Anwar kelihatan begitu yakin 'melambung' nama Nik Aziz dalam ceramah di Sarawak. Dibawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan selama 20 tahun, tidak pernah seinci pun tanah dirampas dari rakyat. Pehin Taib Mahmud ditohmah sebagai perampas tanah kaum bumiputera di Sarawak. Rakyat Sarawak perlu diingatkan dengan insiden Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, bagaimana Anwar Ibrahim membohongi masyarakat India. Cukup tempoh dua minggu selepas DAP dan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri, penduduk berketurunan India 'High Chapparal' dihalau untuk projek kondominium.
Benarkah kerajaan PAS Kelantan dibawah pemerintahan Nik Aziz tidak merampas walau seinci tanah sekalipun di Kelantan ...
Tanah kawasan orang asli di PosBrooke dirampas tanpa memberi sebarang pampasan hanya untuk projek tanaman sayur ahli perniagaan dari Singapura.

Ramai peserta projek penempatan Ladang Rakyat Limau Kasturi ditipu kerajaan PAS Kelantan. Sudah masuk tahun ke 3, para peserta tidak yakin projek ini masih lagi wujud. Tiada sebarang geran tanah berikan sehingga ke hari ini.

Tanah rakyat dirampas dan diberikan kepada syarikat syarikat kroni untuk penanaman ladang kelapa sawit melalui rasuah yang dikatakan sebagai derma untuk PASTI.















