GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/22/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PANAS ! ... DR SITI HASMAH PERMAINKAN TUN DR MAHATHIR !? .... TAK SANGKA !

| Friday, April 22, 2011
Sesak nafas GWM apabila mendapat berita cukup menggemparkan ini. Mustahil ... mustahil Dr Siti Hasmah sanggup mempermainkan Tun Dr Mahathir sampai begitu sekali!

Semakin ligat berputar kepala ini. Puas ... puas GWM membelek gambar snapshot dari seorang blogger pro kerajaan.

Memang tak sangka ... GWM memang benar benar tidak menyangka sanggup Dr Siti Hasmah mempermainkan Tun Dr Mahathir. Malu kepalang negarawan kita.

GWM malas nak menulis lagi ... engkorang tengoklah gambar gambar ini ...




Alamak ... Tun Dr Mahathir kena main sama Dr Siti Hasmah! Peace TDM ... from your wife! (Gamaknya Tun Dr Mahathir tidak perasan Dr Siti Hasmah bergurau) Tun ... you sudah kena mainlah!

Kalau menteri-menteri buat macam ni ... alamat meninggal jawabnya!



Romantik rupanya Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah ....




Apa ni Pak Syeikh! Awat bini pakai glove! Tangan ada virus ka! Haram ka pegang tangan bini sendiri ...




LIGA SEPAK TERAJANG PAS 2011 ... HADI FC 10 ... HUSAM JAMNAPARI 1 !

|
Round Robin! ... Liga Merebut Jawatan Presiden PAS masih didahului oleh Hadi FC!


Hadi Awang semakin dihadapan setelah mendapat pencalonan terbaru dari kawasan PAS Selangor bagi mengekalkan jawatan sebagai Presiden parti. Sebelum itu, beliau sudah mendapat pencalonan minima dari PAS Muar, PAS Temerloh dan PAS Parit.


Husam Jamnapari FC masih lagi mengekori jauh dengan satu pencalonan dari PAS Bukit Bintang. Calon 'Anugerah Tuhan' ini memerlukan 9 pencalonan lagi untuk bersaing rapat dengan Hadi Awang.

MELAYU SINGAPURA SEMAKIN MEREMPAT ! ... NEGARA PUJAAN PAS ... TONTON VIDEO KLIP INI !

|
Singapura ... negara kebanggaan juak juak parti PAS. Blog blog pembangkang khasnya cukup memuja dan teruja dengan sentuhan Lee Kuan Yew menjadikan Singapura lebih maju dari Malaysia.

Kononnya ... masyarakat Melayu terbela dibawah pemerintahan kerajaan PAP Singapura, abang kandung DAP! Kebajikan masyarakat Melayu dibawah naungan Lee Kuan Yew lebih terbela jika dibandingkan dengan orang Melayu di Malaysia.

Orang Melayu di Malaysia ditindas, kebajikan diabaikan, harta dirompak dan berbagai lagi fitnah dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN dan DS Najib.

Benarkah orang Melayu di Singapura semakin hebat dan terbela nasib mereka ..
.



Misliah Mohd Som, bekerja sebagai tukang cuci hanya mempunyai baki USD125.00 (selepas ditolak sewa dan utiliti) untuk menampung perbelanjaan tiga anaknya. Yuran persekolahan anak tidak dibayar berbulan lamanya. Bagaimana dengan perbelanjaan harian, makan dan minum?

Ahli Parlimen hanya memperuntukkan USD 30.00 sebulan (RM 304.70) sebagai balasan menyokong dan mengundi. Keadaan ekonomi semakin buruk, masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah sudah tidak lagi mengalami kenaikan gaji sejak 10 tahun yang lalu.

Hebat ... hebat orang Melayu di Malaysia. Kakitangan awam sudah beberapa kali dinaikkan gaji, elaun dan berbagai lagi kemudahan. Kerajaan BN terlalu bermurah hati. Tidak dinaikkan gaji nanti, disokong dan diundi pula parti pembangkang.

Sudah diberi berbagai kemudahan, masih lagi memberontak orang Melayu pada kerajaan. Ditambah pula dengan hasutan dari parti pembangkang seperti PAS yang semakin berkiblatkan DAP.

Mungkin ini yang PAS mahukan selama ini. Persetankan hak orang Melayu ... Nak harapkan Anwar Ibrahim? Wan Azizah? Heh ... anak sendiri pun menentang dan memperlekeh hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mungkin orang Melayu perlu bergantung harap kepada parti DAP, adik kandung parti PAP Singapura ... mungkin hak dan keistimewaan orang Melayu lebih terjaga dibawah parti dominasi orang Cina ... kerana kerajaan BN terlalu kejam selama ini?

Mungkin nasib orang Melayu Malaysia akan lebih terbela seperti Misliah Mohd Som ... Melayu Singapura yang hanya diberi USD 30.00 sebulan sebagai imbuhan mengundi dan menyokong parti dominasi orang Cina!



BLOGGER SARAWAK BERTEMPUR DENGAN BLOGGER SEMENANJUNG !?

|

Cabaran untuk blogger pro BN di Sarawak sangat banyak. Maka amalan politicking yang sedang berlaku dalam UMB PBB yang diwarisi dari UMB UMNO harus dihentikan. Ada blogger keluar dan ada blogger dihentikan dari UMB PBB/BN.

Ini salah sudah caranya.

Blogging tidak boleh keterlaluan sangat mahu diatur, dikawal dan ditentukan isi kandung. Setiap blogger perlu membina stail masing2 dan kepakaran/pengkhususan masing2.

Usaha untuk membentuk suatu struktur dan khususnya bawah struktur parti dalam membina cyber warrior telah gagal dan akan terus gagal jika masih mahu dicuba. Baik dalam UMB atau BPN atau apa sekali sekarang dan akan datang, blogger adalah citizen journalist yang sangat individualistik. Mana mungkin distrukturkan dan dikenakan peraturan yang rigid?

Cara yang lebih efektif adalah persefahaman dan kerjasama sesama blogger. Semangat bersatu perlu dibina dan dengan demikian kejadian cantas mencantas seperti berlaku di UMB Pahang, Melaka dan PBB tidak harus berlaku.

Kesetiakwanan sesama blogger harus dibina tidak kira seseorang itu sebahagian dari sesuatu grouping atau pasukan atau tidak.

Blogger perlu disokong dengan maklumat dan research mengenai sesuatu isu, atau maklumat latar sesuatu peristiwa atau tips insider terutama berkenaan musuh. Kalau ada bantuan kebajikan dan peralatan, ianya amat membantu seseorang blogger untuk berkembang.

Ada beberapa cabaran besar untuk blogger pro BN di Sarawak.


Artikel seterusnya
THE UNSPINNERS

HANGAT JUMAAT ! ... KHAIRY JAMALUDDIN MENANGIS DIKRITIK ? ... ALAMAK !

|
Aishhh ... janganlah dikau menangis wahai Khairy Jamaluddin. Titisan air matamu tidak sesekali melambangkan kegagahanmu ... macam gambar dibawah!


Saudara tidak sepatutnya pertikai jika menjadi sasaran apabila menyentuh peralihan kuasa Pehin Taib Mahmud sebagai tidak ikhlas.

Mengapa perlu dipertikai kritikan terhadap saudara? Bukankah ini demokrasi namanya! Kritikan tidak semestinya membenci saudara. Cuma berbeza pendapat adalah kawan yang baik.

Pehin Taib Mahmud sudahpun berjanji akan membuat peralihan kuasa dengan DS Najib. Berikanlah ruang untuk beliau menyusun kembali kabinet dan pentadbiran BN Sarawak!

Saudara juga tidak sepatutnya terikut dan terlompat sama dengan gelagat Naib Presiden MCA ... itu bangang namanya!

Setuju atau tidak, tanpa 2 kerusi yang dimenangi melalui undi masyarakat Cina, BN Sarawak masih lagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 2/3 di Sarawak.


Pehin Taib Mahmud lebih mengerti apa yang berlaku disekitarnya, sudah tentu beliau kembali menyusun saf untuk mendapatkan kembali sokongan dan undi masyarakat Cina di Sarawak ... saudara tidak perlu risau.

Tidak perlu juga saudara melompat jika dikritik, ikhlas atau tidak terpulang kepada tanggapan saudara. Cuma satu perkara yang GWM mahu sentuh ...

Jangan menangislah! Buruk nampak muka handsome saudara! Geli you! Nampak seperti wajah blogger pembangkang dibawah ini ... AUUWWWW!






BERITA JAM 8.00 PAGI ... HADI AWANG PELACUR POLITIK ?

|
Kegagalan pembangkang membentuk kerajaan '16 September 2008' bukan disebabkan oleh Hadi Awang tetapi berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri yang merupakan liabiliti besar kepada pembangkang.

Hadi Awang dijadikan kambing hitam dalam isu '16 September' sebenarnya bertujuan menutup pembohongan Anwar Ibrahim.

"Apakah hanya kerana Hadi Awang tidak sanggup menjadi 'pelacur politik' maka Presiden PAS ini dipersalahkan. Selaku Presiden PAS, tindakan beliau tepat kerana memandangkan parti tersebut berteraskan Islam" bekas AMK SD Johari Md Yassin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan penganalisis politik Aziz Bari bahawa Hadi Awang bertanggungjawab ke atas kegagalan pembangkang merampas kuasa dari BN. - Utusan Malaysia 22 April 2011.



Siapa tidak mengenali Aziz 'Barua' Bari ... penyokong tegar Anwar Ibrahim! Anwar Ibrahim sudah tugaskan Aziz Bari untuk menjahanamkan imej Hadi Awang sebelum berlangsungnya Muktamar PAS akan datang.

Tidak hairanlah mengapa Hadi Awang menempelak media Harakah sebagai bodoh! ... kerana terlalu mengikut rentak paluan gendang musuh dalam selimut.

Rupanya Hadi Awang maksudkan 'musuh dalam selimut' PAS adalah Anwar Ibrahim! Semakin terserlah pergaduhan dua kem dalam parti PAS.

Blog blog pembangkang cukup tegar waktu ini menyerang kepimpinan dan peribadi Hadi Awang ... dikambinghitamkan!



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU