
Belum hilang lagi kehangatan sensasi gambar syok abang UMNO dengan adiknya, timbul pula satu lagi kehangatan yang menghangatkan lagi malam ini. Siapa artis yang terlibat dengan skandal pelacuran!
Walaubagaimanapun, cerita ini berkisar kepada kes mahkamah Haslinda Merican dan Mohd Amin yang menjadi perantara pelacuran empat (4) artis wanita ini (nama mereka dirahsiakan oleh mahkamah) di antara pukul 8 dan 10.30 malam, 27 Jun 1995 di lobi Hotel Ming Court (kemudian dikenali sebagai Hotel Corus), Jalan Ampang di ibu negara.


Kes berprofil tinggi itu pernah mendapat liputan meluas media kerana beberapa nama orang kenamaan dan artis wanita terkenal turut disebut ketika perbicaraan yang bermula pada 13 November 1995.
Semalam 17 Mac 2011, Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Amin kerana gagal hadir bagi mendengar rayuan terhadap hukuman penjara 10 bulan dan denda RM 5,000 ke atas beliau dan Haslinda Merican.
Kes ini sudah masuk tahun ke 16 ... tempoh masa yang lebih lama lagi jika dibandingkan dengan kes liwat Anwar Ibrahim! Pssst ... siapa artis artis tu yek!
























