAT JIKA MEMFITNAH ... ANWAR IBRAHIM SIBUK MELAKNAT DIRI SENDIRI !

|
Datuk Eskay telah selesai menunaikan Sumpah Mubahalah bersama Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akhirnya tiba di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.

Beliau mengesahkan dengan jelas bahawa Pelaku melakukan Aksi Seks di dalam Rakaman Video Porno itu adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim.

'Pada Hari ini 29 April Tahun 2011, Saya Sazryl Eskay bin Abdullah, Dengan ini Bersumpah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Berikrar dan Bersumpah Seperti Berikut ... Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Aku Bersumpah Bahawa Aku dan Dato Sedri Anwar Ibrahim Berada Dalam Paparan Video Yang Dirakamkan Pada 21 Februari Tahun 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim Adalah Pelaku Dalam Video Tersebut. Sekiranya Aku Melakukan Fitnah, Dalam Kenyataan Bersumpah Ini, Maka Allah Akan Melaknat Diriku'




Saiful Buhkari Azlan telah Bersumpah Mubahalah, begitu juga dengan Ummi Hafilda Ali dan kini Datuk Sazryl Eskay Abdullah turut melafazkan Sumpah Mubahalah akan kegiatan seks liwat dan seks bersama pelacur 'China Doll' Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim ... bila lagi kamu mahu Bersumpah Mubahalah! Terlupa ... Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dalam hal mengangkat sumpah laknat harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Bagaimana Anwar Ibrahim mahu melafazkan Sumpah Mubahalah! Jika empunya diri sememangnya terpalit dengan dosa besar, minum arak dan berzina! Ini kata kata pujangga Anwar Ibrahim.

Berita selanjutnya ... Klik KL POS




ANWAR IBRAHIM HANTAR SAM KETOT DAN GEROMBOLAN PENYANGAK GANGGU MAJLIS SUMPAH !

|
Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul kecoh bila AMK angkatan Muda Keadilan telah menggangu majlis Angkat SUmpah Lakhnat yang akan di lakukan Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

AMK di ketuai oleh Ketua Angkatan Muda nya saudara Shamsul Iskandar Mad Akin yang turut di sertai lebih kurang 50 orang AMK yang lain.


Berita Selanjutnya ...
KL POS

KURANG AJAR ! ... ANWAR IBRAHIM MENGASARI WARTAWAN WANITA !

|
Sikap biadab yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim tidak sepatutnya berlaku bagi seorang pemimpin yang telah lama berkecimpung dalam politik tanah air. Apatah lagi beliau mantan Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat.

Tindakan merampas, menepis mikrofon dan mengherdik wartawan TV3 jelas menunjukkan sikat tidak matang Anwar Ibrahim sebagai seorang cukup berpengalaman berhadapan dengan wartawan.




Berita hangat selanjutnya ... klik KL POS







GEMPAR ... ANWAR IBRAHIM ARAHKAN BARUA BARUA PKR UNTUK GAGALKAN SUMPAH LAKNAT DATUK ESKAY !

|

Anwar Ibrahim kini sedang menggerakkan laskar dan barua PKR Sentul untuk menggagalkan majlis Sumpah Mubahalah selepas Solat Jumaat hari ini di Masjid Amru Al As, Bandar Baru Sentul.

Berita ini semakin tersebar berikutan gesaan Mursidul Am PAS Nik Aziz, menggesa PKR Sentul untuk menghalang majlis tersebut semasa dijemput memberi ceramah Pakatan Haram di Pasir Mas semalam.

Ini dikuatkan lagi dengan FB (Facebook) Rozan Azen Mat Rasip yang menyeru kesemua ahli PKR untuk hadir berikutan dari arahan Ketua AMK Sam Ketot yang mahu semua ahli PKR untuk mengepung masjid tersebut dalam usaha menggagalkan majlis Sumpah Mubahalah Datuk Eskay.

Sampai begitu sekali tindakan yang sanggup dilakukan Anwar Ibrahim mahu membusukkan nama Datuk Eskay dan menggagalkan majlis tersebut!



BERITA JAM 10.00 PAGI ... ANWAR IBRAHIM MENGAKU BERZINA DENGAN 'CHINA DOLL' !?

|
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada berang hari ini mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

Katanya, beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina. - Utusan Malaysia 29 April 2
011



Checkmate! ... Mengapa?

Cukup mudah ... Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui Datuk Eskay adalah seorang Muslim sejati, bebas daripada dosa besar, tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Maka Datuk Eskay sememangnya layak untuk melakukan Sumpah Mubahalah atau sumpah laknat!

Mulut puaka Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui beliau tidak layak untuk bersumpah Mubahalah kerana beliau sudah terjerumus dengan dosa besar, pernah minum arak dan berzina dengan 'China Doll'!

Kerana itulah Anwar Ibrahim tidak berani untuk bersumpah Mubahalah ... Bukan GWM kata ... Anwar Ibrahim yang mengaku



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU