GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/28/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

LIVE ... DS NAJIB JANJI TOL TAK NAIK 5 TAHUN ! .. 'JAMBU' ANWAR MENGAMUK ! ... KAH KAH KAH !

| Friday, January 28, 2011

DS Najib mengumumkan tol di Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun.

Beliau juga turut mengumumkan bahawa tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.


Najib berkata inisiatif itu juga adalah manifestasi kesungguhan kerajaan BN untuk mencari penyelesaian berhemah berkaitan isu tol.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan dan masih lagi dalam pertimbangan kerajaan BN, tempoh konsesi PLUS Expressway Berhad akan turut tidak dilanjutkan.



Pengumuman DS Najib rupanya menjadi amukan 'Jambu Emas' Anwar Ibrahim ...

Azmin Ali (yang dilapkan badan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu terlantar sakit) mendabik dada mengatakan idea tersebut datangnya dari Anwar Ibrahim ... yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.


Kah Kah KAH! ... buku jingga lu orang buat bulan Disember, pembentangan Bajet 2011 bulan Oktober 2010 ... KAH KAH KAH! Dah biol ke ...

Tanpa ada rasa malu sekelumit sekalipun, Azmin Ali menyindir DS Najib kerana tidak membentangkan isu tersebut untuk didebatkan di Parlimen sewaktu pembentangan Bajet 2011 tempoh hari.


Kah Kah KAH! ... Bajet 2011 sudah didebatkan dalam Dewan Rakyat, Bajet 2012 belum keluar lagi la ... KAH KAH KAH! Tunggu bulan Oktober 2011 la ... Kah Kah Kah!

Azmin, Azmin ... nak tipu pun ... cover la sikit! ... Anwar Ibrahim senyap jer! ... Tak nak mengaku ke ini idea you!


GWM : 'Desperate' nampak! ... Demam ke Azmin Ali ... nak Ayahanda Tun Dr Mahathir lap kepala you ke!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenaikan-tol-lebuh-raya-karak-pantai-timur-dibeku-lima-tahun/


SENAMROBIK NIE CHENG ... AJK MASJID SAHKAN PAS PEMBOHONG ! ... KAH KAH KAH !

|

Jika sebelum ini pengurusan Masjid Taman Cheras Jaya mendabik dada berpendapat pihaknya tidak melihat adanya sebarang masalah dengan pakaian Ahli Parlimen Serdang yang menyertai program senamrobik di pekarangan rumah ibadat ...

Hari ini, AJK Masjid Taman Cheras Jaya mengaku membuat kesilapan besar dengan membiarkan Teo Nie Cheng berbaju ketat dan tidak menutup aurat sewaktu program senamrobik.


JAIS mengambil keterangan AJK Masjid Taman Cheras Jaya tersebut dan diberikan amaran keras bagi memastikan isu seumpama itu tidak lagi berulang.


Kesian akak dibelakang tu ... kempunan nak bergambar! Jantan jantan PAS pantas mengambil peluang berposing seketika.


Emmm ... elok lah tu. Ada AJK Masjid Taman Cheras Jaya mengambil tanggungjawab penuh ke atas kekhilafan menjemput 'Amoi' tersebut bertonggeng berlompat didalam perkarangan masjid. AJK lain ... senyap sunyi!

Punyalah seronok blogger blogger pencacai PAS memutarbelitkan isu senamrobik ..


Hanya semata mata kerana fatwa teragung Al Syeikh Nik Aziz!


Buat penduduk Islam di Labis ... inilah mainan politik dan fatwa Al Syeikh Nik Aziz dan mengapa PAS wajar dinobatkan sebagai keldai tunggangan DAP dan PKR.

Demi satu undi wahid! ... haram pun boleh dihalalkan! Nak undi parti PAS ke?

Jangan kata GWM tidak memberi amaran! Cuma nak ingatkan ... manalah tahu nanti wajah kita berubah dan menjadi seiras dengan keldai ... macam dibawah ni!




LIVE FROM TENANG ... MASYA ALLAH ! ... APA JUAK JUAK PAS NI BUAT !

|

Jika sudah bergelar pencacai, maka pencacai jugalah pekerjaan yang dilakukan juak juak pembangkang ini.

Hasrat untuk 'spinning' cerita tidak menjadi ... kononnya Normala Sudirman melakukan aksi berani! ... bah dan banjir sanggup direnangi! ... tapi rupanya untuk posing demi undi!



Yang sempat Normala Sudirman lakukan ... tawaf didepan rumah pengundi! ... disebelah panji BN dan UMNO megah berdiri ... dalam hati Alamak! Celaka! Salah Posing, nanti masuk TV!!!



Maka bercanda dan bersantai kedua dua merpati sejoli! ... Takkan mahu make up, mascara dibasahi! ... Habis la rating I nanti!


Rupa rupanya, Srikandi UMNO yang meredah badai dan banjir! 4WD dinaiki megah membawa panji!



Basah lenjun dipersetankan! Pedulikan ... demi rakyat yang hakiki! ...




Alhamdulillah! kuat bekerja Tok Ai rupanya! ... Bukan seperti yang calon PAS, cukup gemar berpura pura!




Ooi Normala! ... nak posing, pegile kedai gambar, tambahlah make up lagi!




sumber ihsan gambar pancung PAS ... blog GAP.

KHALID TUNDUK JUMPA KHUSRIN ... KAH KAH KAH !

|

Khalid 'Al Gagap Bengap' Ibrahim semakin gusar dengan goyahnya pakatan pembangkang di Selangor.

Langkah terakhir ... Khalid Ibrahim terpaksa berdamai dengan Mohd Khusrin setelah gagal mendapat 2/3 majoriti untuk membuat Pindaan Undang Undang Tubuh Selangor.


GWM tidak nampak apa relevannya Khalid mahu berbincang dengan Khusrin walhal perlantikan Khusrin sudah sah ... yang tinggal hanyalah majlis mengangkat sumpah simpan rahsia selaku Setiausaha Kerajaan Negeri.

Khalid Ibrahim cuba untuk 'divert' isu perlantikan Khusrin dengan mengadakan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi memburukkan imej BN sepantas mungkin.


Namun Khalid Ibrahim perlu ingat ... Khusrin perlu mengangkat sumpah dengan segera! Jika Khalid Ibrahim masih berdolak dalik, beliau sebenarnya menderhaka terhadap Sultan dan ingkar terhadap Undang Undang Tubuh Selangor.

Mungkin perdamaian dengan Khusrin mampu mengembalikan imej beliau yang telah buruk. atau mungkin perbincangan tersebut sebagai salah satu usaha untuk 'membeli' Khusrin!

Siapa tahu ...

sumber / pautan :
SINAR HARIAN

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU