GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/09/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

GEMPAR ! ... ANWAR TURUT MELANCARKAN BUKU MEMOIR ! ... TINDAKBALAS TERHADAP MAHATHIR!

| Wednesday, March 9, 2011

GWM agak terperanjat kerana dalam diam Anwar Ibrahim turut melancarkan buku memoir beliau sebagai tindakbalas terhadap pelancaran buku memoir Tun Dr Mahathir 'A Doctor In The House' di Mid Valley Megamall.

Buku yang bertajuk
'Memoirs of Geisha' ini turut mendedahkan perjalanan hidup berliku Anwar Ibrahim dari mula masuk UMNO sehinggalah kepada pemecatan beliau dari UMNO.



Yang pasti, Anwar Ibrahim akan berasa gumbira kerana terdapat satu bab dalam buku tersebut memang ditujukan khas buat diri beliau sebagai lelaki misteri ... Lelaki Y!

Cuma, Anwar Ibrahim tidak akan berasa cemas kerana tidak ada sebab buku tersebut akan dihalang dari terjual melalui injunksi mahkamah ... melainkan beliau meng'injunksi' dirinya sendiri.

Harga Pengenalan ... RM 1.00, Harga Kawan ... FREE!

Inilah Takrif Oxford Dictionary 'NEW POLITICS' SAIFUDDIN ABDULLAH ! ... PETUALANG? TALIBARUT?

|

GWM bukan 'Blogger Intelligent' ... hanyalah 'Blogger Nyamuk'! Namun GWM cuba menyelami betapa remuknya hati PapaDiva PapaGomo dan blogger pro kerajaan yang lain jika diberikan satu 'Anugerah Tertinggi Penghinaan ... Not Intelligent' ... tak cerdiklah tu!

GWM cuba membayangkan jika pada waktu dan saat itu, GWM yang berhadapan dengan Saifuddin Abdullah ... Mungkin inilah soalan soalan yang GWM mampu lontarkan kepada Timbalan Menteri Intelligent!.




NEW POLITICS NO 1


Jadi Saifuddin Abdullah ... 'NEW POLITICS' bermaksud Buku Jingga karya Anwar Ibrahim lebih baik, hebat, mantap dari NKRA, Transformasi Ekonomi Barisan Nasional!


Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!
Maaf Yang Arif ... GWM tarik kembali kenyataan di atas ... GWM bukan 'Blogger Intelligent'



NEW POLITICS NO 2

Saifuddin Abdullah ... benarlah cara berpolitik parti PAS mengkafir sesama umat Islam, solat dua imam dan menggelar mereka sebagai Jahiliyah sebagai takrif baru 'NEW POLITICS'. PAS layak digelar pembangkang yang baik!


Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!
Maaf Yang Arif ... GWM tarik kembali kenyataan di atas ... GWM bukan 'Blogger Intelligent'



NEW POLITICS NO 3
Apa benar Saifuddin Abdullah ... menafikan kata kata penghinaan dan ugutan kepada blogger pro kerajaan juga adalah salah satu takrif 'NEW POLITICS'!


Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!
Maaf Yang Arif ... GWM tarik kembali kenyataan di atas ... sekali lagi, GWM bukan 'Blogger Intelligent'



NEW POLITICS NO 4
Saifuddin Abdullah ... Apakah dengan cara menikus dan tunduk terhadap anak 'Anugerah Tuhan' tetapi berani 'balun' blogger pro kerajaan juga merupakan takrif 'NEW POLITICS'!


Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!
Maaf, Maaf Yang Arif ... GWM tarik kembali kenyataan di atas ... perlu faham, GWM bukan 'Blogger Intelligent'



NEW POLITICS NO 5

Soalan terakhir Saifuddin Abdullah ... apakah dengan cara yang sesuai, contoh ... menjadi pengampu, petualang, talibarut dan cubaan menaikkan imej Anwar Ibrahim yang jelas telah mengkucar kacirkan negara, memburukkan nama negara di luar juga salah satu dari cabang 'NEW POLITICS'!


Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!
Excuse me Bro ... GWM tidak akan sama sekali menarik kembali kenyataan di atas ... perlu faham, GWM bukan 'Blogger Intelligent' tetapi GWM bukan petualang!

Let me tell you Mr Intelligent! ... Me No Scumbag, Me No Scoundrell, Me Never Never Sell Me Comrade ... Me Comrade is Barisan Nasional!

Me like Barisan Nasional, You no like Barisan Nasional, You Can Be Split (Boleh Belah) !

Oppps, I'm sorry ... Did I Insult Your Intelligence? ... Mr Intelligent!


HANGAT ! ... TUN DR MAHATHIR CABAR ANWAR SAMAN SEKALI LAGI RM 100 JUTA !

|

'Nothing To Lose' ... mungkin itulah yang bermain di fikiran Tun Dr Mahathir (TDM) sewaktu melancarkan buku memoir beliau 'A Doctor In The House' di Mid Valley Megamall.

TDM seolah olah 'berani mati' untuk berhadapan dengan tindakan saman dan mahkamah dari Anwar Ibrahim, 'protege' yang bertukar menjadi petualang!



TDM menyatakan pasti ramai yang marah dan kecewa dengan kandungan buku, walaupun beliau pada awalnya tidak mahu mengguris perasaan mana mana pihak ... Ahhh persetankan!



TDM akui amat penting bagi beliau menjual dan berharap rakyat membaca apa yang sebenarnya berlaku sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, walaupun terdetik dihatinya cemas berkemungkinan buku tersebut akan dihalang dari terjual melalui injunksi mahkamah.



Yang pasti, Anwar Ibrahim akan berasa sakit hati kerana satu bab dalam buku tersebut memang ditujukan khas buat beliau sebagai petualang!



Siapa kata perang dingin di antara 'Mentor' dan 'Protege' sudah berakhir ... palu gendang peperangan baru bermula!


MUSTAPHA TEMPELAK ANWAR PENASIHAT EKONOMI PALING BODOH !

|

Rahsia pembohongan Anwar Ibrahim sudah terbongkar. Cukup puas 'Anugerah Tuhan' ini bermaharajalela memfitnah pelaburan asing langsung (FDI) negara jatuh merudum jika dibandingkan dengan negara negara jiran.

Mustapha Mohamed menangkis dakwaan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang dengan mengumumkan FDI masuk ke Malaysia meningkat pada tahun lalu sebanyak 535.7 peratus. Pelabur asing cukup berminat untuk melabur di Malaysia.



Namun bagaimanakah Mustapha Mohamed boleh membuktikan kebenaran kata kata beliau? Anwar Ibrahim telah berulangkali mengatakan FDI negara merudum akibat ketidakyakinan pelabur asing untuk melabur.

GWM memaparkan kebenaran kata kata Mustapha Mohamed melalui data dan statistik dari UNCTAD Global Investment Trends Monitor, seperti dibawah.



Angka peningkatan yang dikatakan oleh Mustapha Mohamed lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa yang GWM paparkan. Laporan dari UNCTAD ini menunjukkan peningkatan FDI aliran masuk sebanyak 409.7 peratus.

Apakah bukti Anwar Ibrahim mendakwa dan menuduh Kerajaan BN gagal meningkatkan FDI masuk ke negara ... memang tidak ada sebarang bukti yang boleh pakatan haram ini kemukakan, melainkan fitnah dan serangan peribadi terhadap DS Najib.

Perlukah rakyat mempercayai lagi pembohongan Anwar Ibrahim. Tanpa sebarang bukti, beliau sering memperlekehkan ekonomi negara dan dasar pelaburan kerajaan BN.

Walhal data di atas jelas menunjukkan sebaliknya. FDI aliran masuk semakin meningkat ... bukannya merudum! Bukankah itu petanda Anwar Ibrahim seorang pakar ekonomi pembohong dan tidak cekap.


SELEPAS BOB LOKMAN ! ... CHUA JUI MENG PULA MENEMPAH TIKET KE SORGA !

|

GWM kurang mengerti apa kriteria yang Chua Jui Meng katakan sehingga mengakui PAS lebih Islam dari UMNO. Nampaknya sudah ada lagi seorang pemimpin yang bakal menduduki syurga PAS. Tahniah buat Nik Aziz dan Hadi Awang!

Sama juga seperti Lim Guan Eng, Ngar Kor Ming dan puak puak yang bersekutu dengannya (yang telah melacurkan Al Quran, hasil endorsement dari parti PAS), masing masing sudah merasakan semakin dekat dengan Islam kononnya.

Apa yang dimaksudkan oleh Chua Jui Meng bahawa PAS mengamalkan ajaran Islam sebenar apabila parti tersebut bersetuju melacurkan penggunaan kalimah Allah di gereja.



Kata beliau, tindakan PAS menyebabkan semakin ramai penganut Kristian yang pergi ke gereja ... bukannya kerana mengatakan Allah Itu Esa, Allah Itu Satu! Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan.

Amat melucukan, Chua Jui Meng sudah semakin pintar dan bijak menghentam UMNO sebagai parti Assabiyah kerana mengagungkan 'Kemelayuan'. Walhal bukannya beliau tidak tahu parti PAS kini semakin sibuk mencari sokongan dan undi orang Melayu dan sudah menjadi semakin Assabiyah dari UMNO.



Mungkin masih ramai yang belum mengetahui, Chua Jui Meng adalah seorang chauvinist ... sama seperti puak puak parti DAP dan PKR yang menolak dan mempertikaikan DEB, hak dan kesitimewaan orang Melayu.



Cuma ... Bob Lokman sudah tidak keseorangan lagi. Chua Jui Meng sudah semakin hampir dengan jejak jejak beliau untuk mendapatkan tiket ke syurga.


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU