GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/04/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

KHALID GAGAP ... ATAU KHALID BENGAP !

| Tuesday, January 4, 2011

GWM cukup pelik dengan kerenah Khalid Ibrahim dan ahli pakatan pembangkang yang lain. Apa dosa Mohd Khusrin Munawi sehingga dihalang dari menghadiri sidang DUN dan sebarang kegiatan berkaitan dengan jawatannya.

Khalid Ibrahim sebenarnya tahu beliau tidak mempunyai kuasa dan telah melebihi batas kuasa untuk menghalang Mohd Khusrin Munawi dari menjalankan tanggungjawabnya. Yang jelas, perbuatan beliau telah mengganggu perkhidmatan awam (civil service).


Mustahil untuk menidakkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dari menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Perundangan Negeri dan Sidang ADUN.


Kuasa untuk berbuat demikian sebenarnya terletak kepada Mohd Khusrin Munawi sendiri. Perlantikan beliau sebagai SUK yang sah menurut perlembagaan memberi kuasa kepada beliau untuk menentukan mana mana pihak layak atau tidak untuk menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Perundangan Negeri dan Sidang ADUN.

Mengapa Khalid Ibrahim melampaui batas kuasa beliau sebagai Menteri Besar?


Undang undang telah menetapkan Khalid Ibrahim tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam hal perkhidmatan awam negeri. Khalid Ibrahim juga tidak berhak memberi arahan kepada penjawat awam melainkan hanya melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Jika Khalid Ibrahim masih berdegil, perbuatan beliau dianggap sebagai bertindak melebihi batas kuasa sebagai Menteri Bsear dan ultra vires. Tindakan beliau boleh dicabar di mahkamah.


Seksyen 52, Undang undang Tubuh Negeri Selangor jelas menyatakan terma dan syarat perlantikan tiga jawatan utama penjawat awam, dalam kerajaan negeri (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang Undang Kerajaan Negeri).

“(1) There shall be constituted the offices of State Secretary, State Legal Advisor and State Financial Officer; and the appointments thereto shall be made by the appropriate Service Commission from amongst members of any of the relevant public services".

“(3) Every such official shall have the right to take part in the proceedings of the State Executive Council and the Legislative Assembly and may be appointed to any Committee thereof, but shall not have any vote in the State Executive Council or the Legislative Assembly or any such Committee".

“(4) Before any such official attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Mentri Besar the following Oath of Secrecy.”

Undang Undang Tubuh Negeri Selangor secara jelas menyatakan perlantikan Mohd Khusrin Munawi adalah sah dibawah perlembagaan negeri dan Khalid Ibrahim tidak berhak untuk pertikai.

Undang Undang Tubuh Negeri Selangor secara jelas menyatakan Mohd Khusrin Munawi berhak untuk menghadiri dan menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Perundangan Negeri dan Sidang ADUN.



GWM cukup yakin, tidak mungkin Penasihat Undang Undang Kerajaan Negeri tidak memberi nasihat dan pandangan kepada Khalid Ibrahim mengenai Undang Undang Tubuh Negeri Selangor dan perihal perlantikan KSU.


GWM : Apa yang Khalid Ibrahim fobia sangat dengan Mohd Khusrin Munawi ...


TIDAK CUKUP DENGAN GELARAN ZINA & LALAT ... PAS MAHUKAN GELARAN 'SI TANGGANG' JUGA !

|

Selama ini GWM hanya ingat PDRM dan JPJ sahaja yang memulakan program Ops Sikap, Ops Bantu dan sebagainya.

PAS yang terpengaruh dengan program pihak berwajib, turut meniru dan menggunapakai konsep tersebut untuk mengasilkan satu program yang dikenali sebagai Ops Gerhana.

Cuma ... program yang dihasilkan oleh pihak berwajib bertujuan memberi kesedaran berkenaan undang undang, peraturan dan panduan berhemah ketika dijalanraya kepada rakyat.


Yang ini lain pula ... Ops Gerhana adalah program jelmaan perancangan sulit juak juak PAS ini lebih bertujuan untuk menjahanamkan pemimpin pemimpin dalam parti tersebut yang dikira sudah mencapai tahap maksimum 'expiry date'!

Gerakan saraf sulit dan kempen halus ini sudah mengorak langkah mencatur pemimpin pemimpin masa hadapan yang kononnya lebih moden dan professional.


YB Zulkifli Nordin menggelarkan puak puak ini sebagai Kaum Si Tanggang. GWM menggelarkan juak juak ini sebagai Erdogan.

Pemimpin pemimpin berjubah wajib dihapuskira (write off) kerana Putrajaya tidak layak diduduki oleh kaum yang berserban, berjubah satu warna, berjanggut masai, memakai wangian minyak attar dan segala macam benda yang melambangkan sifat kekampungan dan kuno PAS.



Mana ada standard ... PAS perlu melalui proses 'rebranding' dan 'revitalisation'. Pemimpin PAS yang sudah meniti senja akan dipancung sewaktu Muktamar PAS 2011 kelak.

Putrajaya hanya layak dinaungi oleh the so called ulama tanpa serban dan berkopiah, memakai kot, bertali leher, perfume YSL dan Hugo Boss, berkasut jenama Alain Delon dan Stuart Weiszman, bermisai dan berjanggut ala si Peliwat Tegar.


Modus operandi dan wahid perjuangan kaum Erdogan ini hanyalah satu ... untuk menabalkan pemimpin yang bergelar Anugerah Tuhan sebagai Perdana Menteri. Manusia yang bergelar Anugerah Tuhan ini semakin beraja dimata, bersultan dihati.

Riwayat kepimpinan golongan ulama dalam PAS akan berkubur ... Nik Aziz, Haji Hadi dan segala kaum yang bersekutu dengannnya sudah boleh menyimpan serban dan jubah dalam gerobok usang.


Mungkin itu juga adalah intipati pertemuan di antara Datuk Seri Najib dan Nik Aziz yang disaksikan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan pada 24 Disember 2010.


GWM : Padanlah blogger blogger pencacai PAS berperang sesama sendiri ... seronok juga membaca caci maki hamun pejuang pejuang the so called Islamic ini. Kaum Si Tanggang rupanya ...

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mp-zul-noordin-ops-gerhana-mahu-tukar-kepimpinan-pas/


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU