GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/05/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MAK AIH ! ... PERGH ! ... MANTAP, MENGGIURKAN ! MELELEH ! ... ZAS !

| Saturday, February 5, 2011

Lentik badannya ... memukau mataku! Alis matanya ... mengkaburi pandanganku! Renungan tajam itu ... menggoncang imanku! Bagai dipanah petir jantung ini ...

Nah tu dia! ...



Perasmian kereta lumba Formula 1 McLaren MP4-26 untuk musim baru di Berlin, Germany semalam.



GWM cerita pasal kereta la ... bukan pasal awek! Astaghfirullah ... Otak ngkorang tak ada benda lain ke nak fikir! Aduh ...



Rekabentuk terbaru tidak menampakkan sebarang perubahan ketara berbanding dengan kereta musim lalu. Hanya yang paling ketara adalah keunikan U-Shape sidepod.

Rekabentuk U-Shape sidepod baru yang agak radikal ini mampu memudahkan pengaliran angin secara efisyen memandangkan 'double diffuser system' telah diharamkan pengunaannya bagi musim ini.




Ciri ciri baru yang terdapat pada McLaren MP4-26 adalah 'long wheelbase', pengubahsuaian 'airbox' dan 'nose', 'central-mounted rear exhaust system' penggunaan KERS dan 'moveable rear wing' beroperasi secara manual melalui steering kereta.

Pasukan McLaren Mercedes akan mengadakan ujian masa pertama di Idiada Ground, Sepanyol pada 8 Februari 2011. Ujian kenderaan tersebut juga akan diadakan di Jerez, Sepanyol pada 10 Februari 2011.



Pasukan McLaren Mercedes masih mengekalkan dua pelumba utamanya, Lewis Hamilton dan Jenson Button.


GWM : Sorry la! Minat dengan F1! ... pasukan pilihan F
errari! ... Sekali sekala kita bersantai dengan isu semasa yang lain!

APA DIA PENGUMUMAN PENTING DS NAJIB TU ? ...

|

Beruntung penduduk Kampung Baru ... DS Najib mengumumkan pembangunan semula Masjid Kampung Baru dengan peruntukan RM 20 juta.

Pengumuman ini dilakukan pada perasmian program 'Memakmurkan Masjid' di Kampung Baru jam 3.30 petang tadi.




GWM : Alhamdulillah ...


sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kampung-baru-redevelopment-begins-with-local-mosque-upgrade/


DS NAJIB ! ... AUSTRALIAN GIVES TWO THUMBS UP ! ... 'ANU' ANWAR BERNANAH LAGI ! ... KAH KAH KAH !

|

Hasrat Anwar Ibrahim untuk memujuk ahli Parlimen Australia mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwatnya semakin terbantut dan kelam. Begitu juga langkah beliau memfitnah kerajaan Malaysia sebagai zalim, tidak demokratik disangkal oleh media Australia ini.

Temuramah DS Najib bersama Greg Sheridan, The Australian News memaparkan pengiktirafan secara tidak langsung Australia terhadap kerajaan BN ... sesuatu yang sangat dibenci oleh Anwar Ibrahim!


Mengapa GWM kata penting? ... cukup sukar bagi media Australia untuk mengiktiraf Malaysia sejak dari 'perang dingin' bekas Perdana Menteri Australia, Paul Keating yang menggelar Tun Dr Mahathir sebagai 'recalcitrant'.

Hanya pada tahun 2011 ... media Australia tidak lagi memberi reaksi dan gambaran negatif kepada kerajaan BN. Sepanjang tahun 1998 hingga 2010 (12 tahun), Malaysia sentiasa diberi gambaran negatif oleh media Australia.



Tun Dr Mahathir 'legend' ... marah juak juak pembangkang baca ayat terakhir perenggan di atas!

















































GWM : Yang pasti ... Anwar Ibrahim akan menuduh BN sudah 'membeli' The Australian News! Habis satu dunia BN dah beli! ...


sumber / pautan :
http://www.theaustralian.com.au/news/opinion/malaysia-steers-moderate-course-with-najib-at-helm/story-e6frg6zo-1225996345163


GEMPAR ! ... PENGUMUMAN PENTING DS NAJIB ! ... TUNGGU JAM 3.30 PETANG INI !

|

GWM baru lepas menonton Buletin Jam 1.30 petang ... khabarnya ada pengumuman penting akan dibuat oleh DS Najib pada perasmian program 'Memakmurkan Masjid' di Kampung Baru, jam 3.30 petang ini.

Mana mana blogger yang berkesempatan, tinjau tinjaulah program tersebut. Apa dia pengumuman DS Najib nanti.

GWM : Bunyinya ... seperti amat penting!


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU