Karpal Singh boleh tersenyum dengan penuh bangga! Tidak sia sia perjuangan beliau mentarbiyahkan juak juak PAS semakin membuahkan hasil.
Cukup jelas ... apa yang dinyatakan beliau semasa Konvensyen PR sebagai semakin memahami dan memperjuangkan Islam, berjaya mentertonggeng terbalikkan pemikiran parti PAS.
Karpal Singh tidak perlu lagi bersusah payah mengeluarkan kenyataan dalam akhbar ...
Sekali beliau berdehem, kelam kabut juak juak PAS mengibarkan panji panji mulia DAP sambil melaungkan perjuangan DAP perlu ditegakkan.
Dua kali beliau batuk ... tonggeng terbalik juak juak PAS memacakkan signboard 'Doa Pecah Perut BN'. Walhal Karpal Singh hanya batuk ... gatal kerongkong!
Doktrinasi Karpal Singh mampu membutakan mata Nik Aziz & Co dalam sekelip mata ...
Demi menjaga air muka Nik Aziz, poster ini bakal dijadikan sandaran baru juak juak PAS percaya Karpal Singh semakin berubah dan memahami Islam.
Manakan tidak hati Nik Aziz tersentuh ... Karpal Singh sudah duduk sama rendah dengannya, berserban pula ...
Hebat ... PAS memang hebat! Hebat kerana berjaya sekali lagi dikeldaikan oleh DAP. DAP semakin diterima oleh juak juak PAS ... sedangkan PAS hanya dipandang sebelah mata oleh sahabat dunia akhirat DAP.
GWM : Seronok dan geli hati tengok blog blog pencacai PAS promosi secara free perjuangan DAP!
GWM cukup tergamam dengan perilaku media sampah PAS, Harakahdaily yang sememangnya hebat memutarbelitkan peristiwa dan fakta pemergian Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung.
Sudahlah memutarbelitkan cerita, fakta yang diberikan turut salah! ...
Allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din adalah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air dan bukannya Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang.
Amat memalukan kerana 'tagline' Harakahdaily Tepat Dari Sumber sudah menjadi Tepat Berdasarkan Fitnah!
Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.
Walaubagaimanapun, blogger Pisau.Net pantas menangkis fitnah terbesar Harakahdaily dengan penjelasan dan fakta yang kukuh.
YB Ahmas Maslan turut menziarahi keluarga Allahyarham Abdul Latif Subhi bin Mohd Din bersama pemangku Ketua Bahagian Labis, Cikgu Rosdin dirumahnya Taman Bandar Putra Segamat.
Jenazah arwah dikebumikan oleh Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor hadir di masjid pada jam 2.45ptg.
Blogger MIM turut mendedahkan fitnah terbesar dari media 'the so called Islamic' Harakahdaily melalui video klip kenyataan Ketua Penerangan Johor.
Cukup mengaibkan ... calon PAS Normala Sudirman turut bersekongkol dalam Drama Minggu Ini terbitan parti PAS, demi menagih simpati dan undi wahid di PRK Tenang!
Lakonan cemerlang Normala Sudirman ini patut dipuji, malah editor Harakahdaily Ahmad Lutfi Othman perlu juga mendapat pujian sewajarnya sebagai Pengarah Cemerlang dalam melahirkan Cerekarama Fitnah Terhebat PAS!
Saranan Tuan Ibrahim Tuan Man nyata silap! ... Beliau sepatutnya menasihatkan media PAS, Harakahdaily untuk menjauhi penulisan fitnah sebenarnya.
Tuan Ibrahim tidak perlu membuang masa menasihati blogger PAS ... kerana mereka sememangnya dilahirkan sebagai pencacai dan pemfitnah! Dan peranan ini sudah turut diambil alih oleh media teragung PAS ... Harakahdaily! Penyebar Fitnah Rakyat!
GWM : Tanda kekalahan PAS semakin bersinar di PRK Tenang ... fitnah sudah menjadi makanan ruji juak juak PAS dan pembangkang!
Akhirnya Mazlan Aliman akur dengan kehebatan Datuk Seri Najib dalam mengendalikan kebajikan peneroka FELDA.
Sebagai Presiden ANAK, beliau akan membantu kerajaan memantau setiap pengumuman kerajaan untuk memastikan segala janji yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin.
Beliau berkata tindakan itu untuk memastikan janji Perdana Menteri akan menjadi kenyataan demi kepentingan dua (2) juta warga FELDA.
Mazlan Aliman sempat mengingatkan DS Najib untuk menyelesaikan isu penempatan generasi kedua warga FELDA agar dapat direalisasikan seberapa segera sebagai bukti keprihatinan Perdana Menteri.
Beliau turut memberi pandangan dan mengemukakan satu cadangan lain sebagai tanda penghormatan kepada DS Najib yang ikhlas membantu warga FELDA.
Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menambahkan lagi peruntukan RM 8.5 juta untuk program prasarana 500 lot untuk generasi kedua FELDA seperti yang diumumkan Perdana Menteri.
Sambil menyifatkan peruntukan yang sedia ada kecil, beliau berharap Perdana Menteri terus memujuk FELDA untuk menambahkan lagi dana dan peruntukan bagi program tersebut.
Emmm ... sesuatu yang diluar dugaan. Disebalik hentaman dan kecaman, Mazlan Aliman rupanya cukup berharap DS Najib untuk campurtangan bagi melakukan penambahbaikan peruntukan untuk warga FELDA.
Mazlan Aliman ! Mungkin you patut bertanya Anwar Ibrahim ... mengapa selama hampir 6 tahun pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, nasib warga peneroka masih ditakuk lama?
GWM : Aik ... Mazlan Aliman dah buat 'u turn' ke ? Nanti kena pancung dengan parti PAS PIS PUS ...