Bohong jika dikatakan pengunaan alkohol tidak akan menyebabkan berlakunya peningkatan masalah sosial, keruntuhan institusi keluarga dan bebanan hutang yang dialami oleh pengguna tegar alkohol.
"Hari Tanpa Alkohol Kebangsaan 2011" yang dilakukan kerajaan Thailand sepatutnya juga perlu diikuti oleh pihak kerajaan Malaysia. Ini adalah fakta ... bukan rekaan GWM!
Read more ... Thailand Haramkan Alkohol Untuk 3 Bulan!
Secara dasar, GWM menyokong jika kerajaan Malaysia turut mengikuti jejak langkah kerajaan Thailand sekalipun majoriti penduduk di Thailand bukanlah beragama Islam ... waima alkohol dan arak sudah menjadi minuman rutin.
Namun agak pelik berbanding dengan langkah kerajaan negeri PAS Kelantan yang mahu menambah premis arak di negeri tersebut.
Read More ... Kerajaan Negeri Kaji Tambah Lesen Arak - Takiyuddin Hassan!
Sepatutnya langkah negara jiran boleh diikuti oleh kerajaan negeri PAS Kelantan. Al maklumlah ... Serambi Mekah!
Jika kerajaan BN menambah premis arak, mahu ditempik diseluruh alam oleh juak-juak PAS 7 hari 7 malam. Silap langkah ... demonstrasi BERSIH ARAK 3.0 pula diwujudkan!
Cuma GWM mahu bertanya ... siapa sebenarnya meludah di tahi dan menjilatnya kembali!
