Sunday, January 23, 2011


Parti PAS yang berbekalkan 'Doa Pecah Perut UMNO' semakin hambar, tiada 'magika' dan kurang menyengat sama sekali!

Doa 'versi lama lirik baru' ini jelas memakan diri juak juak PAS ...


Sebaliknya, doa Rais Yatim yang difitnah dan ditohmah PAS melalui Harakahdaily dan blogger blogger pencacai PAS yang termakbul.



35 bekas ahli PKR terdiri dari pengundi Orang Asli di Segamat Kecil telah menyertai UMNO kerana serik ditipu oleh pembangkang hanya semata mata untuk undi wahid.

Penduduk Orang Asli yang mempunyai 43 pengundi ini meninggalkan perjuangan sia sia pembangkang sekaligus memberi tamparan kepada 'Doa Pecah Perut UMNO' ciptaan PAS.



Kini setelah kembali semula 35 orang pengundi orang asli kedalam UMNO, kawasan ini kini bebas dan sifar pembangkang.

Apa yang tak kena dengan 'Doa Pecah Perut UMNO' ciptaan Al Syeikh Nik Aziz ini ... Di manakah kelemahan dan kurangnya mustajab doa parti PAS ...


Lama juga GWM termenung memikirkan apa lagi yang perlu PAS lakukan untuk 'Doa Pecah Perut UMNO' menjadi kenyataan.

Mungkin ... ini yang perlu ditokok dan ditambah pada 'signboard' 'Doa Pecah Perut UMNO' agar mustajab permintaan parti PAS ... Ulama ulama yang masih belum diketengahkan oleh juak juak PAS!


Pasti 'Doa Pecah Perut UMNO' akan dimakbulkan!

Juak juak PAS sebenarnya bukannya tidak tahu apakah penghalang doa dari dimakbulkan oleh Allah Taala.

Umat Islam tidak dibenarkan berdoa untuk sesuatu dosa atau memutuskan silaturrahim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Said;

Apabila seorang muslim berdoa dan tidak memohon suatu yg berdosa atau pemutusan kerabat kecuali akan dikabulkan oleh Allah salah satu dari tiga ; Akan dikabulkan doa atau ditunda untuk simpanan di akhirat atau menghilangkan daripada keburukan yg semisalnya”.[Musnad Ahmad 3/18. Imam Al-Mundziri mengatakan Jayyid (bagus) Targhib 2/478].

Disebabkan PAS sudah semakin liberal, buta mata dan buta hati demi undi wahid, apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin PAS ... segalanya sudah menjadi satu fatwa yang wajib diikuti.


GWM : Inilah bala yang menimpa parti PAS sebenarnya ... Pengertian dan tujuan doa ditonggeng terbalikkan demi menghalalkan cara!

sumber foto : MINAQ-JINGGO

2 comments:

blogenstarz said...

PAS akan tenggelam diTenang kerana doa mereka menghancurkan BN memakan diri !

Anonymous said...

Bro...
Colour Pink dikepala blog tu bukankah colour kesukaan geng2 ANWAQ !
Tak ganas lah bro !