GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/12/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

EVAN RAVEN ... HASIL SALAH DIDIKAN, AJARAN DAN TARBIYAH NIK AZIZ !

| Wednesday, January 12, 2011

Facebooker bernama Evan Raven telah menghina Allah swt dengan gelaran Allah Is A Pig ( klik pada gambar tersebut untuk melihat dengan lebih jelas ). Manakala junjungan besar Nabi Muhammad saw pula digelar sebagai anjing. Tindakan biadap Evan Raven ini tidak boleh dimaafkan ... blog Gelombang Rakyat.

Baru berkesempatan untuk kembali blogging, dua hari cukup sibuk dengan urusan kerja. Al maklumlah ... makan gaji! Minta tolong sahabat sahabat update blog ini.



GWM nak marah si Evan ni pun ... tak guna juga. Sebetulnya, elok ditarik sahaja kerakyatan agar boleh menetap diluar dari lingkungan pendudukan orang Melayu dan Islam.

Jangan salahkan Si Goblok Namewee ... dia tak tahu apa apapun! Benar ... dia tak tahu apa apa ... sebab dia selalu memperbodohkan dirinya! Kerna itulah namanya Goblok!



Sejujurnya, masyarakat perlu menyalahkan 120% ke atas Nik Aziz dan parti PAS. Ini adalah hasil ajaran Nik Aziz sebenarnya.

Ajaran yang disampaikan dalam kitabnya 'Al Syeikh Nik Aziz' adalah penyebab kekecohan yang berlaku kepada masyarakat pada hari ini ... Ajaran 014 dan Ajaran 015 penyebab Evan Raven menyimpang jauh.

Inilah kitabnya ... jom layan, zas!
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/05/kitab-rujukan-pas-karya-nik-aziz-umno.html


GWM : Masih mengintai dan menunggu juak juak pembangkang dan bloggers pencacai spin isu ini bila bila masa ...

'ANUGERAH TUHAN' YANG MEROMPAK RM 13 BILLION TAHUN 1997 !

|

Semalam Ketua Pembangkang telah mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat dengan beliau mengenai isu ekonomi. Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan semasa bersama Kerajaan BN dengan angkuh dan bongkaknya mendakwa Datuk Seri Najib akan tergamam apabila berdepan dengan beliau. Akan tetapi, ramai yang tidak ketahui bahawa Negara pernah kehilangan wang berjumlah RM 12.8 Billion semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Benarkah?


Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim juga pernah dilantik oleh Michel Camdessus, Pengarah Urusan The International Monetary Fund atau IMF pada tahun 1997. Masyarakat pada ketika itu meyanjung beliau sebagai seorang tokoh Ekonomi Melayu yang sangat dinamik kerana telah diberi kepercayaan memegang jawatan tersebut.

Akan tetapi, buat pengetahuan umum, selang beberapa bulan Anwar memegang jawatan tersebut, kedudukan ringgit jatuh kepada RM3.90 dengan Satu Dollar Amerika. Keperluan makanan harian juga telah melonjak naik kepada 60 peratus.



Malah, apa yang lebih mengejutkan, Bank Negara telah mengalami kerugian sebanyak RM 12.8 JUTA dalam Forex. Ini semua tidak didedahkan pada ketika itu. Anwar memohon jasa baik Tun Mahathir (Perdana Menteri pada ketika itu) untuk merahsiakan perkara ini.

Kemuncaknya, Malaysia dan seluruh Asia mengalami kegawatan ekonomi terburuk berpunca dari perompak matawang bernama George Soros. Ini semua berlaku ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Inikah hasil beliau yang dibanggakan? Jika dilihat Anwar sebenarnya telah membuka ruang dan jalan mudah kan kepada pihak asing untuk merompak Negara kita.


Siapa yang menstabilkan ekonomi Negara pada ketika itu kalau bukan Tun Mahathir, soerang insan yang digelar Pembangkang sebagai Maha Fir'aun. Tun M terpaksa menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi mengawal semula Ekonomi Negara pada ketika itu. Beliaulah sebenarnya tokoh ekonomi Melayu-Islam tersohor yang sewajarnya diberi penghormatan. Jika tidak takkan Kerajaan Kedah memberi Anugerah Ketokohan kepada beliau. Betul tak Ustaz Azizan? Sebab itu penyangak matawang US dan Zionis benci pada Tun M.


Anwar? Apa dia buat? Inikah manusia yang digelar seorang tokoh ekonomi? Beliau sebenarnya Agen Perompak Matawang Negara. Apabila bersama Pembangkang, dikatanya Ekonomi Malaysia sangat kukuh ketika menjawat jawatan tersebut. Apa bukti? Anwar mainkan isu harga minyak. Sebuah produk kawalan dunia. Bukan kawalan pasaran tempatan. Bodoh2 penyokong Anwar yang mendengar percaya bulat2.


Apa yang didedahkan ini adalah fakta. Tak percaya? Tanyalah bekas2 orang kanan Anwar semasa memegang jawatan Kerajaan seperti Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari dan lain2. Oooo.. Tak percaya juga sebab mereka telah menyertai UMNO. Jika ditanya semula semua ini pada Anwar, beliau tidak akan menjawab soalan tersebut. Dipusing pula dengan kelemahan2 Kerajaan BN.


Anwar diperakui memang bijak bercakap, berpidato dan mampu memukau masyarakat yang mendengarnya. Itu kelebihan beliau. Dan kelebihan tersebut disalahgunakan untuk menyelamatkan diri beliau dan memperbodoh2 kan rakyat. Apabila disebut soal fakta2 seperti di atas, beliau bukan hanya tergamam, kecut teloq.


Semua ini akan berlaku malah berkali ganda jika Anwar diberi jawatan No. 1 Kerajaan.

Post by Melayu CinDia

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU