GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/04/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

LEE KUAN YEW 'DITAMPAR' CHEE SOON JUAN ... KAH KAH KAH ... PANAS !

| Friday, February 4, 2011

Godfather DAP, Lee Kuan Yew sebenarnya lebih menakutkan dari kerajaan BN ... malah lebih menakutkan dari Mahafiraun dan Mahazalim (gelaran oleh pencacai PAS) Tun Dr Mahathir.

Demokrasi, meritokrasi, hak asasi, kebebasan bersuara dan kebebasan media di Singapura adalah lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan Malaysia.



Kelantangan suara Chee Soon Juan mengakibatkan beliau telah dipenjarakan lebih tujuh (7) kali oleh parti PAP dibawah pimpinan Menteri Mentor Lee Kuan Yew. Hanya kerana menyuarakan hak dan kebebasan bersuara ...

pihak pembangkang di Malaysia cukup bertuah kerana mampu melanyak kerajaan BN melalui media alternatif ... berani ke jika menjadi pembangkang di Singapura!










Rakyat Singapura hanya berani bersuara melalui internet ... jika tidak! penjara menanti kedatangan mereka!





Apa jaminan rakyat Malaysia jika DAP berkuasa, ISA mungkin tidak akan dikenakan! ... Sedangkan Godfather DAP, parti PAP turut mengamalkan ISA di Singapura.





Amat melucukan parti PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang kononnya memperjuangkan demokrasi sebenarnya adalah keldai tunggangan seumur hidup ... semata mata untuk undi wahid!


GWM : Untuk juak juak PAS ... tolong buka mata dan minda! Sampai bila nak kena tunduk dan sujud kepada DAP!

ISU TANAH MELAYU ... APABILA SI TOLOL MAHFUZ OMAR BERTUANKAN DAP MENYALAK !

|

Ini yang dinamakan sebagai kebodohan dalam kebijaksanaan.

Tidak ada cacat celanya jika Tun Dr Mahathir (TDM) mengatakan Malaysia adalah milik orang Melayu dan kaum lain perlu menghormati kedaulatan Raja Raja dan orang Melayu di negara ini.



Prinsip 'jus soli' yang dipersetujui cukup jelas memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang Cina dan India dengan syarat menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu.

Fakta sejarah tidak akan berubah sama sekali. Ini bukan permasalahan konsep 1 Malaysia, Bangsa Malaysia atau Wawasan 2020 ... cuma sikap Mahfuz Omar untuk melagakan TDM dan DS Najib dikesali.

Sepatutnya si tolol Mahfuz Omar sudah lama mempertikaikan kenyataan timbalan editor Sin Chew Jit Poh, Tay Ting pada 2 Mac 2010 yang mempersendakan orang Melayu ... sebelum menyalak seperti anjing yang bertuankan DAP.


(Terjemahan)

76 pertubuhan NGO Melayu dalam satu barisan tertubuhnya “PERKASA” berjanji mahu perjuangkan hak orang Melayu dan Islam. Saya tergesa-gesa melihat tarikh kalendar, hari ini bukan bertarikh 1 Mac 1946; memang betul hari ini bukan tarikhnya.

Jika perjuangan itu disebut pada tahun 1946, sudah tentu tepat pada masanya dan diterima dan boleh masuk akal.

60 tahun dahulu, orang-orang Bristish mahukan masyarakat yang terbuka dan adil di negara ini maka mereka merancang mahu tubuhkan “Malaya Faderation” tetapi tidak disenangi oleh orang-orang Melayu pada masa itu, kerana orang-orang melayu bimbang kedudukan orang-orang Melayu dan Islam tidak terjamin, sebab itu pada masa itu orang-orang Melayu bergerak dan berjanji mahu mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu dan Islam.

Tetapi sekarang ini adalah tahun 2010, adakah masa itu terencat kembali masuk pada tahun-tahun silam itu?

Penjajah yang memerintah kita telah lama berambus tinggalkan kita, perikatan dan Barisan Nasional sudah setengah abad terus memerintah tidak lepaskan kuasa, projek DEB sudah dilaksanakan lebih 40 tahun, orang-orang Melayu sudah pun berkuasa, berkedudukan, berpengalaman dan menjadi bangsa yang bermartabat.

Apa lagi yang mahu mereka pertahankan sekarang ini?

Cuba anda fikirkan dan bayangkan jika ada sekumpulan orang-orang Amerika kuiti putih mahu pertahankan kaum kulit putih, dan menolak hak orang-orang Red Indian yang curiga terhadap hak dan kuasa orang-orang kulit putih apa akan terjadi?

Ataupun NGO-NGO di negeri China mempertahankan hak orang-orang kaum Cina Han, supaya tidak dianiaya oleh orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur?

Di Amerika hanya dapat dengar orang-orang Amerika dengan sendirinya tubuhkan NGO-NGO pertahankan hak hak orang Red Indian, di negeri China, sebilangan orang-orang China yang sedar mahu perahankan hak-hak orang-orang Tibet dan orang-orang Uighur yang dikatakan kaum minoriti.

Jika masa depan atau nasib sesuatu bangsa itu tergugat barulah dipetahankan, jika tidak ia hanya disebut Quixotic, jika tidak walaupun dikelilingi musuh, ia hanya untuk memenuhi kerakusan diri sendiri dan impian diri sendiri. Perkataan Quixotic ini datangnya dari perkataan Don Quixote penulis Spanyol 400 tahun lalu.

Don ceritakan kisah seorang penghuni di ceruk kampong, oleh kerana terlalu banyak membaca buku-buku cerita dongeng pahalawan, terjebak ke dunia khayalan, pada satu hari beliau ambil lembing dan perisai serta memakai baju besi pergi ke sebuah tasik untuk menjadi pejuang.

Apabila beliau nampak kincir angin beliau anggap itulah gergasi yang beliau mahu tewaskan, daun kipas kincir angin itu mematahkan lembing dan beliau terjatuh dari kuda yang ditunggangnya.

Cerita kisah Don banyak jenakanya, akhirnya beliau sedar dari dunia khayalan itu, akhirnya beliau faham bahawa cerita di dalam buku cerita itu semuanya dongeng dan khayalan belaka.

Helo! Helo! Perkasa, GPMS, Mubarak dan lain-lain NGO-NGO Melayu, anda semua tidak apa-apa ke? Adakah anda masih beramai-ramai bermimpi, berngigau dan dalam khayalan lagi? Cuepacs! Bukankah kamu semua pertubuhan Ngo kakitangan kerajaan? Kenapa tidak perjuangkan hak kakitangan kerajaan? adakah kamu semua termasuk salah haluan?

Jangan risau, di bumi Malaysia ini, tiada seorang pun yang berani mencabar hak-hak kamu semua, jika hak-hak kamu semua itu berlandaskan perlembagaan Negara.

Tetapi dalam dunia globalisasi hari ini, Malaysia adalah Negara yang bersikap terbuka, sudah tentu orang-orang Melayu sudah sampai masanya mampu bersaing.

Inilah yang sepatutnya dan masalah yang perlu difikirkan oleh kamu semua 76 buah NGO-NGO Melayu ini


Dan Mahfuz Omar perlu menutup mulut busuknya serapat yang mungkin! Tidak perlu mencuba untuk menjadi 'anjing belaan terhebat' DAP.

Mahfuz Omar sepatutnya sudah lama mempertikai 'Malaysian Malaysia' ciptaan dongeng DAP. Mungkin Tony Pua juga perlu menunjukkan dimana terdapatnya 'Malaysian Malaysia' di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sepatutnya sudah lama Mahfuz Omar menjentik kerandut Tony Pua ... Kiblat DAP dari Singapura. Singapura lebih jauh 'supremacist' sebenarnya. Melayu langsung tidak dihormati di Singapura!


Amat memalukan ahli Parlimen Pokok Sena ini sanggup menjual harga diri sebagai seorang Melayu semata mata untuk memperhambakan diri kepada tuan yang bernama DAP!

Maaf ... GWM terlupa! ... Mahfuz Omar juga sama seperti Nik Aziz yang tidak mengaku sebagai orang Melayu. Memang tidak salah jika dikatakan PAS adalah kuda tunggangan seumur hidup DAP!

Ini sebenarnya bukanlah persoalan mengenai TDM dan kenyataan perkauman beliau ... tetapi lebih kepada umpan yang dipasang oleh pihak pembangkang
.


sumber / pautan:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-najib-perlu-respons-isu-tanah-melayu-mahathir/


HADI AWANG MENGAMUK LAGI PAGI INI ! ... SEMUA DIPERSALAHKAN !

|

Asal kalah pilihanraya ... media dipersalahkan! Asal kalah pilihanraya ... kotak undi turut dipersalahkan! Asal kalah pilihanraya ... habis semua dipersalahkan!

Segala benda dipersalahkan ... BN, peraturan, pengundi, poster, banner, makanan KFC, MC Maarof, botol minuman, sampah sarap ... bak kata apa yang ada di Labis tempoh hari, semuanya salah belaka.


Rosak orang tua ni! ... Dah macam lagu Bangau oh Bangau! 'Domino Effect' lagu kanak kanak ini mula menyerang kotak pemikiran Hadi Awang.



Alasan yang dikemukakan Hadi Awang lebih merupakan alasan budak yang suka ponteng sekolah. Hadi Awang pun bukannya ada membantu berkempen di PRK Tenang?


Beliau perlu kemukakan bukti kukuh media mana yang menyelusup masuk ke rumah setiap pengundi. Mengapa media turut diheret akibat kekalahan di Tenang?

PAS sepatutnya menyalahkan jentera parti! ... PAS yang tidak bijak menggunakan media alternatif untuk berkempen, media yang sedia ada hanya digunakan di pasar malam ... mana nak ada coverage!








Gerak kerja UMNO pun turut dipertikaikan! Jentera pilihanraya PAS yang lembap bekerja ... tanyalah Salahuddin Ayub!


Ni yang juak juak PAS pasang banner dengan bendera ni duit poket you ke Hadi Awang! Apa yang you mengarut bajet tiada batasan ni ... BN buat KLCC dengan Highway kat Labis ke?


Dana kutipan Tabung Mesra PRK Tenang tak cukup yek! Kemana menghilangnya kutipan dana ini? Tak tahu pula jika acara kutip derma ini turut dikatakan sebagai gerak kerja terhebat parti PAS!

Asal ada pilihanraya ... gerak kerja merompak duit rakyat giat dilakukan melalui tabung dan dana ini.




Bersihkah cara PAS berkempen tempoh hari! Jika ini melambangkan suasana kempen bersih tanpa fitnah dan ugutan ... sememangnya PAS berhak kalah.





Susah untuk berbicara dengan puak puak yang tidak sanggup menerima kekalahan. Bila menang, habis semuanya bersih belaka ... tiada satu pun dipersalahkan.


GWM : Jangan nanti lagu 'Bangau oh Bangau' dipersalahkan dan diharamkan ... parti PAS ni gila sikit!

sumber / pautan :
gambar ihsan maut gila dari blog Media Permatang Pauh

http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=297:keputusan-pilihan-raya-kecil-dun-n05-tenang&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

LEE LAM THYE ... LEBIH RASIONAL DARI KOMUNIS DAP !

|

GWM percaya mesej yang disampaikan oleh Lee Lam Thye kepada masyarakat Cina cukup tepat pada masa dan waktunya bagi memecahkan tembok prejudis, kebencian serta ekstremis ... yang diasaskan oleh parti DAP.


Apa yang melegakan GWM adalah kenyataan ini datangnya dari bekas 'extrimist' DAP yang mahukan masyarakat Cina membuka mata dan telinga dalam semangat 1Malaysia.


Lee Lam Thye nampak bayangan semakin besar bahayanya isu perkauman dan perpaduan yang dimainkan oleh DAP.


Maka peringatan Lee Lam Thye sewajarnya diberi penuh perhatian oleh masyarakat Cina, yang majoritinya semakin berkiblatkan DAP.



GWM yakin generasi muda tidak tahu siapa sebenarnya Lee Lam Thye ... cukup lantang mengkritik kerajaan BN dan pernah menjadi 'rising star' sewaktu bersama DAP dengan isu perkauman.

Lee Lam Thye keluar dari DAP kerana 'political assasination' oleh ultra kiasu Lim Kit Siang & Sons. Lim Kit Siang tidak mahu ada satu 'prolific figure' yang melebihi beliau dan anaknya.

Maka DAP kini dipenuhi oleh anak beranak dan saudara mara yang memegang jawatan tertinggi dalam parti dan menjuarai isu perkauman.





GWM : Penyakit 'cah keting' juga berjangkit dalam DAP!

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU