GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/24/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

MEMO BUAT TUN MAHATHIR ... HENTIKAN FITNAH TERHADAP LEE KUAN YEW ... TERIMALAH KENYATAAN !

| Monday, January 24, 2011

Salam buat Negarawanku Tun Dr Mahathir [ TDM ] ...

GWM merasakan sudah tiba masanya TDM perlu menginsafi diri dan menghentikan sebarang pertikaian dengan Lee Kuan Yew ...

Mengapa TDM masih lagi berdendam dengan Lee Kuan Yew sehingga tidak mampu menerima kenyataan Melayu Singapura amat menyukai Mentor Minister mereka.

Mengapa perlu diganggu gugat? Hentikan semua ini ...

Apakah TDM masih lagi terbuai terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh?

Melayu Singapura mempertahankan kedudukan mereka tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi!


Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana Lee Kuan Yew menjalankan amanah dengan telus!

Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.


Mengapa TDM mengatakan tiada orang Melayu dalam Kabinet Singapura ... Siapa kata!

Apakah TDM tidak menyedari usaha murni Lee Kuan Yew sebenarnya telah memujuk Perdana Menteri Lee Hsien Long untuk melantik 3 Anak Melayu ke dalam Kabinet Singapura!

Lihatlah TDM ... lihatlah dibawah ini ... bukankah mereka ini Melayu Singapura! Apakah TDM masih lagi mahu mempertikai Lee Kuan Yew ... mengapa TDM?






Nama sahaja bukan nama Melayu ... kerna sudah di'Singapork'kan !

Buangkan sifat dendam TDM ... dan sebenarnya, terdapat 4 Anak Melayu dalam Kabinet Singapura.

Apakah TDM masih lagi mahu GWM membuktikannya ... lihat TDM ... lihat lagi!



Apakah TDM masih lagi mahu membutakan mata ... Lee Kuan Yew sebenarnya adalah jelmaan Nik Aziz Nik Mat! Cuma tidak berserban ... Itu sahaja!

Sudahlah TDM ... hentikan perbuatan sia sia ini ... Biarkanlah Melayu Singapura dengan identiti mereka. Biarkanlah ...


Yang benar,


Bukan Melayu Singapura,

MUHYIDDIN ANTI 1 MALAYSIA ??

|
PENIPU..... Strategi ini sebenarnya telah dirancang jentera Pembangkang dengan mencetak dan menampal poster seperti di atas sebagai agenda terdesak gabungan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menarik sokongan terhadap pengundi2 bukan Melayu terutamanya Cina di Tenang.


Melayu CinDia telahpun menyiasat perkara ini bersama rakan2 blogger yang lain. Apa yang dilaporkan oleh majoriti jentera PRK DUN Tenang, mereka tidak pernah mengeluarkan poster tersebut. Malah, pihak jentera Parti tidak pernah mencetak poster yang sedang giat ditampal di kawasan2 panas terutamanya penduduk2 Cina.

Terdesak gila PAS sehinggakan terpaksa mengeluarkan satu fitnah besar yang dijanjikan tiket ke Neraka. Oooo.. Lupa.. ahli2 PAS telah ditarbiyah akan masuk ke syurga melalui tiket borang keahlian parti tersebut.

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PORTAL
AGENDA BANGSA YANG MENGELUARKAN GAMBAR POSTER TERSEBUT..



Blogger Gelombang Rakyat

RAKYAT MAHUKAN ANWAR JADI PERDANA MENTERI ???

|


Ketika saya ingin membuat artikel berkenaan dengan DUN GALAS ini saya terpandang satu artikel yang nampaknya tak habis-habis mengatakan Datuk Seri Najib ini lebai malang dan sebagainya.

Artikel yang saya baca ini menyebut sumber yang Pakatan Rakyat perolehi sekiranya mendapat menerajui Malysia ialah memerangi rasuah yang menyebabkan negara rugi RM28 bilion setahun dan memotong balik RM19 bilion subsidi yang diberikan kepada IPP.

Subsidi untuk rakyat RM10 bilion akan diberi semula supaya minyak dan makanan dapat dikawal dan menstruktur semula tol di Malaysia dengan kos RM23 bilion dan elaun tambahan kepada guru RM3.2 bilion setahun.

jika dijumlah dengan anggaran pendapatan hasil daripada memerangi rasuah dan memerangi kroni ialah RM47 bilion dan perbelanjaan hanya RM32.2 bilion, maka Pakatan Rakyat mampu malahan lebihan. Ini tidak masuk lagi hasil balak, minyak, kelapa sawit dan sebagainya di mana sekarang rakyat hendak dengar hujah Datuk Najib yang kata kalau laksana janji Pakatan Rakyat maka negara akan bankrap.

Ini adalah pelan yang PAKATAN ... betul ker akan menjadi ??? cuba anda lihat sendiri di negeri-negeri yang PAKATAN ambil sendiri sekarang ini. KERAJAAN PERSEKUTUAN telah memberi peruntukan berjuta-juta untuk membina pembangunan di negeri-negeri berkenaan.

sekarang apa jadi ??? macam ini ker nak memerintah Negara ??? kononnya nak memberi rakyat keselesaan dan bebas dari Rasuah !!!

Kalau nak memerintah Negara, selesaikan masalah negeri dulu dan tunjukkan kepada rakyat yang PAKATAN boleh memberi keselesaan kepada rakyat,bukan nak menjahanamkan Negeri dan memusnahkan hak rakyat,contoh terdekat di PULAU PINANG. Saya tidak mahu sebut lagi negeri mana lagi yang di pegang oleh PAKATAN ni.anda sudah tahu kan ???


POST BY WAYNE...

PRK TENANG !!! PUAS PAS TELAH MEMBAKAR BENDERA !!!

|

semalam telah berlaku kekecohan di mana puak-puak PAS telah membakar bendera BN.Dah tak da kerja lain ker ??? Memang Biadap dan Kurang ajar Penyokong PAS yang datang dari negeri Johor ini.Datang sini bukannya nak menghormati tempat orang tapi sesuka hati sahaja nak buat hal di negeri johor ni.

Dulu sewaktu di PRK Galas pun bendera BN di bakar dan kali ini di PRK Tenang juga bakar bendera BN.Apa kurang ajar sangat ni ??? mak dan ayah anda tak pernah ajar ker ??? laporan Polis telah di buat dan tindakan susulan di harapkan dapat dilakukan oleh PIHAK POLIS agar dapat menangkap si Pembakar Bendera ni dengan seberapa segera !!!

POST BY WAYNE...
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU