GELOMBANG WANGSA MAJU: 04/09/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

POLIS SAHKAN ANWAR AKTOR VIDEO SEKS TERSEBUT!!?

| Saturday, April 9, 2011

Keputusan samada nak tubuh atau tidak Suruhanjaya Diraja siasat kes video seks didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kena tunggu dulu. Mesyuarat kabinet Jumaat putuskan serahkan polis selesaikan siasatan kes itu TERMASUK KENALPASTI SIAPA AKTOR DALAM VIDEO ITU.

Sebelum ini polis telah mengesahkan kajian pakar dapati video berkenaan tulen. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.

Ini bermakna jika terdapat pertikaian keatasnya termasuk soal ketulenan dan identiti aktor yang dikenalpasti. Lojiknya jika menerusi cara ini identiti aktor dalam video itu lebih cepat dapat diketahui berbanding kalau nak tunggu hasil siasatan jika suruhanjaya ditubuhkan.

"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katan Nazri. Pada Rabu lepas, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu. "Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

Posted by Melayu Cindia
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU