GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/27/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

YOU MAY KISS THE BRIDE ! ... BUDAYA SONGSANG YANG AKAN MENJADI 'TREND SETTER' !

| Sunday, March 27, 2011

Mengapa perlu melakukan adegan ciuman mesra di dalam Rumah Allah sekalipun ia menandakan kasih sayang tulus ikhlas pasangan suami isteri selepas diijabkabulkan.

Kedangkalan umat Islam hari ini cukup membimbangkan apabila begitu mudah menerima budaya ikutan Barat yang diasimilisasikan kedalam ajaran Islam. Islam tidak pernah melarang hak privasi suami isteri jika mahu bermadu kasih namun bukannya menjadikan Barat sebagai tunjang ikutan.



Aksi menjolok mata dalam masjid tidak sepatutnya berlaku jika umat Islam tahu membezakan yang mana baik dan mana yang buruk. Jika aksi seumpama ini diterima, tidak mustahil ianya akan menjadi 'trend setter' budaya baru perkahwinan umat islam di Malaysia.

Perkara begini tidak pelik jika berlaku di negara jiran tetapi akan menjadi cukup jelek jika berlaku disini. Inilah salah satu contoh 'ajaran pluralisme' dengan menggabungkan nilai estetika ajaran Nasrani dan Majusi dengan ajaran Islam. Perlakuan yang mencemar imej Islam ini turut mencemar masjid sebagai institusi agama yang wajib dipelihara.

Inilah bahaya tersurat dan tersirat yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim ... apabila semua agama dianggap sebagai 'plural' ... sama! Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh parti pembangkang bertopengkan Islam.
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU