Wednesday, November 30, 2011

PAU 2011 ... HOT CHILLI NEWS ... Kerana Mu Lisa Surihani, BLOGGER PEMBANGKANG BOIKOT PAKATAN HARAM!


Nampaknya selebriti Lisa Surihani menjadi bahan bualan blog-blog pembangkang yang nyata kecewa dengan pendirian beliau untuk memilih dan menyokong parti keramat orang Melayu, UMNO.





Bak kata rakan blogger CUCU TOK SELAMPIT ... (click BLOGGER PAKATAN HARAM FRUST MENONGGENG)

Di dalam perhimpunan Puteri UMNO kali ini, Lisa Surihani telah menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO. Habislah kecewa dan hampa peminat-peminat Lisa Surihani yang berlindung di bawah Pakatan Haram, termasuklah Milo Suam.

Blogger blogger juga ye Bro. Dalam hati ada taman ye? Ho Ho Ho!






BREAKING NEWS ... Nga Kor Ming Menangis Minta Maaf Pada ZAMBRY 'HITAM METALIK'!


Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya "hitam metalik".

"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Nga, yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 November lepas.

Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam. - MALAYSIAKINI, 30 November 2011



Ini bukanlah pertama kali DAPigs 'The Most Racist Party' memperlekehkan masyarakat berbilang kaum terutamanya orang Melayu dan India.

Setiausaha Politik DAPigs ADUN Bagan Dalam Leong Yook Kong, melalui laman twitter beliau mengibaratkan masyarakat India lebih hina dari ular. Siapa yang sepatutnya dibunuh terlebih dahulu ... ular atau orang India?








Kenyataan ADUN Komtar Ng Wei Aik yang mengarahkan India Muslim di Pulau Pinang pulang ke India adalah satu penghinaan, berbau perkauman dan paling rasis keluar dari mulut celaka pemimpin DAPigs.



Kenyataan beliau yang juga merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang dibuat setelah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyita kedai nasi kandar Mohamad Aliyar pada 3 Januari 2011.


Ini adalah realiti apabila DAPigs mula memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang ... Belum lagi memegang tampuk pemerintahan negara dibawah payung Tuan Haji Anwar Ibrahim ...



PAU 2011 ... Kain Batik MAK LAMPIR Semakin KOYAK RABAK DIKERJAKAN SHAHRIZAT!

























Apa pembaharuan yang dibawa Zuraidah Kamaruddin terhadapkaum wanita di Malaysia, dibawah kepimpinan beliau?

Satu sahaja ... Kaum Wanita hanya menjadi alat diskriminasi dan pemuas nafsu Tuan Haji Anwar Ibrahim ...



PAU 2011 ... Medan POW MengePOW KUASA dan TAKHTA Bakal Bermula, PAU KAYA SATU!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah pun melebarkan sayapnya semalam. Tarikh 29 November 2011 bakal menjadi titik permulaan survival parti keramat orang Melayu, bakal menjadi penentu halatuju sebelum pilihanraya umum kelak.






Sejauhmana amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dihayati sepenuhnya, semuanya terletak pada kepala dan hati ahli UMNO yang hadir semalam.

Namun begitu sudahpun timbul khabar indidvidu yang mula mempromosikan dirinya sebagai 'winnable candidate' dalam cubaan merampas kembali takhta kerajaan negeri Selangor daripada tangan Pakatan Haram.

Sudahpun bermula gerak kerja dan operasi bersepadu 'winnable candidate' dalam UMNO Selangor yang mahu dirinya dimartabatkan sebagai 'the most suitable candidate' untuk mewakili UMNO Selangor.

Apa yang diberitakan adalah kempen ini sudahpun bermula sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 (PAU 2011). Tidak mustahil kempen ini bakal bersambung dan menjadi kesinambungan 'winnable candidate' sewaktu berlangsungnya PAU 2011.

Maka amanat Presiden dan Timbalan Presiden UMNO bakal menjadi amanat-amanat yang akan dibakulsampahkan kembali oleh ahli UMNO sendiri setiapkali berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.

GWM hanya mengharapkan agar sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri menyusun kembali saf yang kian longgar. Timbalan Presiden UMNO telah menyampaikan amanatnya kepada kedua-dua sayap parti ini.

Jangan pula persidangan hari ini kembali timbul desakan dari mulut ahli UMNO mahu mengangkat individu-individu tertentu menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.

Banyak mata dan telinga mendengar di luar sana, tidak terkecuali rakyat ... Mau Pau Kaya? Pau Ayam? Pow Jawatan? Pow Kuasa, Pow Pow Pow ...


TOP STORY ... Mr New Politics 'BLOGGERS NOT INTELLIGENT' Minister Bersuara Lagi!

Jangan Sampai I Balun U All Blogger, Tunggu Masa Je!

Sehingga ke hari ini, GWM belum lagi mampu melupakan penghinaan terbesar dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah terhadap blogger pro kerajaan sewaktu PRK Kerdau yang lalu ... masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini.

Dan hari ini, Mr New Politics Suave bersuara lagi dan semakin bijak menggolongkan kumpulan-kumpulan ahli UMNO ... Well Done! Bravo Bro!



"Pertama, memang ada kumpulan dalam Umno yang percaya kepada tranformasi, dan mereka akan bercakap tentang tranformasi itu, sama ada Datuk Seri Najib bercakap ataupun tidak. Yang ini angkanya sangat kecil.

"Kedua, ada yang menyokong tranformasi, bila Datuk Seri Najib cakap. Bila Datuk Seri Najib cakap, dia akan sokong. Kalau Datuk Seri Najib tak cakap, dia tak sokong. Dan dia pun tak cakap.

"Yang ketiga dan lebih besar ialah (mereka) yang selesa dengan keadaan semasa dan merasakan apa yang Umno lakukan sudah memadai," kata Saifuddin ketika ditanya tentang cabaran pembaharuan Umno, yang terpaksa berdepan "orang lama" dan kumpulan "beraliran keras". - MALAYSIAKINI, 29 November 2011.



Well excuse me Bro Saifuddin ... anda tergolong dalam kumpulan yang mana? Pertama? Kedua atau yang Ketiga?

Let me reiterate and recall what you have spoken for the past several months. Perhaps this will refresh back a long lost memories of yours sir!








Sorry Bro Saifuddin, GWM bukan 'Blogger Intelligent' tetapi GWM bukan petualang! Jadi dimana letaknya saudara di antara tiga kelompok di atas dengan kenyataan saudara begitu mempertahankan Tuan Haji Anwar Ibrahim!

Let me tell you Mr Intelligent! ... Me No Scumbag, Me No Scoundrel, Me Never Never Sell Me Comrade ... Me Comrade is Barisan Nasional!

Me like Barisan Nasional, You no like Barisan Nasional, You Can Be Split (Boleh Belah) !

Oppps, I'm sorry ... Did I Insult Your Intelligence? ... Mr Intelligent!


Tuesday, November 29, 2011

HOT NEWS ... Shahrizat Bagi Final Warning, MAK LAMPIR TERUS PUTUS HAID!


Zuraidah Kamaruddin tidak lagi mempunyai sebarang pilihan untuk mengekalkan kerusi parlimen yang disandang melainkan 'all out' meyakinkan Tuan Haji Anwar Ibrahim yang beliau masih layak dicalonkan kembali.

Serangan peribadi ke atas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil barangkali membuahkan hasil lumayan.

Kajiselidik yang dilakukan oleh Pakatan Haram sudah cukup menggusarkan Zuraidah Kamaruddin, 56 peratus wanita memilih Barisan Nasional sebagai pilihan utama parti untuk kekal memerintah.



Keputusan kajiselidik sudah cukup menggambarkan Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan gagal mengimbangi dan menyaingi populariti Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam menarik dan mendapatkan sokongan kaum wanita.

Lebih teruk, keputusan kajiselidik memaparkan 69 peratus kaum wanita di Malaysia menolak Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang berkredibiliti. Hanya 24 peratus sahaja masih terkial-kial menyokong 'Anugerah Tuhan'.

Imej dan reputasi Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin tercemar dan merudum berikutan kegagalan Zuraidah Kamaruddin. Zuraidah Kamaruddin bertanggungjawab sepenuhnya atas kehilangan sokongan dari kaum hawa.

Mengapa Zuraidah Kamaruddin menekan 'panic button' dan menyerang peribadi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? Mudah jawapannya ...



Data di atas adalah kajiselidik jumlah penduduk di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan yang menyaksikan 13,453,154 juta dari 27,565,821 adalah kaum wanita.

Secara hipotetik ...

1) 56 peratus kaum wanita (7,533,766 juta) memilih Barisan Nasional sebagai parti yang kekal memegang teraju pemerintahan.

2) 69 peratus kaum wanita (9,282,676 juta) menolak Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak menduduki kerusi Perdana Menteri.



Walaupun kajiselidik Pakatan Haram hanya dilakukan di empat buah negeri dengan 1,000 responden dipilih mewakili setiap negeri, ini merupakan isyarat paling jelas Pakatan Haram dan Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin ditolak oleh rakyat khasnya kaum wanita.


Dan cukup jelas mengapa Zuraidah Kamaruddin bertungkus lumus menyerang peribadi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melalui isu NFC ...

Lebih baik menyerang, sebelum jawatannya diserang bertubi-tubi oleh pemimpin wanita PKR yang lain ...

EKSKLUSIF ... Projek Gajah Putih DAPigs Penang RM 8 BILLION! ... Kronisme Bakal Hancur!


Dalam retorik Apek Guan Eng dan DAPigs Pulau Pinang cuba membohongi rakyat mengenai langkah berjimat cermat mahu memotong perbelanjaan kerajaan negeri, rupa-rupanya ada 'Projek Gajah Putih' yang disembunyikan dibalik tadbir kebobrokan kerajaan negeri.

Penang Transport Masterplan (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang) ... projek SPICE yang bakal menambahkan lagi kekayaan kroni-kroni Apek Guan Eng dan DAPigs.


Projek yang bernilai RM8 bilion yang diumumkan oleh DAPigs Pulau Pinang Mei 2011 bakal mempunyai sebuah terowong dengan beberapa lebuhraya, khabarnya bakal diancam dan digagalkan oleh para perunding (consultants) yang dilantik.


Perunding utama pelan induk Halcrow Group (konglomerat yang terlibat dalam pembinaan projek kereta api UK-France Channel Tunnel link), beserta dua firma perunding lain
AJC Planning Consultants Sdn Bhd dan Singapore Cruise Centre semakin panas hati dengan Apek Guan Eng!

AJC Planning Consultants Sdn Bhd yang telah dianugerahkan tender projek bernilai RM3.2 juta untuk bekerjasama dengan Halcrow Group dan Singapore Cruise Centre semakin geram dengan karenah birokrasi Apek Guan Eng dan campurtangan kuncu-kuncu 'tycoon businessmen' DAPigs Pulau Pinang.



Sepatutnya kerangka pelan induk (masterplan) ini dibuat dan disediakan oleh perunding namun telah dicantas oleh pemimpin kerajaan negeri beserta 'tycoon businessmen' DAPigs.

Apa yang mampu dilakukan oleh pemimpin DAPigs Pulau Pinang yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan bagi merekabentuk sebuah kerangka pelan induk sistem pengangkutan tanpa kajian menyeluruh yang dilakukan oleh perunding yang telah dilantik?


Paling mengejutkan ... mengapa kerajaan negeri mahu mempercepatkan projek ini sedangkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang masih belum siap? Hingga ke hari ini, pelan induk masih lagi diperingkat mengenalpasti penyelesaian dan strategi yang bakal diambil
... Interesting!


Mengikut pelan asal, draf Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang sepatutnya sudah siap pada akhir November 2011 ...
Mana dia Draf Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang? Mengapa sehingga ke hari ini kerajaan DAPigs Pulau Pinang masih lagi belum membentangkan kepada umum pelan induk tersebut?

Menariknya, sebelum ini perunding telah memberi penerangan di bengkel dan seminar bahawa sistem pengangkutan yang bakal dilakukan tidak melibatkan penggunaan kereta persendirian dan jalanraya tetapi lebih menjurus kepada sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dengan lorong basikal dan ruang pejalan kaki.


Malangnya, kerajaan negeri DAPigs Pulau Pinang mahu membuat terowong, lebuhraya dan infrastruktur melibatkan kenderaan motor persendirian.


Mengapa berbeza pelan perancangan yang disediakan para perunding dengan apa yang diwar-warkan oleh kerajaan negeri DAPigs Pulau Pinang?

Jika tidak salah pada firasat GWM, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang telah dimulakan oleh bekas Menteri Kerja Raya Samy Vellu pada tahun 2001 bagi menggalakkan model pengangkutan yang lebih cekap dan mapan.



Amat menakjubkan ... kerajaan DAPigs telah 'mencedok kembali idea' kerajaan BN dan Samy Vellu, yang pernah suatu ketika dahulu dimomokkan oleh DAPigs sebagai 'Samy Vellu Tunnel' dan ditentang hebat perlaksanaannya. Mengapa digunapakai kembali idea 'Samy Vellu Tunnel'?



Fakta menarik ...

1) Jika projek ini dilaksanakan pada tahun 2003, kerajaan negeri Pulau Pinang hanya perlu membelanjakan RM2.3 bilion jika dibandingkan perlaksanaannya pada tahun 2012 yang bakal menelan belanja RM8 bilion ... Bukankah ini satu pembaziran dana sebanyak 5.7 bilion oleh kerajaan DAPigs Pulau Pinang? Mengapa ditentang perlaksanaan semasa kerajaan BN memerintah?

2) Tender projek sejumlah RM3.2 juta telah dianugerahkan kepada tiga perunding bagi merealisasikan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang ... Mengapa idea asal perunding ini berbeza dengan apa yang mahu dilakukan oleh kerajaan DAPigs Pulau Pinang?

3) Draf Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang masih belum lagi siap untuk dipertontonkan kepada media, rakyat dan dibahaskan ... Apa alasan kelewatan kerajaan DAPigs Pulau Pinang masih lagi belum membentangkan kepada umum?

4) Tiga perunding yang dilantik bagi menjayakan projek ini langsung tidak melibatkan penyertaan perunding dikalangan bumiputera ... Dimana letaknya slogan CAT? ... Ketelusan? Keterbukaan? Akauntabiliti? ... Bullshit!






GWM mahu melihat apa yang bakal dijawab oleh Apek Guan Eng dan parti DAPigs ... jika tidak pun, blogger pro pembangkang boleh menjawab 'Projek Gajah Putih' ini bagi pihak Apek Guan Eng ... Jilat sikit la Tuan Besar DAPigs lu orang ...

Thursday, November 24, 2011

BREAKING NEWS ... Fitnah Nurul Izzah & Tony Pua SEKALI LAGI MALUKAN PAKATAN HARAM ... Kantol Besar!


Sehingga kini, Nurul Izzah dan Tony Pua masih lagi belum mengemukakan sebarang laporan kimia yang mengesahkan dan membuktikan produk jenama KR1M mengandungi bakteria E-coli seperti yang didakwa ... None!

Rakyat juga menunggu dan tertanya-tanya mengapa tidak disiarkan laporan kimia tersebut secara umum melalui media, tidak kira media pro kerajaan mahupun media pro pembangkang.

Dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kedai Rakyat 1 Malaysia sudah tidak mampu lagi dibendung oleh pakatan haram. Perlu ada satu lagi isu berkaitan dengan kerajaan ditimbulkan bagi menutup lubang-lubang 'kemaluan' yang semakin membusuk!



Belum serik dengan fitnah yang dilemparkan, Nurul Izzah dan Tony Pua sekali lagi menimbulkan satu lagi isu terbaru bermotifkan politik untuk menjahanamkan imej kerajaan khususnya Barisan Nasional ... satu lagi 'diversion' untuk memburukkan imej Perdana Menteri DS Najib.

Alstom Group ... sebuah firma kejuruteraan dari Perancis yang didakwa oleh Nurul Izzah dan Tony Pua memberi rasuah kepada kerajaan (atau kakitangan kerajaan) bagi mendapatkan kontrak RM 2.8 bilion dari TNB bagi menyediakan peralatan utama penjanaan loji kuasa elektrik di Manjung.



Kedua-dua pemimpin 'lahabau' pakatan haram ini mahu SPRM menyiasat setiap transaksi kerajaan yang melibatkan Alstom Group yang didenda RM133 juta oleh pihak berkuasa Switzerland atas tuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mendapatkan kontrak.

Tuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mendapatkan kontrak? ... Sekali lagi pakatan haram melakukan kesilapan besar ... Big Mistake!



GWM paparkan dua berita yang diterbitkan oleh Reuters dan Financial Times untuk perhatian umum, mengapa tuduhan yang dilemparkan oleh pakatan haram merupakan satu lagi fitnah yang direka khas untuk memburukkan imej kerajaan pimpinan BN.



Pihak berkuasa Switzerland mengenakan denda kepada Alstom atas kecuaian korporat (sorporate negligence) namun siasatan mengesahkan tidak wujud unsur rasuah dalam syarikat pengeluar tenaga dan kejuruteraan dari Perancis ini.

Full Article ... klik KEMALUAN NURUL IZZAH & TONY PUA DIDEDAHKAN.



Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata siasatan dua tahun tidak menemui salah laku jenayah oleh syarikat dari Perancis dan gabungan syarikat dari Swiss ini, yang "setakat mana yang boleh ditentukan" tidak tahu tentang rasuah itu. Namun tuduhan dikenakan ke atas Alstom kerana "gagal memenuhi standard bagi kumpulan antarabangsa yang menggunakan lebih daripada 75,000 orang".

Full Article ... klik NURUL IZZAH & TONY PUA TERSIPU KEMALUAN DIDEDAHKAN




Apa yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland hanyalah melakukan siasatan ke atas tuduhan rasuah ... siasatan!

Dan hasil siasatan selama dua tahun menunjukkan Alstom Group hanya dikenakan denda atas kecuaian korporat (corporate negligence) dan bukannya membabitkan unsur rasuah!

Mengapa Nurul Izzah dan Tony Pua mengeluarkan kenyataan Alstom Group didenda RM133 juta oleh pihak berkuasa Switzerland atas tuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi mendapatkan kontrak?

Denda sebanyak RM133 juta dikenakan ke atas Alstom Group hanya membabitkan tuduhan kecuaian korporat (corporate negligence)!

Apa kena mengena denda atas kecuaian korporat dengan tuduhan rasuah ke atas kakitangan awam kerajaan?

Syabas ... satu lagi rekayasa fitnah pembangkang terbongkar. Pssstt ... Fitnah ni makanan ruji pakatan haram gamaknya!




EKSKLUSIF ... NIK AZIZ Subahat BOLOS SUMBANGAN RM 700,000 Yayasan Sultan Kelantan?!


Sekali lagi Penasihat DYMM Sultan Kelantan Dato' Seri Paduka Haji Sukri bin Mohamed bikin onar dengan skandal terbaru 'membolos' RM 700,000 yang sepatutnya disumbangkan kepada Yaysan Sultan Kelantan.



GWM pernah melaporkan dalam artikel terdahulu bertarikh 3 Mei 2011 mengenai salahlaku dan penyalahgunaan kuasa oleh Penasihat DYMM Sultan Kelantan ini.

Full Article ... click PAShit GILA KUASA

Sebagai Penasihat DYMM Sultan Kelantan, salahguna kuasa dan wang rakyat sewenang-wenangnya oleh beliau cukup memalukan rakyat negeri Kelantan.

Dato' Seri Paduka Haji Sukri bin Mohamed menggunakan dana dari Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh untuk menurap jalan tar di atas tanah miliknya ... semata-mata kerana persandingan anaknya.

Kelam kabut puak-puak dan blogger PAShit menepis bedilan ini dengan mengatakan ianya tohmahan blogger pro BN (tak saman pun! ... Papa Gomo diugut adalah!).



Belum cukup lima bulan, satu lagi skandal terbaru terburai (dari perut puak-puak PAShit sendiri) yang semakin rimas dan geram dengan gelagat Penasihat DYMM Sultan Kelantan.

Apa kait mengaitnya dengan Nik Aziz? ... Bakal diceritakan diakhir babak-babak artikel ini.



Blogger Kickdefella pernah melaporkan salahguna kuasa dikalangan pemimpin PAShit Kelantan melalui suatu projek yang dinamakan sebagai 'Derma cum Rasuah' bagi kelulusan projek-projek membalak di Kelantan.

Full Article ... click NIK AZIZ KAOTIM TOKEY BALAK

Pengarah Fajar Baru Development Sdn Bhd, Wan Mokhtar Wan Ab Rahman membuka pekung PAShit Kelantan sepenuhnya apabila sumbangan syarikat tersebut berjumlah RM 700,000 tidak sampai kepada Yayasan Sultan Kelantan.

Sumbangan dilakukan sebagai tanda 'terima kasih' kerana kelulusan projek kajian pembalakan di kawasan hutan tanah tinggi di Kelantan oleh Jabatan Perhutanan Negeri, yang turut dimaklumkan kepada Menteri Besar PAShit Kelantan.

Malangnya ... sumbangan yang diberikan melalui Dato' Seri Paduka Haji Sukri bin Mohamed kepada Yayasan Sultan Kelantan 'bolos'.

'Bolos' kerana Setiausaha Menteri Besar PAShit Kelantan yang memaklumkan kepada Wan Mokhtar Wan Ab Rahman ketidaksampaian sumbangan tersebut.



Akibatnya, Wan Mokhtar Wan Ab Rahman dipandang serong oleh para Tuanku Sultan Kelantan. Mungkin kerana dianggap melupakan jasa baik Tuanku Sultan Kelantan.











Persoalan cukup menarik ... mustahil Nik Aziz tidak dimaklumkan perkara ini walhal surat rungutan dan surat kelulusan projek tersebut turut diberikan kepadanya.

Setiausaha Sulit beliau juga turut maklum dengan 'bolos'nya RM700,000 tidak sampai ke Yayasan Sultan Kelantan (mustahil juga Setiausaha Sulit tidak memaklumkan kepada bosnya, Menteri Besar?).

Kemana 'bolos'nya wang berjumlah RM700,000? ... Mungkin Dato' Seri Paduka Haji Sukri bin Mohamed beserta pemimpin PAShit Kelantan mampu menjawabnya dengan mantap!

Menteri Besar PAShit Kelantan, ada sebarang komen? Takkan fitnah blogger pro BN lagi ...