Desas desus mengatakan Anwar Ibrahim kini sedang bergerak pantas menuju ke Bumi Kenyalang. Kekalahan pada pilihanraya Sarawak tempoh hari masih lagi terngiang dan perlu ditebus secepat mungkin.Mungkinkah beliau sekali lagi akan menggunakan nama Yang Di Peruan Agong bagi mencapai modus operandi? Barangkali tidak ... namun tidak mustahil bagi gerakan dan usaha 'lompat parti'! Usaha terakhir Anwar Ibrahim bagi menagih sokongan dan kerusi DUN di Sarawak.
Sekalipun BN Sarawak sudah mulai mengatur saf baru dalam membentuk kabinet kerajaan negeri, Anwar Ibrahim sudah bersedia menabur wang ringgit berjuta nilainya untuk menarik sekelompok ahli BN Sarawak untuk bersama beliau dalam Pakatan Rakyat. Pemergian ke London dan Jepun rupanya untuk mencari dana politik bagi memancing ahli politik BN Sarawak untuk lompat parti! Bukan setakat mahu mengempiskan perut dan mendapatkan replika jam OMEGA!
Dan dikhabarkan beliau sedang mula mengatur suatu perbincangan sulit untuk menarik 28 ahli DUN yang bernaung dibawah BN Sarawak. Majoriti 28 ahli BN Sarawak tersebut adalah dari Iban, Bidayuh dan Dayak.
Langkah terakhir adalah dengan menaburkan berjuta ringgit bagi memastikan operasi 'lompat parti' berjaya dilaksanakan ... kerajaan negeri baru terbentuk.







