GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/09/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

TANTAWI DAN AZIZAN TEMPELAK PARTI PAS ... TIDAK TAHU BERSYUKUR !

| Wednesday, February 9, 2011

Tidak tahu bersyukur ... rumusan paling tepat bagi sebuah parti yang hebat berserban dan berjubah tetapi realitinya kehebatan hanya terserlah pada kulit.

Mulut juak juak ini terkunci rapat kerana malu dengan desakan tanpa tindakan. Yang ada hanyalah tindakan berdemonstrasi ... itupun berdemo di depan kedutaan AS, bukannya di kedutaan Mesir!


Sekurang kurangnya, masih ada pemimpin PAS yang berjiwa besar dan tahu berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dengan tindakan pantas menyelamat penuntut kita di Mesir melalui Ops Piramid.





Jika diharapkan kepada pemimpin parti PAS yang lain, hanyalah lolongan dan salakan sahaja yang mampu dilakukan ... setakat ini!





GWM : Operasi parti PAS untuk menyelamat pelajar Malaysia ... Ops Melalak Melolong!

LU APAHAL SENYUM MAMAT ! ... TAK PUAS HATI ...

|

Hati siapa tidak tercabar! ... GWM memang tak puas hati, cukup tak puas hati dengan mamat dalam gambar ni.

Tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang untuk memiliki 'upgraded' Proton Satria Neo R3 yang baru dilancarkan oleh Proton Motorsport Division (PMD). Ongkosnya tidak cukup!



Proton Satria Neo R3 pernah dibawa ke Tokyo Auto Salon 2011 awal tahun ini sebagai kereta konsep dan dipamerkan untuk menunjukkan kepada Mamat Mamat Jepun bahawa R3 berpotensi sebagai 'performance car' selain dari rekabentuk yang menarik.


PMD telah melakukan penambahbaikan (upgraded - 'Stage 2') kepada Proton Satria Neo R3 bagi menghasilkan kuasa kuda 145bhp pada 7,000 rpm dan 168Nm tork pada 5,000 rpm.

Penambahbaikan turut termasuk suspensi CUSCO, sistemm brek ENDLESS, camshaft berprofil tinggi, carbon fibre air intake system, sistem ekzos higher performance flow 4-2-1, edisi R3 16 inci gunmetal lightweight alloys dan tayar berprofil Bridgestone Potenza RE001R 205/45.




Penambahbaikan lain juga termasuk two-DIN audio head unit dengan 3D GPS navigation, dual front airbags, anti-lock braking system (ABS) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Versi 'Stage 2 upgraded' R3 Satria Neo akan dipasarkan tidak lama lagi dengan harga sekitar RM 79,797.00.



Semakin banyak pengeluar kereta kini menumpukan 'performance car' dengan kapasiti rendah sekitar 1,400cc ke 1,600cc. Contoh seperti Volkswagen Golf 1.4 twincharger dan Volkswagen Scirocco 1.4.


Semuanya adalah berdasarkan kepada 'energy efficiency' ... pengeluaran kereta berprestasi tinggi tanpa pembaziran sumber tenaga yang terlalu banyak.

Harga minyak semakin naik! Road tax pun murah!


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU