GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/06/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HOI NORMALA KFC! ... APA YANG KAMU MEREPEK NI!

| Sunday, March 6, 2011

Sekali lagi! ... GWM menggelengkan kepala, musykil kepala hotak GWM memikirkan ucapan yang 'memang tidak bernas' langsung dari bekas calon PAS Tenang, Puan Normala Sudirman.

Asal banjir berlaku, bala akibat mengundi BN! ... Asal banjir berlaku, bala akibat mengundi BN! Kajian dari pusat mana yang diambil oleh Puan Normala agaknya. Wallahuwa'lam!

Apapun, teliti dan dengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Noramala KFC kita.




PRK BATANG AI



BN Menang ... Tiada Musibah Pun, Tak Banjir Pun!


PRK BAGAN PINANG


BN Menang lagi ... Tiada Musibah Pun, Tak Banjir Pun!


PRK HULU SELANGOR


BN Menang lagi dan lagi ... Tiada Musibah Pun, Tak Banjir Pun!


PRK BATU SAPI


BN Menang lagi, lagi dan lagi ... Tiada Musibah Pun, Tak Banjir Pun!


PRK GALAS


BN Menang lagi, lagi, lagi dan lagi ... Tiada Musibah Pun, Tak Banjir Pun!


Jadi ... setiap tahun bah dan banjir berlaku di Kelantan adalah disebabkan oleh bala dari Allah Taala! Apakah itu maksud Puan Normala Sudirman. Parti PAS adalah musibah terbesar orang Islam dan Melayu!

GWM minta sangat agar Puan Normala Sudirman memikirkan terlebih dahulu segala 'key point' sebelum memulakan ucapan. Fikir data dan fakta ... bukan fikir apa yang sedap untuk mulut katakan!

Tidak perlu Puan Normala Sudirman cuba untuk melakukan 'kerja Tuhan'. Hujan, panas, banjir, salji ... itu semua 'kerja Tuhan'. Jangan jadi macam Tok Guru anda!


GWM : Pssst ... mungkin sebab itulah Puan Normala 'ditakdirkan' kalah di PRK Tenang! Suami ikut berkempen di Merlimau ... ambik M.C. lagi ke! ... Jahanam!

sumber / pautan & kredit : 1peluru.blogspot.com


GANAS ! ... PUNCA KEKALAHAN MENGAIBKAN PAS DI MERLIMAU !

|

Bagaimana pengundi tidak takut dengan karenah juak juak PAS. PAS memang tidak pernah serik dengan provokasi pada hari pengundian.

GWM tidak nafikan, banyak lagi faktor kekalahan parti PAS seperti yang telah diulas bloggers bloggers pro kerajaan. Ini adalah hakikat sebenar, setiap kali di hari pengundian ... tidak kira pada pilihanraya kecil mana mana sekalipun.

Provokasi! Provokasi dan Provokasi!




Pada GWM, cukup bagus jika juak juak PAS ini berterusan dengan provokasi setiap kali pilihanraya diadakan. Memang mudah bagi BN untuk menang.

Namun jika juak juak PAS sudah mula menonjolkan sikap seperti kumpulan militan, ini sukar dimengertikan. Tidak hairanlah jika golongan bukan Islam memandang serong terhadap agama Islam.

Acap kali Islam sering dikaitkan dengan keganasan dan rusuhan. Mungkin ini sebenarnya imej yang mahu dibawa oleh parti PAS ... Ganas, Provokasi dan Militan!



Tidak kurang juga dengan sikap kaum hawa parti PAS ... seolah olah sudah dirasuk! Kaum hawa PAS sudah semakin selesa dengan caci maki, ini sesuatu yang baru!

Cukuplah sekadar kaum Adam membawa imej ganas, mengapa perlu kaum hawa mahu menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sama.





sumber / pautan & kredit : blog 1peluru.blogspot.com

KEPUTUSAN RASMI ! ... PRK KERDAU ! ... BN MENANG BESAR ! ... PAS HILANG BAU SORGA !

|

Keputusan rasmi bagi PRK Kerdau ( N28 )

BN : 5,060 undi
PAS : 2,336 undi
undi rosak : 90 undi
majoriti : 2,724 undi


Sekalung tahniah buat YB Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana sudah bergelar ADUN Kerdau.

Setinggi pujian juga diberikan kepada Jentera Pilihanraya bagi DUN Kerdau dan DUN Merlimau, Gelombang Merah Wanita UMNO, penceramah hebat ... yang bertungkus lumus memastikan kerusi di kedua dua DUN masih lagi milik BN.

Setinggi penghargaan kepada para pengundi di kedua dua DUN kerana percaya dan yakin BN adalah pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia.

Untuk para bloggers ... ada penghargaan untuk kalian ... later! Penghargaan Istimewa untuk para bloggers pro kerajaan! Anda memang hebat!


KEPUTUSAN RASMI ! ... PRK MERLIMAU ! ... BN MENANG BESAR ! .. PAS LARI MENYOROK !

|


Keputusan rasmi bagi PRK Merlimau ( N27 )

BN : 5,962 undi
PAS : 2,319 undi
undi rosak : 135
majoriti : 3,643 undi


Sekalung tahniah buat YB Roslan Ahmad kerana sudah bergelar ADUN Kerdau dan ADUN Merlimau.

Setinggi pujian juga diberikan kepada Jentera Pilihanraya bagi DUN Kerdau dan DUN Merlimau, Gelombang Merah Wanita UMNO, penceramah hebat ... yang bertungkus lumus memastikan kerusi di kedua dua DUN masih lagi milik BN.

Setinggi penghargaan kepada para pengundi di kedua dua DUN kerana percaya dan yakin BN adalah pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia.

LIVE WITH WAYNE & MAN LAKSA : BN SAPU BERSIH & MENANG BESAR DI MERLIMAU !

|

Blogger Badut Rakyat dan Malay Delima melaporkan secara tidak rasmi, BN telah menang kerusi DUN Merlimau dengan majoriti 3,864 undi.




BN : 5917
PAS : 2317
Majoriti : 3,864 undi

LIVE WITH PAPA GOMO & MELAYU CINDIA ! ... BN MENGGASAK PAS !

|


Papa Diva Papa Gomo melaporkan BN sedamg mendahului PAS dengan majoriti 1,932 undi

BN 3541
PAS 1609
Majoriti 1932


Melayu CinDia melaporkan di antara kerusi yang telah ditawan oleh BN.

KRAI
BN - 286
PAS - 44

RUMPUN MAKMUR
BN - 412
PAS - 159

JENGKA 25
BN - 307
PAS - 43

KUALA KERDAU
BN - 307
PAS - 247

LIPAT KAJANG
BN - 243
PAS - 99

DESA MURNI
BN - 698
PAS - 377

JENGKA 23
BN - 923
PAS - 405


TELUK SENTAP
BN - 297
PAS - 226


JENGKA 22
BN - 589
PAS - 282

PANAS & HANGAT ! ... TUAN IBRAHIM MENGAKU AKHIRNYA !

|

Sah! Sah dan Sah!, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa mengaku bahawa parti PAS akan tewas sekalipun jumlah pengundi yang keluar meningkat kepada 7,336 orang ( 82% ), sehingga jam 4.00 petang tadi.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS ini menjangkakan parti PAS mampu mengurangkan majoriti kemenangan BN kurang daripada 1,000 undi.



GWM menjangkakan majoriti undi bagi BN akan bertambah dari 1,615 undi kepada lebih kurang 2,100 undi.

Jangkaan dan ramalan GWM berdasarkan kepada analisis gerakan jentera BN sepanjang kempen di PRK Kerdau. Apapun, GWM menunggu keputusan pengiraan undi ... PAPA GOMO, MELAYU CINDIA dan SUARA LENSA sudah berada di Pusat Media, untuk membuat 'Live Coverage'!


HOT & SPICY ! ... YUHAIZAD BAKAL KELUAR DARI KUARTERS GURU ! ... HASANUDDIN BAKAL CIPTA HATTRICK 3 - 0 !

|

Media pembangkang sudah turut menduga parti PAS akan tewas di kedua dua PRK DUN Merlimau dan Kerdau.



Apa yang menarik, analisis dari Malaysian Insider menunjukkan parti PAS terlalu bergantung kepada sokongan dan undi dari masyarakat Cina.

Media pembangkang ini mengesahkan sokongan dan undi dari orang Melayu, majoritinya (lebih kurang 90%) sudah lari kepada Barisan Nasional.

100% sokongan dan undi dari masyarakat Cina belum tentu akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang pada PRU 13 nanti.

Yang nyata, parti PAS sudah menjadi semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan dan undi orang Melayu. Kerana itulah hak dan keistimewaan orang Melayu menjadi sandaran propaganda dan modus operandi PAS! ... perjuangan Islam telah jatuh no. 2.

LIVE WITH SUARA LENSA ! ... PETI UNDI KAMPUNG KERAI !

|

Tepat jam 2.02 petang, penduduk yang keluar mengundi sudah mencecah 80.24%. Peratusan yang tinggi jika dibandingkan semasa PRU 12.

Keadaan di peti undi Kampung Kerai adalah tenang dan terkawal. Tiada provokasi di antara penyokong kedua dua belah pihak. Cuaca agak mendung dan berkemungkinan akan hujan. Maaf tiada gambar, line internet agak teruk disini, kawasan agak pendalaman.


Posted by Suara Lensa

LIVE WITH SUARA LENSA ! ... PENYOKONG PAS BERPALING TADAH !

|

Jam 8.37 pagi di peti undi Kampung Kerai, sudah ada penyokong PAS mula beralih arah ke kem BN.

Ahmad Maslan dan Dato Shafei Abdullah (Pengarah Jentera BN Wilayah Persekutuan) sempat berbual mesra dan berborak dengan penyokong parti PAS.


Posted by Suara Lensa

EKSKLUSIF ! ... PEMBOHONGAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN DAN MEDIA HARAKAHDAILY !

|

GWM melihat isu ini sebenarnya sangat mudah, tetapi menjadi lebih kelam kelibut dengan pembohongan media Harakahdaily, TVPAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri.

Sebelum melangkah jauh, hanya tiga (3) fakta dan persoalan yang GWM kemukakan.

1) Geran Tanah FELDA tidak boleh dijual dan dipindahmilik melainkan ada hubungan persaudaraan.
2) Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka Adnan Yaakob adalah orang pertama akan mengetahui mengenainya.
3) Bukti Perjanjian Pinjaman Bercagar yang ditunjukkan oleh Ibrahim bin Osman.



FAKTA PERTAMA DAN KEDUA

GWM terpaksa akui niat murni Tuan Ibrahim perlu dipandang tinggi, sukar mencari pemimpin ikhlas sebegini.

Namun apabila beliau mengaku tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim bin Osman ... beliau adalah pembohong besar!



Hilang rasa hormat GWM pada Tuan Ibrahim Tuan Man! Memang begitukah perangai dan sikap pemimpin PAS. Bukti pertama ini diambil dari blogger Pisau.Net. Anda lihat dan nilaikan dengan sedalam dalamnya.



Bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man boleh membeli tanah tersebut dari Encik Mahmud bin A Rahman sedangkan geran Tanah FELDA tidak boleh dijual dan dipindahmilik melainkan ada hubungan persaudaraan.

Setiap urusan pembelian tanah peneroka perlu melalui pejabat Menteri Besar dan sekiranya penjualan itu ada, maka Adnan Yaakob adalah orang pertama akan mengetahui mengenainya.

Mengapa Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini.



FAKTA KETIGA








Ibrahim bin Osman, seorang guru yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain melalui syarikatnya Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd ... pinjam duit sahaja.

Baik ... teliti dan nilai perjanjian pinjaman cagaran dan klip video TV hamPAS dengan sebaik mungkin. Dimanakah cacat celanya!

1) Lihat foto yang ditunjukkan dalam Harakahdaily, perjanjian cagaran di antara siapa.
2) Foto yang ditunjukkan hanyalah cebisan (sekerat), tidak ditunjukkan muka hadapan perjanjian tersebut. Perjanjian di antara siapa.
3) Perjanjian cagaran antara Ibrahim Osman dan MARA hanya dua (2) mukasurat. Sejak bila wujud pinjaman bercagar dari MARA hanya berbekalkan dua mukasurat.
4) Harakahdaily dan TV PAS sepatutnya menunjukkan dengan jelas bukti pinjaman bercagar tersebut.
5) Mengapa TV PAS hanya menunjukan imej kabur dan jauh bukti pinjaman bercagar atau dokumen pemilikan oleh Ibrahim Osman dari Encik Mahmud bin A Rahman

Kerana itulah hanya dua mukasurat yang ditunjukkan. GWM lampirkan link bagaimana bentuk pinjaman bercagar MARA dan syarat syarat pinjaman sepatutnya dilihat.

http://www.pmn.gov.my/selangor/borang%20pembiayaan.pdf


Dokumen yang diperlukan untuk cagaran bagi pinjaman MARA adalah seperti berikut:

1) Salinan perjanjian jual beli yang berkaitan dan geran tanah yang dicadangkan sebagai cagaran.
2) Dokumen membuktikan pemilikan ke atas cagaran yang dicadangkan.
3) Laporan penilaian yang berkaitan.


Apakah yang ditunjukkan oleh media Harakahdaily dan TV PAS dengan sejelas jelasnya membuktikan perkara perkara di atas?

Jangan terpedaya dengan pembohongan parti PAS, media Harakahdaily, TV PAS dan Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri. Setakat menunjukkan bukti sekerat sekerat, dokumen apakah itu?

Siapakah yang berbohong sebenarnya ... UMNO, Utusan Malaysia dan bloggers pro kerajaan atau ...

Parti PAS, media PAS dan pencacai pencacai bloggers parti PAS?

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU