
Memang inilah yang saat yang diidamkan Anwar Ibrahim selaku 'Anugerah Tuhan'. Ramai totok totok reformasi sanggup menggadaikan maruah dan nyawa mempertahankan 'Ketuanan Pembohong'. Semakin mudah kerja beliau jika diisytiharkan darurat kerana kerajaan akan dituduh memang berkonspirasi untuk menjahanamkan karier politik beliau.
Apabila nafsu mula menguasai akal, tidak ada satu pun kebenaran mampu menembusi pemikiran anak anak muda yang khayal seperti ketagihan dadah.
Itulah kelebihan 'Anugerah Tuhan' yang diangkat darjat setinggi langit oleh juak juak penyokong beliau! Mengalahkan darjat Rasulullah s.a.w. yang diangkat oleh Yang Maha Esa.
Apa sahaja yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim sudah dianggap seperti fatwa yang wajib diturut perintah.

Dari awal ceramah sehinggalah tamat, DS Najib dan DS Rosmah menjadi sasaran maki hamun dan cercaan. Yang peliknya DS Rosmah turut sama diheret ke dalam gelanggang sumpah seranah.
Maka bersoraklah juak juak reformasi seperti makhluk yang hilang akal sementara waktu (amnesia). Amarah Anwar Ibrahim tidak terhenti setakat itu, Rahim Thamby Chik turut sama mendapat seguni caci maki dengan pelbagai kata kata kesat ... perogol, perasuah dan segala jenis maki hamun apa yang terlintas dalam fikirannya. Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab memfitnah dan menjatuhkan karier Rahim Thamby Chik sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Menteri Melaka.

Jamil Khir turut sama menjadi mangsa kecaman gara gara isu pluralisme yang beliau sendiri tidak mampu menyangkal dakwaan Jamil Khir. Sebaliknya Anwar Ibrahim menyerang peribadi Jamil Khir dengan merendahkan tahap pendidikan beliau. Sudah hilang akal gamaknya Anwar Ibrahim!
Namun sepanjang ceramah 'Anugerah Tuhan' ini, tidak sekali pun beliau menjawab tuduhan dan persoalan siapa aktor porno dalam video seks tersebut. Jauh sekali jika mahu melafazkan Sumpah Mubahalah dihadapan totok totok reformasi. Alasan seperti biasa ... larangan dari Yusof Qardhawi dan ulama ulama muktabar!
Pernahkah kita mendengar atau terbaca kenyataan rasmi Yusoff Qardhawi melarang Anwar Ibrahim dari melafazkan Sumpah Mubahalah ... bila dan dimana!
Sekali lagi, totok totok reformasi bergembira dan khayal dengan ucapan 'Firaun Moden' mereka. Bagai terpukau, segala kata kata Anwar Ibrahim seperti wahyu yang wajib dituruti tanpa sebarang soal.

Tidak hairanlah totok totok ini sanggup berperang dengan pihak polis FRU semata mata mahu menyelamatkan 'Firaun Moden' ini ... betapa dangkal dan bodohnya pemikiran anak anak Melayu diliwat Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim pasti tersenyum melihat ramai laskar laskar yang sanggup menjadi barua dan memperhambakan diri mempertahankan dengan titisan darah terakhir. Untung benar 'Anugerah Tuhan' ... rupa rupanya adalah 'Anugerah Syaitan'.
sumber / pautan : MINAQ JINGGO
sumber

















