GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/20/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

PANAS ! ... MENJAWAB KEBODOHAN PAKAR EKONOMI ANWAR IBRAHIM ! ... JAM 10.45 MALAM !

| Sunday, February 20, 2011

GWM masih lagi mengumpul data, fakta dan bukti untuk menunjukkan betapa hebatnya Punaisihat Ekonomi Negeri Selangor memperlekehkan kedudukan ekonomi negara.

Benarkah kedudukan ekonomi negara cukup jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand. Tunggu jam 10.45 malam ini ...

WONG CHIN HUAT SAHKAN ... PAS, PKR & DAP BOLEH LELONG PARTI !

|

Berita paling menyedihkan buat kem pembangkang. Lebih menyedihkan dari kes ADUN Perupok ... kes 'phone sex' dan 'plastic surgery'!

Penganalisa politik Wong Chin Huat meramalkan BN akan mendapat kemenangan majoriti 2/3 pada PRU 13 jika mengekalkan momentum sedia ada dan sokongan padu dari orang Melayu
.



Paling memeranjatkan apabila beliau turut meramalkan pembangkang akan kehilangan 34 kerusi Parlimen jika PAS berterusan kehilangan sokongan dan undi orang Melayu.

Analisa beliau cukup mudah ... sokongan masyarakat Melayu semakin berarah kepada BN sebanyak 7% hingga 10% berdasarkan kepada keputusan pilihanraya kecil yang telah diadakan.

Walaubagaimanapun parti chauvinist dan racist DAP akan mengekalkan undi masyarakat Cina, mengikut ramalan beliau!



Beliau berpendapat parti PAS semakin terdesak untuk meraih sokongan orang Melayu setelah kehilangan majoriti besar undi orang Melayu pada PRK Manek Urai, dari 99% kepada 65% undi.

Dan kekalahan berterusan PAS di DUN Bagan Pinang, DUN Galas dan DUN Tenang adalah 'ultimatum' kepada rumusan beliau
.



Maka tidak hairanlah apabila Nik Aziz mula mengubah nada dan mula mencari perhatian dan sokongan orang Melayu ... walhal ularmak inilah yang mengenepikan orang Melayu dan realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Cuma ada satu persoalan yang masih berlegar dalam kotak pemikiran GWM ... parti MCA dan GERAKAN masih lagi kaku dan tidak mampu menarik undi masyarakat Cina.


GWM :
Chua Soi Lek! Lu apa bikin! ... Mau bikin satu lagi video porn ka?

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-to-regain-two-thirds-with-5pc-malay-swing/



SAIFUDDIN NASUTION TEMPELAK DAN PERLEKEH ANWAR IBRAHIM !

|

Konvensyen yang diadakan di Shah Alam semalam bukan sahaja kontroversi dengan kenyataan Nik Aziz yang menghina dan mencerca Bangsa Melayu, malah ianya dikejutkan lagi dengan ucapan Setiausaha Agung PKR, yang mengakui bahawa PKR kini tidak akan memperjuangkan kepentingan yang berkaitan dengan Bangsa Melayu.

Seorang Crew yang terlibat dengan berani meminta penjelasan kepada Saifuddin mengenai kenyataan beliau di dalam ucapannya itu selepas selesai Majlis. Beliau dikatakan menjelaskan bahawa perkara ini disahkan sendiri oleh Anwar. Bagi Anwar, Bangsa Melayu tidak lagi relevan digunakan sebagai Bangsa Peribumi. Bila ditanya soal mempertahankan Perlembagaan, dengan selamba Anwar mendakwa dapatkan kuasa terlebih dahulu, kerana kuasa mampu mengubah Perlembagaan.

Crew tersebut dikatakan tidak berpuas hati jika benar apa yang diperkatakan Saifuddin Nasution itu akan menjadi realiti. Lantas Saifuddin menjelaskan bahawa rakyat mempunyai pilihan. Semua rakyat Malaysia yang mendaftar mengundi ada pilihan. Maka, pilihlah mana yang terbaik. BN atau PR.

Beliau dengan nada kiasan menjelaskan PKR sememangnya tidak mengharapkan undi Melayu kerana UMNO semakin kuat menyuntik semangat perjuangan Bangsa. Maka, PKR hanya memfokuskan untuk memperkasa pengundi2 Cina dan meletakkan harapan untuk mengekalkan momentum pengundi India.



Saifuddin juga menempelak Crew tersebut agar tidak berang dengan kenyataan beliau kerana inilah perjuangan PKR. Keadilan buat semua. Jika hendak persoal hak Melayu dan Islam, itu perlulah ditanya kepada PAS, walaupun PAS tidak lagi dilihat sebagai lawan bagi UMNO.

PKR yang merupakan sebuah Parti berbilang kaum kini semakin terbuka dan akan lebih fokus dalam memastikan hak2 kaum lain akan dijulang sealiran dengan Bangsa Melayu. Kerana itu sahaja senjata bagi menumbangkan Kerajaan BN yang dipimpin UMNO.

Penjelasan Saifuddin ini telah membuktikan bahawa asas perjuangan PKR hanyalah kuasa. Dan Anwar akan melakukan apa sahaja, walaupun terpaksa menjual maruah Agama dan Bangsa, demi mendapatkan kuasa. Apa pandangan anda?


Posted By Melayu Cindia

GWM :
Pandangan GWM sama sahaja dan tidak berubah dari dulu! PAS dan PKR tidak pernah memperjuangkan apa apa sekalipun ... selain dari menuju ke puncak Putrajaya dan mengipas 'belakang' Anwar Ibrahim!

AKHIRNYA ... NIK AZIZ MENGAKU DIA ORANG MELAYU DAN AMALKAN ASSABIYAH !

|

GWM tidak sesekali terkejut dengan kenyataan Nik Aziz yang mengaku perjuangan terhadap orang Melayu perlu diutamakan di Malaysia.

Sudah memang menjadi kebiasaan kenyataan 'politician' lidah biawak ... sekejap kedaulatan orang Melayu penting, sekejap tidak ... macam biskut 'choc fudge'.

Perlu diingat, Nik Aziz pernah mengaku langsung tidak berbangga menjadi orang Melayu malah bangsa Melayu tidak pernah disebutkan dalam Al Quran ... katanya.



GWM cukup yakin ini semua cakap pemimpin PAS yang semakin ketagih dan haus dengan sokongan orang Melayu ... Apa yang Tun Dr Mahathir katakan sememangnya benar!



Nik Aziz tidak perlu berdolak dalik dengan kenyataan semua parti politik perlu mempertahankan hak orang Melayu kerana beliau sejak awal menolak Assabiyah.

Sejak bila dalam Perlembagaan PAS, hak dan keistimewaan orang Melayu perlu dipertahankan. PAS sendiri mengakui menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam secara keseluruhannya.

Sedangkan buku Fiqh-Awlawiyyat karangan Dr Yusof Al Qaradhawi merungkai bahawa semangat patriotisme (nasionalisme) sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan Islam.



Buku ini memaparkan mengapa keperluan mempertahankan hak hak keistimewaan orang Melayu tidak lari dari semangat patriotisme yang ada pada diri Rasulullah s.a.w.

Memperlekehkan bangsa, bahasa, jati diri orang Melayu seperti Nik Aziz ini sama seperti memperlekehkan Allah Taala yang menjadikan manusia itu berbilang bangsa dan keturunan ... dan sekarang secara tiba tiba kepentingan orang Melayu perlu dipertahankan!

Dan yang sebetulnya, PAS semakin bimbang dengan kebarangkalian (probability) akan kehilangan 34 kerusi Parlimen ... jika gagal mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu.




GWM : Apa lagi si Nik Aziz dan pemimpin parti PAS akan spin selepas ini!

ANWAR PANAS LAGI ! ... WEE CHOO KEONG BANTU SHAFEI ABDULLAH DI WANGSA MAJU !

|

Wakil Parlimen BEBAS Wangsa Maju Woo Choo Keong hadir di majlis perasmian 'Kampung Warisan' Kampung Puah Lembah dan enam (6) lagi kampung yang lain dalam Parlimen Wangsa Maju yang turut dihadiri oleh Pengerusi BN Wangsa Maju Dato Shafei Abdullah.

Perasmian disempurnakan oleh Dato Seri Utama Rais Yatim menyaksikan buat pertama kali Wee Choo Keong bersama dengan Dato Shafei Abdullah seolah olah menandakan wujud satu gabungan secara tidak langsung diantara kedua pemimpin ini.



Anwar Ibrahim masih lagi belum boleh melupakan dendam kesumat terhadap Wee Choo Keong yang meninggalkan PKR kerana 'Anugerah Tuhan' sudah diibaratkan sebagai 'Anugerah Syaitan' parti PKR.

Wee Choo Keong jugalah yang telah 'menelanjangkan' perbuatan Anwar Ibrahim yang mengarahkan Rahimi Osman membuat 'Akuan Bersumpah' palsu melalui proksinya, Lateefah Koya.



Apa yang pasti, Wee Choo Keong mempunyai banyak rahsia Anwar Ibrahim yang boleh dikongsi bersama dengan Dato Shafei Abdullah ... kelebihan bagi BN/UMNO Wangsa Maju pada PRU 13 nanti.


GWM : PapaDiva Gomo kata Wee Choo Keong dah 'settle' ke dengan Pak Rashid? GWM kata Wee Choo Keong sudahpun 'settle' dengan Dato Shafei Abdullah.

ADUN PERUPOK TERINGAT NENEN MONTOK ! ... BILA DENGAR LAGU NI ...

|


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU